Contest Review Lynk.my 2015

Aplikasi URL Shortener Lynk.my adalah satu aplikasi untuk memendekkan URL link yang asal dan panjang kepada url link yang lebih pendek.

Melalui url link yang dipendekkan ini, apabila di klik akan redirect ke laman web yang mempunyai URL yang panjang. Maksudnya masih terus ke halaman pemalink link asal anda. Sekarang sedang berlangsung contest review lynk.my 2015 dimana para perserta perlu membuat review mengenai Lynk.my.

Menggunakan URL Shortener Lynk.my, ianya satu teknologi yang sangat sesuai untuk menghadkan bilangan aksara yang boleh digunakan dalam mesej atau post pendek seperti biasa kita lihat di Twitter.

Ini adalah satu teknik yang banyak digunakan untuk pengiklanan internet. Ia kelihatan lebih kemas, padat, lebih pendek dan mudah diingati.

Lynk.my sama juga seperti service URL shortener goo.gl, tinyurl.com, dan bit.ly

Ada research dibuat pada tahun 2009 sahaja url shortener Bitly telah di akses sebanyak 2.1 billion kali.

Bermakna minat untuk orang klik url pendek sebegini sangat tinggi berbanding jika anda menggunakan Url yang panjang.

Banyak kelebihan Url Shortener ini selain untuk mengurangkan jumlah menaip jika pembaca menyalin URL daripada sumber yang dicetak.

Kegunaan lain aplikasi Url Shortener adalah untuk mencantikkan pautan, menjejaki klik, atau menyembunyikan link asas.

Tetapi ada juga berlaku penyalagunaan. Ada yang menggunakan url Shortener untuk tujuan tidak baik. Jika anda menggunakan Url Shortener untuk tujuan bisnes atau peribadi sebaiknya jangan lakukan untuk tujuan spam.

Saya sendiri banyak mendapat spam link yang menggunakan url shortening melalui email, twitter dan laman social yang lain.

Pernah berlaku dimana saya terklik url pendek di twitter. Secara automatik mereka mendapat akses twitter saya melalui link pendek yang saya klik.

Dari situ mereka mula spam url pendek ke semua follower twitter saya. Lagi bahaya jika redirect link tersebut merupakan laman lucah atau judi. Ini biasanya dilakukan oleh hackers. Jadi anda perlu juga berhati-hati untuk klik sebarang url link pendek sebegini.

Pastikan akaun atau laman yang share url pendek itu kita tahu dan tidak berisiko. Contoh dari akaun twitter/blog atau website yang sahih bukan penuh dengan spam.

Biasanya pengguna yang spam menggunakan url shortener tidak bertahan lama.

Jika ramai yang report boleh di blacklist dari URL shortening service providers yang mereka gunakan atau akaun social media/blog/website mereka boleh dibanned.

Pastikan jangan salah gunakan fungsi aplikasi link shortener ini. Gunakan secara beretika dan berhemah. Jika anda menggunakan url shortener untuk tujuan penyembunyian iklan perniagaan, perkongsian informasi atau peribadi tidak salah.

Lynk.my satu lagi aplikasi url shortener yang pertama di Malaysia.

Sangat selamat digunakan dan banyak kelebihan tersedia untuk pengguna sama ada sebagai publisher atau advertiser.

Jika anda blogger ada berita baikā€¦

Ekslusif untuk anda memenangi wang tunai berjumlah rm4000.00 dengan hanya membuat review.

Tak sabar nak join? Mudah jer, cepat2 layari http://lynk.my/wt9