Drama Chinta Slot Akasia TV3

by Azuan on September 12, 2010 · 35 comments

in Akasia TV3

Drama TV3 terbaru iaitu “Chinta” bakal ditayangkan pada penghujung bulan September 2010 untuk mengisi ruang slot Akasia TV3. Chinta akan menggantikan drama epilog syurga cinta yang hanya tinggal beberapa episode sahaja lagi dan akan berakhir pada hujung bulan September nanti.

Teraju utama drama Chinta TV3 yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min.

Nampaknya watak Fasha Sandha cukup mencabar sepanjang kariernya sebagai pelakon. Sinopsis drama Chinta TV3 juga nampak macam best. Dibawah aku sediakan sinopsis Chinta, korang layang jer…

akasia chinta tv3 Drama Chinta Slot Akasia TV3

Sinopsis Chinta TV3

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Menarik mengenai Watak Chinta, Fasha Sandha

ENAM tahun menjadi pelakon dengan deretan anugerah serta pengiktirafan, ini kali pertama aktres Fasha Sandha berdepan ketakutan yang amat sangat. Rasa takut dan seram itu bukan disebabkan watak hantu atau jalan cerita menakutkan, sebaliknya watak terbaru lakonannya, Chinta.

Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa’ Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.

Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.

“Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.

“Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.

“Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa,” katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

“Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

“Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,” katanya.

Sumber: myMetro

Drama Chinta bakal menemui penonton pada penghujung September depan ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam. Buat peminat Fasha Sandha, bolehlah korang layan Drama Chinta TV3. Seperti kata Fasha Sandha, “Chinta adalah hadiah buat peminat setia saya untuk melihat transformasi Fasha Sandha secara maksimum“.

{ 35 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: