Sudah pasti ramai ibubapa turut merasa debaran jika anak-anak beliau yang sedang belajar bakal menduduki peperiksaan. Ibubapa mana yang tidak ingin melihat kejayaan anaknya dengan memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jadi, blog azuan ingin berkongsi petua untuk anak-anak serta para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Untuk anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan, persediaan peperiksaan adalah sangat penting untuk memudahkan anak-anak serta para pelajar dalam menjawab soalan peperiksaan yang disediakan, salah satu persediaannya ialah sentiasa mengamalkan doa peperikasaan.
Petuanya adalah dengan mengumpulkan alat tulis anak-anak dan genggam alat tulis tersebut ( dalam keadaan berwuduk ), kemudian baca bacaan-bacaan berikut:
- Al-Fatihah 7 kali
- Selawat 7 kali
- Subhanallah 44 kali
- Alhamdulillah 44 kali
- Allah hu Akbar 44 kali
- Ya Hayyu Ya Qayyum 21 kali
- Teruskan dengan bacaan doa..
” Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum,Ya Rahman,Ya Rahim,Ya Latif,Ya Jabbar,Ya Khaliq,Ya Allah permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka dalam menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu. Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu,lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu.Amin Ya Rabbalalamin..”
Kemudian tiupkan pada alatulis tersebut dan hati-hati jangan di biarkan bersepahan sehingga di langkah anak-anak. Keesokan harinya ambil segelas air, baca Al-Fatihah 7 kali dan Selawat 7 kali, bacalah doa yang sama seperti di atas dan beri anak-anak minum air tersebut.Insyaalah kita berusaha, semoga dapat membantu anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan.
Semoga dengan petua untuk anak yang bakal menduduki peperiksaan ini dapat membuka jalan kepada anak-anak ataupun pelajar serta ibubapa yang kerungsingan. Sekian..
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 33 comments… read them below or add one }
Trimakasih untuk panduannya.
dicoba ya
Sama-sama. Teruskan mencoba..
terima kasih untuk list bacaan-bacaan doanya
terima kasih abg azuan kerana beri info untuk menghadapi peperiksaan ini…
Ok..sama-sama dik.. Good Luck..
terima kasih banyak2 petua ini sangat membantu saya akan mecoba nya… saya telah menduduki peperiksaan akhir tahun sekarang 18/10/2010 -22/10/2010. terima kasih sekali lagi jasa mu akan ku ingat sampai bila2.
Sama-sama.. Semoga berjaya dengan peperiksaan tu..
thanks bagi tips -tips yang amat berguna…
may allah bless u..
Hi..
most welcome..
Terima kasih atas perkongsian ilmu. Mohon share bahan ya……
Sama2… silakan…
TERIMA KASIH KERANA MEMBERI PETUA INI,KEPADA SAYA YANG HENDAK MENDUDUKI UPSR 2011.
Sama-sama.
Good luck for your UPSR 2011.
Buat yg terbaik yer..
petua ni azuan dapat dari mana ye.. ada tak juga apa apa surah yg sesuai ibu bapa baca ketika anak anak sedang menghadapi peperiksaan…
Dapat dari forward email…
Assalamualaikum,
Thank you for sharing the info.
Wslm..
Your welcome…
TERIMA KASIH DI ATAS PANDUAN INI. saya juga berharap ALLAH akan mengizinkannya…inyaallah
Insyaallah..
Mohon hanya DariNya sahaja..
time ksih di atas panduan ini…..saya semakin yakin dengan jawapan yang saya jawab minggu lepas….tq :love:
besarnya pahala anda..sebarkan ilmu dan amalan agama… anda mendapat pahala yg anda sendiri tak tahu datang dari mana ?
teruskan usaha anda !
Terima kasih…
mcm cye taon nie nk amik pmr taon nie,,,klau sye sendiri bce x per ker?
Tak pe.. Kita sendiri pun digalakkan bace..
Assalamualaikum abg,abg saya ni pelajar sekolah menengah dan tahun ni bakal mengambil peperiksaan awam.Saya memang dari dulu lagi ada niat nak baca Quran dengan betul dan nak memperbetulkan bacaan Quran saya tu.Dari dulu lagi saya impikan untuk memiliki Quran yang bertajwid beserta terjemahan dalam Bahasa Melayu.Jadi saya disini ingin meminta bantuan abang agar meghadiahkan/menyedekahkan/membelikan kepada saya sebuah Al Quran Tajwid.Kalau saya nak membelinya dengan sendiri mungkin tak boeh kerana ada masalah tertentu.Saya dah minta Umi saya untuk membelikannya untuk saya tetapi umi saya tidak mahu.Saya pun tak tahu nak buat macam mana.Saya mestilah nak keberkatan semasa belajar tu jadi unutk mendapatkan keberkatan tu saya kena lah membaca Al Quran dengan betul.Saya meminta abang dapat menolong saya.abang hantar email kepada saya untuk saya memberitahu alamat dan nombor telefon saya.Email saya ialah adhazmi@hotmail.com .Saya amat-amat berharap pertolongan dari abang ni.Saya nak minta tolong abang belikan Al-Quran ni http://www.hidayah.com.my/site/index.php
Saya pernah tengok Quran tu,kawan saya ada memblinya satu,Quran sangat menarik dan mudah untuk difahami tajwid dan terjemahannya.saya mencadangkan agar abang membeli Quran itu dari laman web yang saya beri tu dan terus memasukkan alamat rumah saya untuk penghantaran.Bantuan abang sangat-sangat saya hargai.Assalamualaikum abang.
tak perlulah abang Azuan Razi beli Quran tu sebab mahal sangat.Abang Azuan Razi beli Quran ni http://bukuonline2u.com/index.php jer lah.Harga dia takde lah mahal sangat.Abang Azuan Razi tolong saya.
terima kasih atas panduan nya,insyallah saya dapat mengamalkanya setiap hari,
tq 4 this info, i will face exam this week , pray for me
mohon izin menggunakan tips…terima kasih
terima kasih atas perkongsian yang bermakna ini…
terima kasih abang azuan.esok UPSR.Doakan saye berjaya.terima kasih skali lagi.=D
Terimakasih atas perkongsian ilmu.