Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010

by Azuan on July 12, 2010 · 56 comments in FIFA World Cup

Berakhir sudah FIFA World Cup South Africa 2010, sepanjang perlawanan berlangsung semua pasukan beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat seterusnya, terkini hanya pasukan terbaik akan layak meneruskan perjuangan untuk bergelar Juara Piala Dunia 2010. Agak mengejutkan apabila Juara World Cup 2006 iaitu Italy kecundang di peringkat kumpulan. Malah, France yang merupakan salah satu pasukan terkuat juga turut mengalami nasib yang sama.

Spain juara world cup 2010 south africa

Spain meraikan kejayaan pasukannya apabila menjadi Juara World Cup 2010. Tahniah!!


Akhirnya Spain telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila menjadi Juara World Cup 2010 setelah berjaya menewaskan Netherlands dengan keputusan 1-0 di perlawanan akhir world cup 2010 semalam. Andres INIESTA menjadi Hero pasukan Spain apabila beliau menjaringkan Gol pada minit ke 116 di separuh masa tambahan kedua sekaligus memusnahkan harapan Netherlands untuk mencipta sejarah bergelar Juara Piala Dunia buat kali pertama.

Perlawanan akhir menyaksikan kedua-dua pasukan bermain agak kasar sehingga terlalu banyak kad kuning dilayangkan oleh pengadil. Setiap pasukan juga saling berbalas serangan, jika diikutkan peluang untuk menjaringkan Gol memang banyak untuk kedua-dua pasukan, tetapi nasib tidak menyebelahi untuk setiap pasukan, ataupun disia-siakan oleh pemain? atau penjaga gol pasukan Spain dan Netherlands yang cekap? atau bola Adidas JABULANI yang sukar dikawal? Apa pandangan korang?

Keputusan Penuh World Cup 2010;

Final Tournament Standings

  • Winner: Spain
  • Runners-Up: Netherlands
  • Third: Germany
  • Fourth: Uruguay

Awards World Cup 2010;

Adidas Golden Ball

  • Diego FORLAN – merupakan pemenang untuk anugerah Adidas Golden Ball.

Adidas Golden Boot

  • Thomas MUELLER – merupakan pemenang untuk anugerah Adidas Golden Boot.

Adidas Golden Glove

  • Iker CASILLAS – merupakan pemenang untuk anugerah Adidas Golden Glove.

FIFA Fair Play Award

  • Pasukan Spain

Last Man of the Match

  • Andres INIESTA ( Pemain pasukan Spain )

Best Young Player Award

  • Thomas MUELLER – merupakan pemenang untuk anugerah Best Young Player.

Itulah serba sedikit keputusan penuh mengenai berita sukan FIFA dalam perlawanan akhir dan Awards Piala Dunia 2010 untuk pemain yang layak. Maka berakhirlah FIFA World Cup 2010 South Africa yang dijuarai oleh pasukan Spain. Nantikan FIFA World Cup 2014 empat tahun lagi yang akan berlangsung di Brazil.

Akhir sekali, TAHNIAH untuk Spain kerana telah mencipta sejarahnya tersendiri apabila berjaya menjadi Juara World Cup 2010. Kepada penyokong Netherlands, terimalah keputusan perlawanan ini dengan sebaiknya dan sama-sama kita nantikan FIFA World Cup 2014 akan datang… Sekian…

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 56 comments… read them below or add one }

1 Eyl July 12, 2010 at 2:12 pm

Iker Casillas mmg keeper best walaupun aku sokong belanda semalam. adeh, kalah tipis je tu, xpe la.hehe

btw, salam kenal bro, link exchange boleh? dh letak link blog bro kat sana. :)

Reply

2 Azuan July 13, 2010 at 2:09 am

Iker bertindak cemerlang bro.. berani lagi tu.. tp spain banyak serangan lah.. Salam kenal gak bro.. buat masa sekarang belum bersedia untuk link exchange lagi.. hehe

Reply

3 miss lolly July 12, 2010 at 11:59 pm

ingatkan david villa daaapaaaat :(

Reply

4 Azuan July 13, 2010 at 2:10 am

Dapat apa miss lolly??

Reply

5 aizuddin July 13, 2010 at 2:57 am

spain terbaik dari ladang

Reply

6 Azuan July 13, 2010 at 3:22 am

Tapi belanda nasib kurang baik jer..

Reply

7 suri July 13, 2010 at 9:05 am

aik dah macm dema klur dari kebun buah-buahan jer..huhu..

Reply

8 Azuan July 13, 2010 at 12:11 pm

kebun buahan-buahan ke? tak kan macam tu kot..

Reply

9 nanajoe July 13, 2010 at 9:31 am

yeahhh!~
my favo team!!!
congrate to spain~ :)

Reply

10 Azuan July 13, 2010 at 12:12 pm

spain menang tipis tu..hehe..

Reply

11 lantai baiduri July 13, 2010 at 10:44 am

dan juara antara juara ialah si sotong paul heheh

Reply

12 Azuan July 13, 2010 at 12:12 pm

haha.. tak pasal-pasal sotong ni jadi Glamour..

Reply

13 MokhZam July 13, 2010 at 4:39 pm

si Mani burung kakak tua tewas dengan Paul si sotong kurita…hehe..next world cup boleh pakai ke tak si Paul ni…

Reply

14 Azuan July 17, 2010 at 4:56 pm

hehe.. rasanya tak boleh dah.. sebab si paul dah bersara.. hehe.. tak pun si paul tu dah tak de dah.. hehe

Reply

15 none July 13, 2010 at 8:48 pm

wlaupun german kalah lawan spain, thomas mueller dpt gak golden boot and best young player…ada jga pengubat kekecewaan..hehe

Reply

16 Azuan July 17, 2010 at 4:57 pm

a’ah.. betul tu.. nnti mesti banyak kelab yang nak beli thomas mueller ni..

Reply

17 Zida July 13, 2010 at 11:02 pm

Hoyehhhhh 1-0 jek rupanya. Ingatkan banyak sangat la menang. Muahahaha dah nak masuk hari Rabu, baru ZIda tau berapa gol Spain vs Netherland hari tu. Huk3

Reply

18 Azuan July 17, 2010 at 4:58 pm

laa.. ye ke.. tak tengok ke final malam tu?

Reply

19 etomyam July 14, 2010 at 9:29 am

sedikit kecewa pasal germany dan belanda yg disokong semuanya tewas di tangan spain huhuhu :D

Reply

20 Azuan July 17, 2010 at 4:58 pm

hehehe.. tak pe bro.. nantikan next world cup lak..

Reply

21 kulanz July 14, 2010 at 4:27 pm

Aku sokong England sebenarnya, tapi awal2 dah keluar..
tapi tengok permainan Spain malam tu mmg puas hati.. cuma yang spoil tu ada banyak kekasaran dilakukan pemain malam tu..

Reply

22 Azuan July 17, 2010 at 4:59 pm

England tertekan kot apabila gol lampard tak dikira pengadil.. tu lah, smlm tu banyak benar kad kuning…

Reply

23 suri July 14, 2010 at 10:49 pm

salam singgah disini..
yelah sedar ke tidak dah ttup tirai pun..rasa cam baru je smlam bola ni habis hehee

Reply

24 Azuan July 17, 2010 at 5:00 pm

Wslm.. singgah je ke? tak de bawak buah tangan ke? hehe.. tengok tak final malam tu?

Reply

25 zik July 15, 2010 at 5:34 pm

tahniah kepada spain…. :-) dah habis World cup 2010…isk2..

Reply

26 kulanz July 16, 2010 at 1:01 am

kira puas hati juga tengok persembahan 4 pasukan akhir tu..

Reply

27 Azuan July 17, 2010 at 5:02 pm

A’ah bro.. semua pelawanan best2 tu..

Reply

28 ranggaw0636 July 16, 2010 at 11:29 am

yeah puas ngeliat belanda kalah, ayo kapan nih giliran indonesia jadi juara piala dunia

Reply

29 Azuan July 17, 2010 at 5:02 pm

mudah mudahan boleh…

Reply

30 eric July 16, 2010 at 9:26 pm

cool :)
go Spainnn

Reply

31 bluedianthus July 17, 2010 at 9:58 am

Spain memang layak juara kan.. :)

Reply

32 Azuan July 17, 2010 at 5:03 pm

Nasib dia dan rezeki dia tu.. hehe

Reply

33 bluedianthus July 17, 2010 at 11:50 pm

Yup, dan semuanya tak ada kaitan dengan Paul the Octopus.
Kebetulan je tu..:)

Reply

34 Azuan July 17, 2010 at 11:58 pm

Hahaha.. siapa yang percaya ttg ramalan sotong tu x tau lah.. hehe..

Reply

35 etomyam July 17, 2010 at 11:48 pm

next 2014 rasa macam nak sokong team dari negara Balkan pulak, frust punya pasal huhuhu

Reply

36 Azuan July 17, 2010 at 11:58 pm

Negara Balkan negara apa bro? hehe.. x taulah..

Reply

37 abi darwish July 18, 2010 at 4:42 pm

referee bias..huh…=(

spain men cntik…formation dorang…fuh..! (respek)

Reply

38 Azuan July 18, 2010 at 5:51 pm

Betul tu bro..serangan pun banyak spain yang buat..

Reply

39 Wan Perlis July 18, 2010 at 11:46 pm

bila malaysia nak masuk piala dunia

Reply

40 Azuan July 19, 2010 at 3:17 am

hehe.. susah nak ramal bro…

Reply

41 azizan4444 July 19, 2010 at 5:28 am

aku suke tgk muller ng forlan tu..forlan nye free kick mantap je..hehe

Reply

42 Azuan July 19, 2010 at 8:46 am

Last free kick Forlan tu cantik.. kalu tak kene palang tu, blh jadi gol dah tu..

Reply

43 naz July 19, 2010 at 5:58 pm

mmg dah jangka, sebelum paul the octopus ade aku dah agak spain menang. hehe. team favorite aku sejak euro 2008. hehe.

Reply

44 Azuan July 19, 2010 at 7:57 pm

hehehe.. ye ke bro.. kira ramalan ko tepat lah ni.. tp spain bermain dengan bagus lah.. mmg layaklah team dia Juara World Cup 2010..

Reply

45 uth July 20, 2010 at 9:02 pm

spain sangat bagus footballnya..

Reply

46 lady kingdom July 24, 2010 at 3:21 pm

Spanyol memang mantap banget nih

Reply

47 farah wahida July 25, 2010 at 6:12 pm

sygnyer ku x minat spain..huhuh..lepas jer jerman kalah,terus x tengok final..hehehe

Reply

48 Azuan July 26, 2010 at 3:14 am

Tak kisah tak minat pun.. yg penting, final tu kene tgk.. kalu tak rugi.. hehe

Reply

49 ishak July 27, 2010 at 3:50 pm

serbuan pertama ke sini…..

salam bro..tak sangka spain menang….
biasalah usaha itu tangga kejayaan

Reply

50 Azuan July 28, 2010 at 1:15 am

Wslm bro.. thanks melawat ke sini..

Reply

51 Mama Murai July 28, 2010 at 12:27 am

Yes, awak tak nak tengok gambar mama pakai jersey spain ke azuan?. Tapi time final tue mama memang kecewa sebab Torres tak jaringkan gol. Keluar last minute lak tue. Huhu

Reply

52 Azuan July 28, 2010 at 1:16 am

Oh.. ada ke? nak gak tengok.. kat mana nak tengok? tak pe torres tak jaringkan gol pun, janji spain dah Juara.. hehe

Reply

53 cermin mata July 30, 2010 at 2:16 pm

actualy WC champion is Barcelona

Reply

54 farah August 2, 2010 at 1:50 am

ni dah ok balik dah blog awak:)

Reply

55 Azuan August 2, 2010 at 2:22 am

A’ah.. baru ok gak ni.. cuma hairan kenapa contact Form tak working ni, try test contact sendiri pun tak dapat gak email.. Yg awk dulu ada error apa?

Reply

56 Perniagaan Internet Malaysia May 14, 2011 at 7:14 am

Mantap Spain! Tahniah.. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: