Pertamanya, tahniah untuk pasukan Uruguay dan Netherlands kerana telah layak untuk ke peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010 setelah berjuang habis-habisan untuk mengalahkan pasukan lawan masing-masing.
Akhirnya Brazil tewas kepada Netherlands dengan keputusan 2-1. Malah, ramalan aku yang Brazil Juara FIFA World Cup 2010 South Africa juga terkubur dan apatah lagi aku sudah tidak ada harapan untuk memenangi contest anjuran Denaihati.com. Walaupun begitu, semangat Piala Dunia tetap membara untuk menyaksikan perlawanan hebat yang seterusnya.
Untuk perlawanan antara Brazil Vs Netherlands aku tidak sempat untuk menyaksikannya kerana pada malam tersebut aku ada game. Apa yang aku tahu, Brazil bermula agak baik apabila mendahului 1-0 pada minit ke 10. Brazil juga telah bermain dengan hanya sepuluh pemain apabila seorang pemainnya iaitu Felipe Melo di layangkan kad merah. Akhirnya Brazil kalah kepada Netherlands dengan keputusan 2-1. Itu sahaja yang aku tahu, kalau ada kesempatan dapatlah aku menyaksikan siaran ulangan antara Brazil vs Netherlands.
Manakala untuk perlawanan Uruguay Vs Ghana, aku hanya sempat menyaksikannya pada separuh masa kedua. Apa yang dapat aku katakan, perlawanan tersebut memang hebat, masing-masing memberi tentangan dan bermain dengan seimbang. Malah sepakan percuma dari pemain Uruguay iaitu Diego Forlan juga amat menarik sehingga memberikan gol kepada pasukannya.
Pasukan Ghana pula mempunyai banyak peluang untuk menjaringkan Gol, tetapi mungkin nasib tidak menyebelahinya. Jika dilihat pada minit-minit akhir di second extra time, pasukan Ghana sudah layak untuk memenangi perlawanan tersebut setelah mendapat hadiah tendangan penalti, namun peluang itu disia-siakan apabila tendangan penalti hanya sekadar terkena palang gol.
Nampaknya tidak sia-sia pemain Uruguay iaitu Luis Suarez dikenakan kad merah apabila menahan bola dengan tangan untuk menghalang bola tersebut dari memasuki gawang gol. Akhirnya Uruguay memenangi perlawanan tersebut hasil sepakan penalti dengan keputusan 4-2.
Separuh akhir nanti, Uruguay Vs Netherlands, korang rasa pasukan mana yang akan menang dan melangkah ke perlawanan Akhir FIFA World Cup 2010 South Africa ini…
Update 07/07/2010
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir World Cup – Netherlands Vs Uruguay
Netherlands telah layak ke peringkat Final FIFA World Cup 2010 setelah berjaya mengalahkan Uruguay dengan keputusan 3-0. Tahniah buat Netherlands.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 2 comments… read them below or add one }
saya rasa Netherlands akan menang mudah melawan Uruguay… tapi kita lihat saja hasilnya nanti…
Di jangka macam netherlands yang menang..