Aku yakin dan percaya bahawa setiap blogger inginkan tip blogging terbaik untuk memantapkan lagi blog masing-masing. Aku mengambil peluang ini untuk berkongsi tips blogging walaupun ianya bukanlah tip yang terbaik tapi ianya dari pengalaman aku sepanjang berblogging.
Dalam dunia blogging mahupun sebagai blogger sudah tentu akan ada naik dan jatuhnya, malah dalam apa jenis bidang sekalipun. Blogger seharusnya ada minat dan tahu apa tujuan untuk berblogging. Tujuan dan minat ini penting supaya dapat berblogging dalam suasana yang selesa dan bukannya meletakkan diri dalam tekanan. Ini salah satu tip asas yang terbaik harus ada pada setiap blogger.

Dalam keasyikan dan minat yang membuak-buak untuk berblogging, blogger seharusnya tahu akan topik yang hendak di tulis dalam blog. Amalan copy paste entry blogger lain amatlah merugikan diri sendiri. Pembaca, pengikut, dan trafik adalah nyawa untuk blog terus bernafas dan sebagai pemangkin semangat buat blogger untuk terus blogging dalam keaadan yang terbaik.
Jika korang rajin membaca entry sebelumnya, dalam blog ini juga sudah ada aku menulis mengenai tip blogging, tapi ianya mungkin lebih tersirat. Contohnya entry review blog redmummy mahupun entry kritik blog profhariz. Kali ini aku akan sampaikan secara general.
Tip blogging terbaik adalah seperti berikut:
Tip asas untuk mula blogging.
Sudah tentu perlu ada domain dan hosting samaada yang percuma mahupun yang berbayar. Domain yang terbaik ialah mudah diingat, pendek, dan membawa maksud tersendiri. Hosting yang terbaik pula ialah tidak mudah down dan ruangan support yang bagus.
Tip dalam pemilihan topik/niche blog.
Perkara yang lebih mudah mengenai topik ialah menulis apa yang kita minat dan sampaikan dalam blog. Tapi ianya akan menjadi lebih kepada personal blog. Jika kena pada gaya, minat yang disampaikan dalam blog akan ada pembacanya sendiri. Setiap orang ada hobi dan minat yang sama.
Tip mendapat trafik/pembaca blog.
Banyak cara boleh digunakan untuk mendapat trafik dan pembaca blog. Tajuk dan isi haruslah menarik dan bukannya membuat pembaca tertipu dengan tajuk. Aku percaya setiap orang mempunyai akaun Facebook dan korang boleh mempromosikan entry terbaru melalui Facebook. Tetapi cara promosi haruslah menarik supaya rakan-rakan tertarik untuk membaca. Ini tip yang paling mudah, korang juga boleh guna twitter dan macam-macam lagi.
Tip SEO untuk mendapat trafik.
SEO merupakan cara terbaik dan berkesan untuk mendapatkan trafik yang berkualiti. Cara mudah untuk bermain dengan SEO ialah perlu mengkaji permintaan sesuatu keyword dan persaingan mengenai keyword tersebut. Kesan apabila sesuatu keyword mempunyai permintaan akan mengakibatkan trafik meningkat dengan begitu mendadak. Keyword yang kurang persaingan lebih mudah untuk berada di muka depan search engine. Dalam hal ini korang perlu tahu beza keyword kompetitif dengan keyword yang tidak kompetitif.
Akhirnya…
Nampaknya sampai disini sahaja perkongsian tip blogging terbaik hasil dari pengalaman aku. Walaupun tips ini tidaklah terbaik dari yang korang pernah baca atau jumpa, aku harap perkongsian ini masih berguna buat korang. Jika korang ada tip blogging tersendiri, bolehlah kongsikannya di ruangan komen nanti. Semoga apa yang terbaik korang kongsikan dapat memberi manfaat kepada semua.
Oh ya, minta jasa baik korang yang membaca sampai habis untuk klik Google +1 di bawah ni, aku nak tengok sejauh mana kelebihan Google +1. Terima Kasih.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 48 comments… read them below or add one }
1 lg tip yg terbaik yg bleh sume orang apply ialah:
entri yg pendek, dan mukaddimah yang ringkas
Untuk personal blog entry sebegitu mmg sesuai lah..
tp utk blog niche dan penggunaan SEO, entry sebegitu kurang sesuai..
Setuju..untuk entri yang ringkas, score untuk on-page sangat rendah..kena la buat off-page kaw2 nak compensate balik 20% yang hilang dari on page tu
Itu dia penjelasan daripada otai…
humang aih..sejak bila pulak jadik otai..petai ada la bro
Bro kan dah lama otai…
menarik2 guideline ni.. kalau nak buat network besar leh jadi reference benda2 ni.. copy paste tu susah nak jangka.. kdg2 jalan mudah ni bukan yg terbaik..
Dulu masa mula2 ada gak main copy paste..
tp semua tu belajar dr pengalaman..
eh samalah. huhu. dulu suka copy paste. tapi kalau kantoi dengan google, itu yang sakit sikit tuh
Biasa permulaan blogger mcm tu lah..
nnti dh lama baru sedar dan akan cuba utk buat entry sendiri..
not bad, not bad..
Thanks.
Kalau sertai rangkaian blogger boleh kongsi feed blog kepada ahli. Lagi besar rangkaian blogger lagi besar blog feed dapat dikongsikan
Emm, ni mcm triberr kan bro?
dah terbaik dah nih tipsnya… sedikit sebanyak membuka mata… untuk mendapatkan yang terbaik dalam blogging ini, masing2 ada ramuan tersendiri…
Tip bro pun apa kurangnya..
ramuan tersendiri tu menjadikannya terbaik..
Nak naik bukannya mudah, tapi nak jatuh skelip mata je boleh.. Kadang2 dalam mencari hala tuju blog boleh memeningkan kepala.. Kena rest panjang dulu..hu3
Betul tu bro…
Sebab tu bila malas, mmg susah nak update blog..
bila nak update, rasa kekok lak..
walaupun azuan kata ‘bukan terbaik’ but it is actually terbaik dah ni.. cuma ni ha.. blogger yang baca ni, nak ambik iktibar ke tak mau.. well done bro
Terpulang pada yg menerima..
sy hanya menyampaikan..
tahniah. best baca. tips yang sangat membantu.
Terima Kasih bro…
Emm kira ok la ni, tips yang baik untuk blogger yang baru nak berjinak2 dan peringatan pula kepada blogger2 lain, by the way its good actually. Well done bro..
Thanks bro.. harap2 berguna utk bakal blogger..
kepada blogger yg betol2 serius, SEO adalah senjata utama anda..hehe.
Bagus ini tipsnya.
tips2 yang menarik untuk dikongsikan bersama
terima kasih bro
Semoga berguna..
Sama2 bro..
tip yg baik dari bro azuanrazi
Biasa-biasa jer bro…
amat lah berguna dan bermanfaat
Mudah mudahan mcm tu lah…
Simple .. tapi banyak maknanya. =)
Memang general dan mudah nak hadam…
thanks bro utk tip blogging terbaik!
Sama-sama bro.. harap ianya berguna..
Memang superb ramuan diatas~
TQ bro..
Ak baru nak berjinak2..huhu..
Memerlukan semangat yang jitu, ak rasakan pakai domain berbayar dapat meningkatkan semangat ak utk terus berblogging..
InsyaAllah…
Emm, biasa jer bro.. harap berguna utk bro..
Utk jangka masa panjang, elok guna domain sendiri.
tip bro memang terbaik.. ringkas dan padat isinya.. terbaik!
Harap ianya berguna..
Thanks bro..
nice tips….kena follow nie..thanks..
Bertadarus Al-Quran sambil berblogging.
nice post ringkas padat dan mudah dimengerti,thanks a lot
Backlink…backlink…. blogging dengan penuh santai……….ohhhhhhhhh
Terima kasih dengan tip.
mengikut pengetahuan bacaan saya. kelebihan google+ sangat banyak sebab saya terbaca perkongsian seseorang yang membuat banyak website. tapi satu website tu, dia lebih kan kepada sosial share. website tu naik. untuk niche tu yang saya lemah tu. jadi saya lebih prefer blog personal.
Signal sekarang, social share sudahpun main peranan. Kalu kita fikir secara logik pun, benda tu mmg betul.
betul tu. saya pun dapat lihat kekuatan +1 dalam menguatkan rank blog atau entri blog.
terimakasih kerana share tips berblogging yg sgt baik supaya bertambah pro
bg sesiapa yg berblogging…..
terima kasih telah berbagi tips kepada kita2 mas bro
hmm.. akunya harus banyak belajar dari mas bro dalam urusan blogging dan seo ni
sukses selalu
{ 1 trackback }