Hari ini, aku ingin berkongsi kepada anda semua mengenai cara untuk menghilangkan bau badan. Semua sedia maklum bahawa masalah bau badan amatlah tidak menyenangkan, malah memberikan kita tekanan untuk berdepan dengan orang ramai. Kadang-kadang kita sendiri pun tidak sedar bahawa badan kita ini juga berbau.
Bagi wanita diluar sana yang mempunyai masalah bau badan, harap anda dapat menyelesaikan masalah tersebut kerana ianya tidak menarik perhatian lelaki, selepas itu bolehlah membaca posting aku yang lepas berkenaan tips memikat lelaki. hehe. Untuk mengelakkan diri anda daripada masalah badan berbau, disini aku kongsikan petua dan cara mengatasinya, anda bolahlah amalkan petua seperti berikut:
- Ambil beberapa batang serai dan buah limau kasturi, selepas itu rebus sehingga mendidih. Kemudian campurkan dengan air mandian. Mandilah dengan air tersebut setiap pagi dan petang selama seminggu.
- Ambil sebiji timun muda. Kupas kulitnya dan dibasuh dengan bersih. Sapukan mentimun pada bahagian badan yang mudah berpeluh. Lakukan berulang kali selama beberapa hari setiap kali selepas anda mandi. Lama kelamaan bau badan anda akan hilang.
- Ambil limau purut, limau nipis ataupun limau kasturi dan selepas itu dibelah dua. Sebelum mandi, sapukan limau ke seluruh badan ataupun pada tempat-tempat berbau seperti ketiak. Biarkan 5 minit sebelum dibilas dengan air atau mandi. Insyaallah bau badan akan hilang.
- Minum air rebusan daun sirih atau daun nenas muda yang telah dicampurkan dengan garam. Amalkan sekurang-kurangnya selama seminggu.
- Potong pendek batang pokok kantan segar dan tumbuk hingga lumat. Rebus kantan yang ditumbuk itu hingga mendidih kemudian angkat dan biarkan sejuk. Jadikan air rebusan itu sebagai mandian. Gunakan air biasa untuk bilasan yang terakhir.
- Rebus secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan. Campurkan air rebusan tadi dengan sebaldi air biasa. Amalkan mandian ini tiga kali seminggu.
- Selepas mandi, gosokkan seketul tawas pada bahagian-bahagian badan tertentu terutamannya di ketiak.
- Goreng segenggam beras tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan bancuh bersama air asam jawa. Gosokkan di bahagian yang mudah berpeluh. Biarkan selama 10 minit sebelum mandi. Lakukan sekerap mungkin.
- Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras. Gaulkan kedua-duanya dan disapu ke seluruh badan yang mudah berpeluh. Lakukan setiap malam sebelum tidur.
- Lumurkan hampas kelapa ke seluruh badan. Biarkan selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
- Gosokkan hampas teh yang telah digunakan pada seluruh badan terutama di ketiak selama 15 minit sebelum mandi. Amalkannya dua kali seminggu.
Itulah serba sedikit perkongsian bagaimana untuk menyelesaikan masalah bau badan. Diharap dengan perkongsian petua ini dapat membuka minda anda semua untuk mengatasi masalah bau badan. Ingat, kadang-kadang orang yang rapat dengan kita juga rimas jika badan kita berbau, malah malu nak menegur melainkan dia sememangnya tak tahu malu.
Related posts:
- Cara Menghapuskan Cicak di RumahAdakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin...
- Petua Untuk Anak Menduduki PeperiksaanSudah pasti ramai ibubapa yang mempunyai anak, lebih-lebih lagi jika anak anda itu masib belajar dan bakal menduduki peperiksaan, sudah...
- Tips Bagaimana Cara Untuk Memikat LelakiPada entry yang lepas, Azuan Razi dot Com telah pun berkongsi tips mengejutkan orang bangun tidur. Posting ini pula aku...



{ 17 comments… read them below or add one }
terima kasih kongsi tips yg bagus…tapi syukurlah aku tak ada masalah ni. memang susah kalau ada masalah ni.
Emm, sama2 bro.. aku pun mujur juga x de masalah mcm ni.. mmg mcm susah kalu nak amal2 tips2 tu..hehe..
p/s: bila keputusan Hidup Berani Untuk Gagal akan kuar?
Jujur, macam susah je nak amalkan apa yang di atas. Kasihan juga siapa yang ketiaknya high bachin. Kadang-kadang dia tak sedar sebab kawan segan nak tegur. Bagi saya tip mudah ialah:
Selalu mandi.
Selalu salin dan kerap tukar pakaian, terutama baju putih dalam.
Pakai pewangi ketiak, bedak kat badan dan minyak wangi.
Rajin gosok ketiak pada lutut masa mandi.
Buang bulu ketiak.
A’ah bro.. mcm susah tu.. byk sangat.. hehe..
anyway, tips dr bro pun bagus gak tu.. thanks..
nasib baik badan teman tak berbau. muahahahaa.. apa2 pun, nice tips..
hehe.. bagus lah mcm tu bro.. thanks.. anyway, nak tanye ni,content2 dr zonartis tu bro amik kat mana? sy mcm berminat jer nak buat blog niche hiburan malaysia ni..
pake doedoran aja bro..make it simple.. ^_~
Hehe.. betul juga tu.. aku pun pakai deodoran aje..
Bener tuh solusi paling simple ya pake deodoran… Klo baca cara-cara yang diatas, membutuhkan waktu yg cukup lama ya untuk melakukannya… Susah untuk jadi kebiasaan sepertinya..
Setuju.. terlalu banyak caranya, maybe tiada waktu untuk lakukan semuanya.. tapi pakai deodoren agak membahayakan juga tu..
karena saya suka yang praktis saya selalu pakai deodoran saja, emang agak membahayakan, tetapi supaya praktis, ya saya pakai saja!!
pakai saja, lagi pun lebih mudah..
thanks infonya, berguna banget buat gwe, neh masalah yg gw hadapi selama ini.
sama-sama mas.. gwe hanya berkongsi untuk sesiapa yang memerlukannya..
thanks bro..info yg berguna juga..tp ni nak kongsi sikit ttg tajuk berkenaan di atas (edit by admin – no more spam link here, tq)
ade tak cara yg SENANG SKIT ??
emm, tak pastilah.. hehe