Berita Sukan Terkini SEO Contest

Berita baik untuk pencinta SEO serta buat mereka yang ingin mengasah bakat mahupun teknik SEO. Mungkin korang boleh mencuba dengan menyertai cabaran SEO untuk kata kunci Berita Sukan Terkini. Aku tahu contest SEO ni pun dari forum WangCyber.

Berita Sukan Terkini

Sudah agak lama sebenarnya aku tahu mengenai cabaran SEO Berita Sukan Terkini, tetapi aku tak pasti samaada mahu turut serta ataupun tidak. Bila berada dalam contest, masa yang terluang memang sangat diperlukan. Tapi aku asyik sibuk sahaja, jadi susahlah sikit nak bagi fokus. Tak tahulah nanti macam mana, kalau tak sibuk mungkin aku turut serta. Boleh juga nanti asah teknik yang sudah berkarat ni.

Alang-alang aku dah tahu mengenai contest ni, elok juga aku war-warkan dekat blog, mungkin nanti korang yang berminat boleh menyertainya. Setakat ini aku tengok belum ramai yang berdaftar untuk menyertai contest tersebut. Eloklah kalau korang menyertainya, mungkin peluang untuk menang tu besar sikit. Aku tahu ramai yang pakar-pakar SEO ni, secara teorinya semua boleh bercakap (bagi tips) pasal SEO. Jadi buktikanlah apa yang korang kongsikan tu.

Mengenai cabaran SEO Berita Sukan Terkini, hadiahnya tak adalah besar sangat macam yang Denaihati selalu anjurkan tu. Lagipun ianya lebih fokus kepada Newbie, tetapi jika korang berminat nak menyertainya pun boleh. Namun, hadiah bukanlah keutamaan, ianya boleh dikatakan satu bonus, apa yang lebih berharga ialah ilmu yang bakal korang dapat.

Tarikh tamat cabaran SEO Berita Sukan Terkini ialah pada 24/12/2010 jam 9.00 malam. Pemenang pula akan ditentukan berdasarkan keyword “Berita Sukan Terkini” menggunakan enjian carian Google.com serta browser Mozilla Firefox.

Syarat-syarat pertandingan dan pendaftaran boleh rujuk entry cabaran seo berita sukan terkini di blog kimirekonen.

Keputusan FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010

Berita sukan terkini berkenaan FIFA U20 Women’s World Cup, aku sebenarnya tidak mengikuti perkembangannya pun, setiap perlawanan aku tak tengok, malah aku sendiri tak tahu berlangsungnya FIFA U20 Women’s World Cup, lainlah kalau FIFA World Cup South Africa tu, tapi aku tahu sejak kebetulan tertengok berita sukan dan siaran langsung perlawanan akhir FIFA U20 Women’s World Cup Germany 2010 antara pasukan tuan rumah iaitu Germany Vs Nigeria. Dalam sedar tak sedar, rupanya itu dah perlawanan akhir.. Tapikan, pemain pasukan Germany lawa-lawa juga, jauh beza dengan pemain Nigeria tu. hehe…

Germany FIFA U20 Womens World Cup 2010

Alang-alang blog pun dah lama tak update, eloklah aku update sikit. Kalau diikutkan, banyak benda aku nak update dan kongsi, tapi aku masih menunggu sedikit masa lagi dan dalam plan nak pindah hosting, puncanya servis support cukup menghampakan. Jadi mood untuk update pun serba serbi hilang. Cukuplah aku update dengan entry simple berkenaan Keputusan penuh FIFA U20 Women’s World Cup ni.

Berikut Keputusan Penuh FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010:

Final Tournament Standings

  1. Winner: Germany
  2. Runners-Up: Nigeria
  3. Third: Korea Republic
  4. Fourth: Colombia

Adidas Golden Ball
1: Alexandra POPP (GER)
2: JI So Yun (KOR)
3: Kim KULIG (GER)

Adidas Golden Shoe
1: Alexandra POPP (GER)
2: JI So Yun (KOR)
3: Sydney LEROUX (USA)

Adidas Golden Glove
1: Bianca HENNINGER (USA)

FIFA Fair Play award
Korea Republic

Itulah keputusan penuh FIFA U20 Women’s World Cup Germany 2010. Oh ya, Germany menang 2-0 menentang Nigeria pada perlawanan Final. Sekian…

Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

Berakhir sudah FIFA World Cup South Africa 2010, sepanjang perlawanan berlangsung semua pasukan beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya, terkini hanya pasukan terbaik akan layak meneruskan perjuangan untuk bergelar Juara Piala Dunia 2010. Agak mengejutkan apabila Juara World Cup 2006 iaitu Italy kecundang di peringkat kumpulan. Malah, France yang merupakan salah satu pasukan terkuat juga turut mengalami nasib yang sama.

Spain Juara World Cup 2010

Continue reading Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010