Update: Sila layari entry Waktu Berbuka Puasa dan Waktu Imsak bagi tahun 2011 untuk semua negeri di Malaysia.
Akhirnya, Ramadhan tahun 2010 bakal menjelma tak lama lagi, dijangkakan tarikh mula puasa ialah pada 11 Ogos 2010 dan tarikh untuk Hari Raya Puasa pula pada 10 September 2010. Manakala tarikh melihat anak bulan Ramadan tahun 2010 ialah pada petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah. Aku pula lambat update mengenai perkara ini, tak kisahlah asalkan dapat update.
Jadi untuk update kali ni, aku ingin berkongsi jadual waktu berbuka puasa dan imsak untuk Ramadan tahun 2010. Kalau korang search di google mengenai waktu berbuka puasa 2010, sudah pasti banyak result yang keluar. Jadi kalau korang salah satu yang termasuk ke blog ini melalui result tersebut, korang boleh dapatkan jadual lengkap waktu berbuka puasa 2010 di laman web JAKIM.
Ramadhan 2010 kali ini agak menarik apabila banyak kemudahan untuk mengetahui waktu berbuka puasa dan imsak iaitu kemunculan plugin waktu berbuka puasa yang boleh dipasang pada blog berplatform wordpress. Plugin ini bertujuan untuk memaparkan waktu imsak dan berbuka di widget sidebar blog anda.
Amat menarik apabila plugin ini dihasilkan oleh pasangan muslim suami isteri dan ianya khas untuk pengguna muslim di Malaysia. Tahniah untuk pasangan tersebut yang berjaya mencipta plugin setanding dengan negara barat. Akan tetapi, aku dapat kesan salah satu kelemahan plugin ini. Walau apa pun, aku tetap berbangga dengan beliau.
Pasti korang nak tahu apa kelemahan plugin ini kan. Kelemahannya ialah tiada butang switch, atau tiada pemilihan kawasan selepas plugin ini live diblog, atau perkara yang berkaitan dengannya. (aku tak reti nak maksudkan macam mana, tapi rasanya korang boleh faham). Contohnya, default plugin tersebut disetting kawasannya ialah Kuala Lumpur, SELANGOR dan WILAYAH PERSEKUTUAN. Tetapi pelawat yang masuk dan ingin mengetahui waktu berbuka ialah dari pantai timur, sudah pasti waktu tersebut berbezakan, dan jika ada option untuk pelawat memilih kawasannya melalui blog tersebut, sudah pasti itu satu kelebihan.
Jadi itulah pandangan dari aku, harap Mr Kay tak berasa hatilah dengan aku atas kritikan ini.. Kalau korang berminat, bolehlah download plugin waktu berbuka puasa, untuk pengguna blog wordpress selfhosted sahaja. Semoga pandangan dan kritikan ini dapat menyunting lagi semangat Mr Kay untuk update plugin ini menjadi lebih user friendly dan mendapat lebih banyak pengguna. Anyway, good job bro..
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 64 comments… read them below or add one }
Menarik plugin tu.. nak cuba jugalah.. tiap-tiap hari menghadap blog ni lagi senang nak ingat masa..
A’ah bro.. betul gak tu..
Oh thanks for the plugin link.. nanti i nak install kat my blog lah..
Ok.. ur wlcm LJ.. tu nampak dah ada kt blog muslimah tu..
kena cuba plug in ni.. nampak macam menarik
Wah.. Azfarul pon baru buat entri waktu berbuka puasa ni hehe..
Semoga puasa kali ni lebih baik dari tahun lepas
A’ah bro..samalah kita.. semoga puasa kali ni lebih baik..
satu inisiatif yang steady dan memberikan banyak faedah kepada ramai pengguna.
betul tu bro.. juga hadiah buat blogger untuk bulan ramadan..
untuk blogger takde ke?
emm, setakat ini untuk blogger pengguna blogspot memang belum ada lagi..
Sampuk sikit.. hehe.. for blogspot boleh try guna this site nyer script http://www.waktusolat.net/?mod=script
ianya bukan for ramadhan jer but actually included waktu solat skali.. i used to use this for when my muslim blog was hosted in blogspot
or kat sini pun ada..
hehee.. though yg ni i tak try lagi..
Oh.. thanks again..
Sampuk banyak pun ok jer LJ.. oh, ada juga ek untuk blogspot.. bagus tu.. thanks for sharing link tu..
good job jugalah tu..satu penghasilan plugin yang bagus tu bro..
nak tunggu update jadual berbuka pusa mmg mkn masa kan..ramai gak yang tunggu waktu berbuka puasa dari melaka le. johor..ipoh..terengganu..huhu..
A’ah bro..walaupun masih ada kelemahan, tp plugin tu dah bagus..
bukan ke dah ada jadual waktu berbuka kat laman web JAKIM?
pose jgn tak pose..hehe
hehe.. betul tu bro.. moga puasa tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya..
Wah xsangka ada orang buat plugin untuk waktu berbuka puasa, malang sekali plugin ni kurang effisien sbb makan space yg agak besar. Tp lagi baik dari xde langsung.
Oh. ye ke bro makan space yg agak besar? ini salah satu lagi kelemahan plugin ni..
plugin yang betul2 berguna… harap akan datang beliau boleh tambah lagi untuk di masukkan ke ruangan page dan posting untuk keseluruhan tempat dan lokasi waktu berbuka puasa…
a’ah.. setuju dengan cadangan bro…
mmg terbaiklah plugin ni..walaupun ade kelemahan sedikit, tapi cukup bagus plugin ni..cayalah mr kay..
thanks bro kongsi plugin ni
Selamat Berpuasa yer..
hehe.. sama2 bro, benda baik harus dikongsi..
Selamat Berpuasa Juga untuk bro..
google2 cari waktu berbuka jumpa blog ni.. thanks
Oh.. ye ke..
thanks juga sebab sudi masuk sini..
bila puasa start ek??aku tak tengok laa pengumuman tadi..
11 Ogos 2010 star puasa.. jangan tak puasa lak.. hehe
thanks ya boleh apply untuk blog nnti sempena puasa ni:)
Ur wlcm farah.. sangat-sangat dialukan..
hei,tak best lerrrr citerrrrrrrr nieeeeeeee
betul tu, alangkah bagusnya kalau ada butang switch. maklumlah, orang yang datang menjenguk blog kita bukan dari satu kawasan sahaja. lebih baik kalau dapat buat macam plugin waktu solat dalam e-solat.com.my yang boleh diubah kawasannya. sekadar pendapat.
apa-apa pun tahniah buat Mr.Kay dan isteri, nak juga merasa kemahiran mencipta plugin.
A’ah.. betul tu bro.. itulah yang aku maksudkan, kita bukannya tau orang yang masuk blog kita ni datang dari mana.. best kan kalau pandai buat plugin ni.. hehe
dddd
terima kasih atas perkongsian..
selamat berpuasa
Sama-sama bro..
selamat berpuasa juga untuk bro..
terima kasih Azuan ..
semoga mendapat pahala dari Allah
diatas usaha murni ini
selamat menyambut ramadan almubarak ..
Sama-sama Ummie.. selamat menyambut ramadan al mubarak juga untuk Ummie…
anyway, Ummie ada blog tak? nak juga melawat ni..
thank.
aku belum pasang plug in ni..nanti nak pasang jugak..aku kagum gila ngan usaha orang tempatan buat plug in ni
sama lah ngan aku.. rasa mcm tringin lak nak belajar buat plugin ni..
bagus juga ada plugin ni. kalau pelawat tak tau mana nak rujuk waktu berbuka, datang blog kita leh tgk. hehehe… terima kasih atas perkongsian. baru nak masukkan plugin ni kat blog.
Sama-sama bro…
selmat berpose suma…..
wah nice plugin.
A’ah bro.. mmg nice pun..
tahu takpa, kalau pandai wat plugin best gak ni. nak kena belajar juga satu hari nnt ni. hehe
a’ah bro.. tp siapa yang nak ajar ni.. aku pun nak belajar gak ni..
apa lagi, minta mr kay tolong ajar la. hehe, tapi itulah. lagi banyak kot coding dia. nak kaitkan satu file ke file yang lain.
aku bukan orang yang hebat sampai tak boleh terima pandangan orang bro. hehe. pandangan sentiasa di alu-alukan. Dan apa yg ko cadangkan tu, isteri aku pon terfikir benda sama. Malah aku dpt byk cadangan yg sama termasuk dari indonesia. cuma tak sempat nak ubah bro. Busy dgn kerja masing2. mungkin next plugin. InsyaAllah.
hehe.. aku faham bro.. nak buat plugin ni bila ada waktu yang sesuai..
takpa bro, kami faham. kami sebagai pengguna sekadar memberi maklumbalas sahaja. bro taknak buka satu tutorial untuk kami ke? tutorial membina plugin. hehe
betul tu.. best gak ni kalau ada tutorial membina plugin..
Anyway, good job by them. Aku bangga ade plugin mcm ni..ehehe..rase nk blajar la pulak buat plugin ni..aku reti pasang plug je..hehe..
hehe.. sama lah kita bro.. pandai pasang plugin jer..hehe
time kasih kerana mengupload jadual berbuka di bukit tinggi,pahang.
Sama-sama.. terima kasih juga sebab sudi komen kt sini.. selamat berpuasa..
Plugin ni memang terbaik
Thank you so much. Appreciate the effort. It’ good because the plug in made by Malaysian . Semoga usaha anda dilimpahi pahala. Have a blessed Ramadhan ahead
Ameen.
Other efforts to develop web and desktop version Waktu Solat and Waktu Berbuka puasa at Alhafiz.net.
Ur wlcm.. Thanks for comment..
Selamat berpuasa..
ayu baru nie..
tlg bg tunjuk ajr,,:)
Bg tunjuk ajar macam mana tu?
wow..plug ini memang yg terbaik….
terima kasih..
perkongsian dari kami ialah mengenai madu itu merawat hatta sakit kronik..
sama2lah sharing niat utk islam yer..