Pengubahsuaian dan penambahbaikan blog dari semua sudut sememangnya tidak asing lagi untuk golongan blogger. Ianya merangkumi semua aspek yang perlu ada pada sesebuah blog supaya dapat mempamerkan imej yang baik dan memberi keselesaan kepada pengunjung.
YanmieOnline.com
Sejak mengikuti perkembangan blog YanmieOnline, dari masa ke semasa aku nampak sudah banyak pengubahsuaian dan penambahbaikan yang dilakukan pada blog tersebut.
Walaupun pemilik blog YanmieOnline merupakan seorang awek wanita, ianya tidak memberi halangan kepada blog tersebut untuk tampil seiring dengan blog jejaka yang lain.
Dari segi trafik dan pendapatan blog, aku rasa ianya lebih kurang sama dengan blog kujie. Blog aku pun tak setanding dengan blog YanmieOnline ni.
Boleh Bah Kalau Kau
Dengan tagline Boleh Bah Kalau Kau membuatkan aku tertanya-tanya apa makna ayat/tagline tersebut. Sudah lama aku nak tanya, tapi belum sampai masanya. Jadi nanti kak Yan boleh terangkan maknanya dekat ruangan komen tu yer.
Antara yang menarik lagi ialah berkenaan dengan header blog tersebut yang cukup ceria memberi seribu satu makna. Keseluruhan blog juga menepati kriteria dan spesifikasi standard yang perlu ada pada sesebuah blog.
Oleh kerana kak Yan dah lama berblog, aku yakin bahawa dia tahu apa yang perlu dan apa yang tak perlu ada dalam blog.
“Semakin Lama, Kita Semakin Matang”
Cuma aku ada satu cadangan berkaitan dengan title blog YanmieOnline. Jika lihat blog tersebut dalam keadaan homepage, title blog adalah menggunakan nama domain seperti contoh dibawah:
<title>yanmieonline.com</title>
Apa yang aku tahu, penggunaan nama domain sebagai title blog adalah tidak digalakkan kerana ianya kurang bagus untuk SEO.
Apa nak hairan
Tapi apa nak hairan, blog YanmieOnline sudah banyak menguasai keyword-keyword tertentu untuk berada di muka depan halaman Search Engine. Bukan sebarangan blog ni.
Jadi aku rasa tak perlu nak komen panjang-panjang. Cukup sekadar menyampaikan sedikit ilmu yang aku tahu.
Perkara sebegini tidak banyak menjejaskan prestasi SEO blog YanmieOnline.
Oh ya! Lupa nak bagi tahu, entry ini sempena Giveaway dari blog YanmieOnline. Dia ingin berkongsi duit yang dia dapat hasil dari buat duit dengan blog.
Giveaway yanmieonline.com, menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal
p/s: OK gak ada Giveaway macam ni, boleh gak buat untuk update blog.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 60 comments… read them below or add one }
join jugak bro.terbaik la ko
Alang2 masih belum ada benda yang nak diupdate, join GA ni lah utk buat update blog..
kata nk review blog ko?? nnt minggu dpn amacam? hahaha
beres jer…
Tahniah..tahniah….tumpang gembira….bagus diaorang ni…termasuk azuan sendiri..
Thanks..
Mazana NS pun apa kurangnya..
nampak susunan ayat menarik dan huraian memberi makna….kak yan mesti suka la azuan…
Harap2 macam tu lah..
thanks komen..
selamat berjaya…:)
Thanks.. bor gak..
oo tak boleh eh letak tajuk blog dengan nama domain , baru tahu ni ..blog yanmie tu update lah apa pun mesti duk page 1 , jeless..
Bukan tak boleh.. tp kurang mesra SEO.
ok dah tukar untuk blog puanbee hehe
Hehe..
dah tukar ek..
lagi mesra lah blog tu..
asal owner mesra cukup lah hiks… lagi apa yg patut buat erk ?
hehe.. betul tu..
Blog puanbee x pe x mesra seo pun..
trafik dah mantap tu..
Tagline tu bahasa famous Sabah kalau tak silap lah
Tau tu bahasa Sabah.. cuma maknanya tu tak berapa tau..
a’ah mcm stacy punya tagline ,
Wah, sudah join jugak ni rupanya. Selamat berjayalah bro. Aku masih ternganga-nganga memikirkan nak join GA ke tidak!
Thanks bro..
join jer bro..
maksudnya macam ok atau setuju.
dulu memang boleh bah kalau kau..
sekarang.. ok bah kalau kau.. pun famous gak. haha..
Salam,
Oh ok baru tau pasal tilte blog tu tak boleh sama dengan domain, nanti akak tukar, btw thanks.
nanti akak citer kat blog pasal tagline tu, memang ramai yang nak tahu hehehe
Goodluck yea.
Wslm… Boleh jer nak sama pun.. cuma kurang mesra dari segi SEO..
Pilih mana yg selesa..
Tak de hal pun kalau tak nak tukar..
Ok.. wait the story..
OO.. gitu ke..
kiranya OK atau Setuju dlm keaadan ayat yg panjang?
alamak ter reply kat nama lain pulak hehe
Ulasan yang menarik,ibarat tarik rambut dalam tepung,rambut dapat ditarik tepung tak berselerak. hehehe..
Wah.. besar makna ayat bro ni..
boleh join nih
Hehe “boleh bah kalo ko” wann…
Kat sabah means lebih kurang “no hal lah” … or “Go ahead”
…
Satu lg blog mantap di review oleh blogger mantap
Oo.. gitu ek..
masih pening lagi.. hehe
Ko x join contest denaihati bro???
Anyway btl lah cakap ko. Banyak kali btl malware serang blog ko ni. ritu done sehari je erk. Parok cam tu seyh
Dah terlepas..
pikir byk kali gak nak join ke tak, tp memandangkan dia tak nyatakan awal2 cara utk menentukan pemenang.
jd aku tak join lah..
Biasalah guna hosting ni..
tp support tgh check tgk apa problemnya.
Sama lah aku bro. Sebenarnya hadiah sangat menarik tu. lagipun dah lama tggu contest dia. Then x jadi sama kes cam ko tak gtau cam ne contest di laksanakan
. Jenuh blog x pofular nak kira like or plus 1 klik
Hadiah mmg menarik.. tp cara tu x kena.. maybe tu cara dia..
Tp dlm apa2 contest pun, perkara yg jelas itu penting.
WORD! sangat setuju.. org ada perancangan. Boleh tahu sesuai ke x.. xpe la, tgk ramai dah pun yg buat entri seperti arahan. Tggu next je la
…
Betul tu bro..
Tgk jer lah nnti mcm ne..
good luck
blog kak yan mmg best
Thanks bro..
saya pun tengah tak ada idea nak update blog..so bila join GA2 ni, adalah jugak berupdate blog tu kan..
Yup..
Betul dah macam tu..
terbaik la bro…..
lama tunggu bro update blog .hoho
Mmg lama..
Thanks drop comment.
macam banyak je GA dan contest blog aku tak tau dah.. skrg ni jarang BW.. hoho… result dah kuar ke?
Rasanya belum lagi kot..
salam…good luck ya
Wslm..
Thanks..
huhu, walopon seo tak fully optimized kat bahagian blog title tue, tapi blog makcik2 kite (kakjie, kak yan) tetap membuatkan budak muda cam aku malu.. huhu, kena kawen ngan anak2 diorang nie.. XD
Sebenarnya bahagian title tu de masalah besar pun..
aku ni pun org sabah jgk tau.
kalau kau boleh saja itulah makna paling tepat bg Boleh Bah Kalau Kau….
Oo.. mcm tu makna nya yer.. thanks2..
Blog Yanmie memang setaraf dgn blg Kujie, ternyata blogger wordpress lebih baik blogspot dari byk segi. Sorry la bro aku terjah blog ko macam nie, salam ziarah
Oh..
No hal la bro..
Thanks komen.
Banyak lagi yang perlu saya pelajari rupanya…
ringkas tp ada benda yg boleh aku kutip
moga berjaya bro azuan…
Tahniah..tahniah….tumpang gembira….bagus diaorang ni…termasuk azuan sendiri..
nice info., salam tuk semuanya.,
Boleh bah kalau kau bermaksud OK JE FOR U.. Hehe.. Sumber is myself cz im sabahan..
Oh gitu..
OK2. Thanks..
{ 2 trackbacks }