Salam sejahtera. Boleh dikatakan agak lama juga aku tidak update blog. Biasalah, dunia blogging ni ada pasang surutnya, ada waktu semangat dan tak kurang juga boleh hilang semangat. Untuk mengembalikan semangat tu kadang-kadang memang agak sukar atau mungkin ianya bergantung kepada sesetengah individu bagaimana untuk mengatasi masalah semangat yang hilang. Adakah korang pernah mengalami situasi sebegini?
Bagi aku sendiri, untuk mendapatkan semula semangat yang hilang tu macam agak sukar. Sebab itu agak lama aku tidak update blog. Tapi tidak bermakna aku terus lupa pada blog. Cuma ianya memerlukan satu tindakan untuk mula menulis. Tapikan, bila dah lama tak menulis, rasa macam janggal pula.
Selama dua bulan tak update, aku banyak melawat blog para blogger yang lain. Tinggalkan komen pun bila perlu dan selebihnya hanya menjadi silent reader. Memang mantap dia orang ni sebab rajin update blog. Kalau nak sebut nama blogger tu memang banyak sangatlah, jadi buat blogger yang terasa dirinya disebut, tahniah buat korang.
Setelah lama menyepi, aku juga ada perancangan berkenaan skop penulisan untuk blog ini. Mungkin nanti aku akan kecilkan skop penulisan tu lebih kepada apa yang dah aku lalui, pandangan dan pendapat aku, tips blogging yang tak seberapa dari aku, dan mungkin tips SEO dan Pagerank ataupun jika ada isu semasa yang menarik, mungkin akan diselitkan juga. Atau mungkinkah Advertorial? Moga dimurahkan rezeki OlehNya.
Kalau dilihat, entry berbentuk tips dan tutorial memang sudah banyak blogger lain buat, tapi aku kongsi berdasarkan pengalaman aku. Moga aku diberi kekuatan dan semangat OlehNya untuk terus berkongsi.
Entry berbentuk hiburan mungkin dah tak update dekat blog ini. Sebab aku juga ada perancangan untuk asingkan niche hiburan dalam blog lagi satu. Domain memang dah ada dan usia domain pula sudah satu tahun. Boleh korang teka nama domain tu? Moga aku diberi kekuatan untuk memulakannya.
Kembali biasakan diri untuk menulis. Rasa kekok pula
*Photo kredit: flickr
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!


{ 71 comments… read them below or add one }
wah, niche hiburan di mana yerk? susah kot nak teka. hehe, anyway bro. aku rasa best lagi kalau ko tulis pasal Advertorial. boleh gak aku belajar sesuatu yg baru dari ko. hehehe
A’ah bro.. susah sbb tak bagi klu.. hehe.. Domain tu sama dengan salah satu rancangan hiburan yg ada kt TV3.
Pasal Advertorial tu maksud ko mcm ne? tips nak dapatkan Advertorial ke?
hoho, ni pasti nama slot2 kat TV3 ni. akasia.com? lestary.com? hehe, tul tak? aha, lebih kurang camtulah. aku tgh study nak wat wang lebih ni. cari pendapatan tetap tenet.
hehe.. bukan nama slot2 TV3 bro..
Pengacara rancangan tu awal ashaari. hehe
Oh.. kalu mcm tips advertorial tu mmg belum lg lah bro..
maksud aku dlm entry tu bila dpt Advertorial, dpt lah hasilkan entry nya..
Bagus tu bro.. maksud bro pendapatan tetap dari internet tu dari sumber mana? blog ke?
aha, tahu dah. hehe…kalau aku teka dapat hadiah tak? hehe
oic, tp kalau ada jobs pun ok gak. share lah ng aku. hehe
aha, dari blog, facebook, twitter dan mana2 platform leh janakan pendapatan. yg ptg halal. bro, aku ada projek gak. lebih kurang cam ko, ingat nak ajak ko join. tp ko dah ada projek sendiri plak. hehe, baru berangan nak kalahkan syok.org
hehe.. tak ada hadiah bro..
manalah aku ada jobs ni..
blog, facebook, twitter boleh dijadikan medium utk promosi..
try lah buat affiliate.. cari produk yg ada permintaan..
hehe.. ko dah beli domain ke utk projek tu?
dah beli dah…itu lah…aku tgh cari produk nak up…tp segan pun ada…haha
Oh..
cun gak domain tu..
main sedut2 ni.. hehe..
Segan apa lak?
seganlah ng bro, ingat nak ajak bro join sekaki…kasi up lawan syok.org tu…hehe
hehe..
ada pulak mcm tu..
x pe.. bro cubalah dulu up website tu..
tak cuba tak tau..
dalam proses bro, insyaAllah.
maybe aku perlukan bantuan ko kelak, itu pun kalau ko sudi membantu.
No hal bro..
jika ada perlu apa2 bantuan bagitau lah..
selagi aku boleh bantu, Insyaallah aku bantu.
thanks bro, nanti klu ada apa2 aku akan bgtau kelak.
thanks again bro.
Ok bro..
your welcome..
Sori nyempel kat cni.. Nak tanya je .. Advertorial tu ape bro?
done, telah dijumpai. http://whois.domaintools.com/fuhhh.com
haha, minta domain provider enable privacy tuk domain tu bro. hehe
hehe..
pandai bro…
emm, aku saje biarkan privacy tu bro..
kot2 ada pihak tertentu yg berminat nak beli domain tu dgn harga yg tinggi ke..
boleh dia orang contact aku nnti..
ye tak ye gak, boleh jualkan kalau ada ada permintaan. aku tak pk plak. hehe
http://www.facebook.com/sedut.org
Jai suka nak terjah blog2 yang ada tips2 SEO sbb zero knowledge.. Banyak nak kena bljr.. Kalu bro buat, hari2 jai terjah nntikan update terbaru..he3
Hehehe.. kalau tak keberatan subscribe jer bro.. terus entry masuk dlm email.
Insyaallah, ada kekuatan nanti akan menyusullah entry2 tersebut..
dah subscribe…he3
Ok bro.. thanks.. aku pun dah subscribe blog ko..
welkam back.. rajin2 lah menulis lepas ni ek.. biasa la tu.. kadang2 aku pun malas gak nak update blog.. hehe..
ade blog niche hiburan tu.. mmg senang nak tarik trafik kot..
A’ah.. Malas tu mmg punca utama.. jd aku mendiamkan diri jer.. just jadi pemerhati jer..
Domain dah ada, cuma belum buat lagi.. maklumlah niche hiburan mcm agak sukar nak dpt content..
Assalammualaikum…
Tahniah kerana kembali menulis blog setelah lama menyepi…Mungkin idea selepas ini lebih debomb lagi…..
Wslm Masidah..
Thanks atas ucapan itu..
Insyaalah akan berkongsi sebaik yang mungkin..
peh..sudah kembali ye.. cam zack zukhairi la ni style.. hehe.. projek mantap tu ada lagi satu blog..
Siapa zack zukhairi tu bro? Nama mcm pernah dengar.. Org tak berapa cam..
Tak adalah mantap, biasa2 jer..
selamat kembali bro…
kadang2 kita memang perlu masa untuk rehat
cari kekuatan dan idea baru
selamat kembali, bro
betul gak apa yg bro katakan tu..
Thanks bro..
Salam.
Macam saya, untuk memastikan semangat tu berterusan, saya buat jadual kerja untuk blog. Jadi kita tahu apa yang perlu dilakukan dan apa yang belum dibuat. Semoga terus bersemangat berblog.
Wslm..
Betul gak mcm yg bro katakan tu yer.. agak menarik kalau buat jadual..
Thanks bro bagi pandangan bernas.. Mungkin boleh cuba nanti..
tp kalau ketiadaan idea agak susah juga utk ikut jadual.
Bro.
Dalam jadual tu dah buat, hari ni nak tulis cerita apa, esok cerita apa. Kalau takde idea untuk part tu, saya akan skip dan buat untuk kerja hari yang lain. Tapi dateline memang kena ikut lar. Jadikan blogging itu sebagai kerja.
Dalam kerja pun ada jatuh bangunnya kan? Try motivate diri sendiri dgn hasil yg dapat di lihat dari blog.
Yes..
aku setuju dengan ayat motivate diri sendiri. Aku rasa inilah salah satu sebab mudah hilang semangat..
Bro, thanks utk tips tu.. kira buat jadual sekali dengan topik yg ingin dibuat dekat blog tu yer..
nampaknya kena rangka betul2 supaya mudah dapat idea tu..
Memang menjadi cabaran kalau blog itu adalah sampingan berbeza kalau blog itu sepenuh masa. Jadi survival itu perlu dipasang strategi kalau tidak tengelam
A’ah bro..
mmg mencabar..
sifat malas tu mmg susah nak halang..
lama jugak tak update bro..aku tunggu je…now dah release entri baru…anyway jgn putus asa..huhu
hehe..
mmg lama bro..
sifat malas menghantui diri..
tu yg senyap jer tu..
Faham dengan perasaan tu..
pernah terkena juga dulu..
blog down 2-3 hari..
lepas tu blog dah ok balik..
tapi mood nak berblogging tu,seminggu baru baik..=)
hehehe..
Mmg kalau blog dah down.. semangat pun mudah jadi down..
itu yg bila blog dah ok.. Semangat tu susah nak up balik..
Assalaamu`alaikum azuan,
syukurlah penulis berbakat seperti awak tidak berhenti dari menulis. Saya sememangnya sudah lama ingin mengucapkan terima kasih sebab banyak memberi peringatan mengenai kepentingan SEO dalam menulis kepada saya. Kini fikiran saya sudah terbuka untuk menerima bahawa SEO adalah salah satu elemen penting dalam penulisan blog. Tanpa pembaca siapalah seorang penulis bukan?
Teruskan usaha anda.
Wslm MM.
Terima Kasih MM..
Betul tu..
lama menghilang bro.. ingatkan merajuk dengan aku..hehe…. semangat aku kadang2 hilang tiba2… bila ada masalah2 dalaman melanda.. biasalah kita manusia biasa.. huhu
Eh.. mana ada merajuk lah bro..
Diamkan diri jer jadi pemerhati..
betul tu.. kita hanya manusia biasa..
salam bro…slamat kembali..aku pun dah lame mnyepi..cuma silent reder jer kat blog kwan2 .Bile ntah semangat aku nak datang balik…bz ngan keje..huhu
Wslm bro..
Emm, tak pe bro..
take your time..
nanti sampai masa nanti semangat tu datanglah..
Saya pun naik hairan kenapalah bro lama sangat menyepi tanpa berita.. Apakah yang terjadi pada bro? Bro sudah taknak berblog ke? Tapi alhamdullilah akhirnya semua jawapan terjawab dalam entri setelah sekian lama menyepi..
Bro saya berasa bro patut meneruskan pengalaman bro dengan TIPS-TIPS SEO.. Saya memang dahagakan ILMU SEO dari bro
hehe.. tak ada lah mcm tu bro.. sampai satu tahap lebih suka berdiam diri dan jd pemerhati..
Insyaaallah nanti akan ada tips-tips tersebut..
Hahaha.. macam tau je nama domain tu bro.. aku pon skang baru dapat internet…
PR naik bro… yang paling penting, ade 4 domain aku pr5..
Mantap2..
boleh la wat promosi lepas ni…
hehe.. ko mmg tau..
lama betul tak nampak ko.
ada kat mana skrg?
yes, aku tau PR blog tu..
aku ada try tengok.. mmg mantap bro..
fakhriramley.com pun dah naik jd PR4.
4 domain tu autoblog ke bro?
Adakah hasil teknik youtube tu ke?
Hehehe.. bukan teknik tu bro…
Ni teknik farming… hehehe.. aku rase ade dh cite ke mu..
ermm.. aku ade tranung.. esok nok gi johor lok…
Oh.. teknik farming tu yer.. tau2, mg mmg ada citer..
tp sumber farming tu dr mana? 4 blog tu juga ke?
lama dah ke balik ganu?
emm, pegi johor lak?
sumber tu dari blog yg lain bro..
aku check balik, bukan 4, tapi 7 bijik domain yg pr5.. masyuk tol..
rezeki2..
yer.. gi johor plk..
Blog lain? blog mg juga ke?
Gila bro 7 biji domain pr5.. mmg masyuk habis lah..
Cepat2 guna peluang tu sebelum PR update lg..
Tak pun, buat farming lak domain 7 biji tu.. hehe
Ada hal apa kat johor tu?
sambung blajo kat johor plk stahun
Oh..
sambung blajo..
molek lah gitu bro..
Salam bro.
Lama menyepi hehe.
Aku ada gak datang 2 3 kali kot, tapi tak berupdate.
Tapi perasan gak ko komen kat blog orang lain. he he
Wslm bro..
A’ah, agak lamalah.. hehe..
mmg pun…kadang2 datang mood malas…
Ini normal utk semua org…
lama juga hang menyepi dari
dunia blog ni.sejak kali terakhir
aku baca Berita Sukan Terkini SEO Contest.
selepas dah tiada entri terkini.
selamat berblog kembali.
a’ah bro..
agak lama juga lah..
thanks bro.
bila takde idea
bila mood takde
bila hosting bermasalah
bila internet bermasalah…
semuanya akan membuatkan blog kembali bersawang tanpa diupdate.
tapi rugi rasanya tinggalkan blog sepi seperti itu sahaja.
semoga bro terus berkarya.
Kalu hosting masalah, mmg hilang terus mood..
pernah gak berlaku..
selamat kembali bro
akhirnye kembali gak ko bro..
aku sampai sudah-sudah tak kembali berblogging…
selamat maju jaya bro
hehe..
bila ko pula nak kembali?
apa projek skrg?
Ntah leh bro aku tak tau bila nak kembali berblogging. Sekarang ni projek terbaru aku ialah buat software yang boleh automaatik login twitter kemudian automatik post tweet…
Semuanya run di belakang takbir..so tak kaca aktiviti bersosial, blogging,facebook poker ..dll
Belilah domain baru bro..
Rajin ko buat software tu.. bagus2..
aku mmg x tau bab2 software ni..
Salam Semua, aku ade tawaran menarik untuk korunk sume buat duit. Xpi bukan goyang kaki la, adela usaha sikit, xpi usaha ni care smart rr.
Korunk masuk blog aku ni.
InshaAllah ,benda baik same2 kita sebarkan.
Ape2 x paham ley tnye aku .