Tips Kejutkan Orang Bangun Tidur

by Azuan on December 5, 2009 · 21 comments

in Motivasi

kejut orang bangun tidur Tips Kejutkan Orang Bangun Tidur

Bestnya kalau dapat tidur lena macam ni. :)

Entry kali ini, Azuan razi dot com ingin berkongsi tips ataupun cara-cara untuk kejutkan orang supaya bangun dari tidur. Jadi, kalau anda semua mahu kejutkan orang bangun tidur, cara-caranya adalah seperti:

  1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil tu panggil nama dia perlahan-lahan.
  2. Sentuh bahu orang yang tidur itu, dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil nama dia.
  3. Renjis air kat muka dia sambil panggil nama dia.
  4. Tampar-tampar manja pipi dia, sambil panggil nama dia.
  5. Tutup kipas atau air cond.

Tapi kalau cara tersebut masih gagal, teruskan kepada cara yang kedua;

  1. Jerit nama dia kuat-kuat.
  2. Gigit ibu jari kaki dia macam hantu toyol gigit tu.. Macam mana? korang fikirlah sendiri.
  3. Simbah air sebaldi, kalau boleh air rendam baju dalam korang.
  4. Tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam.
  5. Goyang badan dia kuat-kuat kemudian jerit gempa bumi! gempa bumi! tsunami! tsunami!
  6. Jerit api! api! api!
  7. Letak kfc ke mcd ke ataupun ikan patin masak tempoyak yang baru dibeli, letak sebelah hidung dia..bagi ambik bau sikit.

Tapi jika masih juga tidak berkesan, anda teruskan ke tips yang ketiga;

  1. Pergi dekat telinga dia…then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia banyak kali.
  2. Pergi kat dia, baca surah yaa sin! hehehe

Tapi masih juga tidak berkesan, maka inilah cara terakhirnya;

  1. Panggil sahaja orang masjid ataupun surau untuk uruskan…kerana tuhan lebih menyayanginya.

Tips ini hanyalah rekaan untuk hiburan semata-mata sambil membawa maksud yang tersirat, boleh dikatakan hidup perlu berani untuk menghadapi kematian, jadi lengkapkanlah diri anda sebelum Dia menjemputmu.. Sekian.

{ 20 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: