Pengiklanan Hubungi Terus Kadangkala Menguntungkan

When Ads WorkSeingat saya, kisahnya bermula hampir dua tahun yang lalu.

Iaitu apabila saya menyertai pertandingan SEO dengan kata kunci yang agak kuat persaingannya.

Niche yang digunakan adalah Education.

Bahasa mudah faham, topiknya adalah pendidikan. Semestinya kata kunci tersebut adalah dalam bahasa Inggeris.

Ketika itu, saya hanya menggunakan blogspot sebagai blog bertanding…

…ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari.

Apakan daya, bila dah masuk pertengahan pertandingan blog tersebut di banned oleh Google. Blog-blog peserta lain juga tidak terkecuali.

Ternyata agak bahaya jika ingin bawakan niche Education kerana Google akan lihat adakah ianya dari sumber yang betul-betul boleh dipercayai.

Lebih-lebih lagi apabila ramai yang hanya tumpu kepada satu kata kunci tersebut.

Oleh kerana kata kunci yang dipertandingkan mempunyai nilai yang agak tinggi, saya teruskan lagi dengan membeli domain dot com untuk buat blog berkenaan niche tersebut.

Hampir setahun saya tumpu kepada sasaran supaya dapat berada pada muka depan search engine dengan kata kunci tersebut, lega dan puas rasanya…

Sejak detik itu, ianya mula menampakkan hasil dari usaha yang dilakukan.

Ternyata Contact Form yang dipasang pada blog tersebut bukanlah hanya sekadar perhiasan.

dan Hasilnya

financial aid
Alhamdulillah, pengiklan ini masih teruskan iklan tersebut. Harap ianya akan berterusan. Ini adalah bayaran yang ketiga. Bayaran yang pertama bermula dengan Invoice #14.
walden university
Alhamdulillah, ini bayaran untuk satu text link pada homepage. Cukuplah dua screen shoot sahaja.

Antara faktor yang mempengaruhi pendapatan tersebut.

  • Kualiti dan keaslian entri pada blog menjadi keutamaan pengiklan.
  • Niche tersebut haruslah mempunyai permintaan yang tinggi.
  • Blog mempunyai Page Rank minima PR3.

Kadang-kadang blog PR0 masih menjadi minat pengiklan jika entri blog adalah berkualiti dan asli serta niche yang mempunyai permintaan tinggi.

Tapi apa yang paling penting ialah menu Hubungi wajib ada pada blog.

Oh ya, model buat duit dengan blog seperti ini lebih kepada pentingnya mempunyai Google Page Rank.

+++

Kisah ini adalah dari pengalaman saya sendiri, niat saya memang dah lama untuk berkongsi cerita ini.

Tapi saya perlukan tempoh masa yang sesuai.

Lagi satu, screen shot income tersebut bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Jauh sekali untuk berlagak.

Tetapi sebagai bukti dan pembakar semangat rakan-rakan blogger semua untuk terus berusaha.

Buat Duit Dengan Blog

Tidak dinafikan bahawa keinginan sesetengah blogger adalah mahu buat duit dengan blog. Tetapi ianya tidak mustahil dapat dilakukan jika kena dengan caranya, namun buat duit online dengan blog tidak menjanjikan korang menjadi kaya raya.

Cukuplah sekadar menjana pendapatan sampingan melalui blog dalam jangka masa yang panjang. Jika buat blog semata-semata untuk cari duit dan inginkan duit segera, blog bukanlah tempatnya. Seeloknya korang perlu mengetahui tip blogging terbaik supaya dapat memantapkan blog tersebut dahulu.

Sebagai permulaan, aku ingin kongsikan pengalaman cari duit online melalui blog. Jika di lihat, apalah yang ada pada blog ini sehingga dapat menghasilkan sedikit duit. Namun, aku ada beberapa lagi niche blog berbahasa English yang berpotensi untuk buat duit online. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana cara buat duit online dengan blog. Niat di hati bukanlah untuk menunjuk, jauh sekali untuk berbangga, malah jauh sekali untuk menunjuk pandai, cuma niat di hati hanya ingin berkongsi pengalaman.

Buat Duit Dengan Blog

Bagaiman Buat Duit Dengan Blog?

Banyak faktor yang main peranan samaada korang boleh buat duit online melalui blog ataupun tidak, cepat ataupun lambat. Setiap satu faktor yang akan di kongsi nanti boleh menghasilkan duit dengan caranya yang tersendiri. Berikut ialah faktor-faktor yang boleh di ambil kira hasil dari pemerhatian dan pengalaman aku selama ini:

Niche/Topik Serta Permintaan

Niche dan permintaan adalah dua benda yang berkait rapat serta saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap niche sudah pasti akan ada pasaran permintaannya. Contoh niche yang paling mudah ialah berkenaan dengan blogging, pasaran permintaan blogging cukup meluas. Bila ada permintaan, di situ akan terhasilnya pendapatan. Bagaimana caranya, korang cuba fikirkan.

Trafik Ataupun Pelawat

Trafik ibarat nyawa kepada blog dan semangat buat blogger untuk meneruskan blogging. Trafik yang tinggi dan berkualiti akan menarik minat pengiklanan untuk meletakkan iklan di blog korang. Dengan itu korang boleh buka pakej pengiklanan ataupun boleh pilih untuk mendaftar samaada nuffnang, advertlets, innity, dan mangga ads.

Google PageRank

Blog yang mempunyai Google PageRank dapat menghasilkan duit melaluinya. Semakin tinggi Google Pagerank, semakin mahal bayaran yang akan di bayar oleh pengiklan. Biasanya niche blog bahasa English yang mempunyai Pagerank lebih meluas pasarannya untuk mendapatkan pengiklan. Namum blog bahasa melayu juga tidak mustahil. Untuk buat duit dengan Pagerank, korang boleh cuba mendaftar dengan BuyBlogReviews, LinkWorth, dan IntelliLinks. Oh ya, korang perlu ada akaun Paypal supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan.

Bukti Buat Duit Dengan Blog

Menulis dan berkongsi idea sahaja tidak berguna tanpa menunjukan bukti. Semua orang boleh berkata-kata, tapi untuk membuktikannya belum tentu boleh. Jadi sekali lagi bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma aku ingin buktikan apa yang telah di sampaikan.

Nuffnang Payment

nuffnang payment
Walaupun Tak Banyak, Walaupun Lambat, Tapi Masih Berhasil.

BuyBlogReviews Payment

buyblogreviews payment pertama
Hasil dari satu sponsored post
buyblogreviews payment kedua
Hasil dari dua sponsored post
buyblogreviews payment ketiga
Hasil dari satu sponsored post. Untuk dapat jobs dari BuyBlogReviews, niche dan kualiti blog amat memainkan peranan. Ada jobs, adalah hasilnya.

LinkWorth Payment

linkworth payment may 2011
May 2011. Hasil dari sponsored post dan text links ads.
linkworth payment june & july 2011
June & July 2011. Hasil dari text links ads. Nilai pendapatan sama. Ada rezeki, dapat lagi payment untuk August 2011 dengan nilai yang sama.

IntelliLinks Payment

intelliLinks payment april may june 2011
Hasil setiap bulan dari text link ads untuk blog ini. Bayaran telahpun dibuat pada April 2011 dan May 2011 dengan nilai yang sama pada setiap bulan.

Direct Contact

Tambahan kemaskini pada 4 Jan 2012.

financial aid
Alhamdulillah, pengiklan ini masih teruskan iklan tersebut. Harap ianya akan berterusan. Ini adalah bayaran yang ketiga. Payment yang pertama bermula dengan Invoice #14.
walden university
Alhamdulillah, ini bayaran untuk satu text link pada homepage. Cukuplah dua screen shoot sahaja.

Itulah sahaja bukti pendapatan hasil dari buat duit dengan blog. Walaupun tidaklah banyak, tapi sudah cukup untuk membayar sewa hosting dan domain. Perlu di ingat, hasil yang aku dapat itu tidak akan datang bergolek jika tanpa usaha. Hasil tersebut bukan buat (berblog) terus dapat. Aku sendiripun ambil masa bertahun untuk mendapat hasil sebegitu. Sekian…

p/s: Lupa nak watermark setiap gambar. ­čÖü

Buat Duit Dengan Affiliate – Boleh ke?

Setelah hampir lima tahun berkecimpung dalam dunia online, boleh dikatakan aku telah mencuba pelbagai jenis program untuk buat duit secara online. Maklumlah, ketika itu minda mudah terpengaruh. Namun, tidak semua program yang disertai berjaya memberi pulangan serta kejayaan yang boleh dibanggakan.

Buat Duit Dengan Affiliate

Tetapi RM1 yang diperolehi hasil dari program buat duit online adalah satu perkara yang boleh membahagiakan, walaupun nilainya kecil tapi ianya memberi kesan yang mendalam kepada individu yang sentiasa mencuba. Adakah korang tergolong dalam individu yang sentiasa mencuba ini? Jika Ya, pernahkah korang mendapat RM1 hasil dari pendapatan online?

Antara program yang masih aku sertai sehingga kini ialah program Affiliate. Jadi, boleh ke buat duit dengan Affiliate? Ramai yang mengatakan bahawa program Affiliate merupakan cara yang paling mudah untuk buat duit secara online. Kenapa ianya mudah? Kerana usaha korang hanyalah melakukan teknik promosi pemasaran Affiliate yang berkesan. Adakah korang percaya?

Jadi, apa itu program Affiliate? Berdasarkan apa yang aku faham, Affiliate ialah kita sebagai agen yang mempromosi serta menjual produk orang lain. Apabila produk itu berjaya dijual oleh agen tersebut, maka dia (agen) akan mendapat komisyen yang telah ditetapkan.

Apa yang ingin aku kongsikan ialah boleh ke buat duit dengan program Affiliate? Berdasarkan pengalaman aku melakukan pemasaran Affiliate, program tersebut sememangnya boleh buat duit. Tetapi dengan syarat mempunyai ilmu pemasaran Affiliate yang betul. Sudah terbukti ramai Internet Marketer dalam dan luar negara yang menjana ribuan ringgit hanya melalui program Affiliate.

Aku bukanlah salah seorang yang tergolong dalam Internet Marketer tersebut. Tetapi aku juga pernah merasa mendapat sedikit bayaran melalui program Affiliate. Maklumlah, ilmu aku dalam pemasaran Affiliate masih belum mencukupi, banyak lagi yang perlu dipelajari. Mungkin aku masih belum mengetahui keperluan penting bagi setiap Affiliate serta teknik untuk memilih program Affiliate yang terbaik.

Aku juga mungkin melakukan kesilapan semasa melakukan pemasaran Affiliate. Teknik promosi yang aku guna hanyalah melalui SEO. Walaupun berkesan, tetapi hasilnya tidaklah begitu memberangsangkan kerana masih banyak lagi teknik promosi yang boleh meningkatkan pendapatan korang dalam program Affiliate.

Walaupun begitu, masih banyak ruang dan peluang untuk mendalami ilmu pemasaran Affiliate dengan berkesan. Sana sini terdapat sahaja panduan buat duit dengan Affiliate. Namun, aku pun baru sahaja selesai membaca panduan berguna mengenai program Affiliate. Ternyata masih banyak yang aku belum ketahui sebelum ini.

Inginkah korang mendalami ilmu pemasaran Affiliate? Ketahuilah asas-asas penting dalam program Affiliate yang tidak harus korang abaikan. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan panduan Affiliate percuma sebagai sumber rujukan korang.

Korang juga boleh follow dan LIKE Fan Page Facebook Perniagaan Affiliate.