Akhir-akhir ini aku banyak menceritakan tentang FIFA World Cup, maklumlah sekarang musim demam Piala Dunia, jadi bolehlah aku update blog dengan berkongsi maklumat tentang World Cup kali ni. Tapi masa berlalu begitu pantas, sedar tak sedar FIFA World Cup 2010 South Africa sudah pun nak sampai ke penghujungnya dan akan melabuhkan tirainya pada 12 Julai 2010. Hanya tinggal dua perlawanan sahaja lagi, iaitu perlawanan akhir dan perlawanan untuk penentuan tempat ketiga dan keempat.
Keputusan perlawanan peringkat separuh akhir World Cup sudah pun diketahui, Tahniah buat Netherlands dan Spain yang berjaya memenangi perlawanan di pusingan separuh akhir sekaligus berjaya melangkah ke Final FIFA World Cup 2010. Manakala Uruguay dan Germany pula akan ditentukan melalui perlawanan untuk tempat ketiga dan tempat keempat setelah kalah di peringkat separuh akhir, mungkin nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan ini. Tapi adab perlawanan sudah pasti ada yang menang, ada yang kalah.
Perlawanan separuh akhir antara Uruguay vs Netherlands telah menghasilkan beberapa Gol yang cukup menarik iaitu hasil tendangan jarak jauh dari Giovanni VAN BRONCKHORST (Kapten Netherlands) pada minit 18 dan tendangan dari Diego FORLAN (Kapten Uruguay) pada minit ke 41. Separuh akhir antara Germany vs Spain pula telah menyaksikan pemain pertahanan Spain iaitu Carles PUYOL menjaringkan gol pada minit 73 melalui tandukannya sekaligus menjadi wira kerana berjaya membawa pasukannya melangkah ke Final World Cup 2010.
Apa yang menarik untuk perlawanan akhir ialah kedua-dua pasukan belum pernah menjuarai World Cup, malah Spain pula buat kali pertama berjaya melangkah ke peringkat akhir. Sudah pasti Final kali ini merupakan perlawanan yang menarik kerana setiap pasukan mempunyai kelebihan masing-masing. Korang rasa pasukan mana akan menjadi Juara World Cup 2010 ni?
Related posts:
- Germany Vs Spain di Separuh Akhir FIFA World Cup 2010Tahniah buat pasukan Germany dan pasukan Spain yang telahpun layak ke peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010. Pada aksi...
- Uruguay Vs Netherlands di Separuh Akhir FIFA World Cup 2010Pertamanya, tahniah untuk pasukan Uruguay dan Netherlands kerana telah layak untuk ke peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010 setelah...
- Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010Berakhir sudah FIFA World Cup South Africa 2010, sepanjang perlawanan berlangsung semua pasukan beraksi dengan baik untuk melangkah ke peringkat...
- FIFA World Cup 2010 South Africa – Brazil Juara?Begitu lama aku tak dapat online dan update blog ini disebabkan line streamyx kene potong, jadi banyak benda yang aku...
- Keputusan FIFA U20 Womens World Cup Germany 2010Berkenaan FIFA U20 Women’s World Cup ni, aku sebenarnya tak mengikuti perkembangannya pun, setiap perlawanan aku pun tak tengok, malah...



{ 22 comments… read them below or add one }
Memang sejarah utk kedua-dua pasukan. Siapapun yg akan menang, tu adalah kemenangan diorang yg pertama..
Betul tu bro.. Tapi spain memang cukup cemerlang di World Cup kali ini.. Andai Juara, memang sejarah lah untuk pasukan dia..
saya lebih suka tengok gaya holland main, ada trick dan style sket2..
Dua-dua pasukan ada kelebihan masing-masing.. hehe..
hehe.. si paul dah cakap spain menang.. hoho….
ape dah… syirik2 .. huhu…
Itulah.. si burung tu pulak cakap NED yang menang.. hehe
dua2 team ni nampak macam best..
tapi ikutkan hati netherland la menang..hehe
Susah nak ramal team mana yang akan menang.. hehe.. harap persembahan perlawanan tu best..
aku suka cara permainan Netherlands, walaupun dorang ni berusaha keras, tapi aku rasa dorang lebih banyak “luck” la… cool giler… mungkin rezeki mereka utk kali ni…
A’ah..mungkin juga tu bro, sebab tengok perlawanan dia tu macam ada luck jer.. Tp Spain pun ada kelebihannya..
mintak2 spain kalah hahaha
Hehehe.. penyokong kuat Belanda ke ni cik rina??
Aku rasa spain yang menang.
Susah aku nak ramal team mana yang menang.. apa-apapun kita tunggu dan lihat nanti..
mana2 jela…kedua2 team nie memang power la… tunggu malam nanti nie.hehe
hehe.. tau tak per.. kita tunggu dan lihat jer nanti..
oh spain akan menang.wat muke konpiden mase nulis ni.wakakaka!
Jangan confident sangat lizz.. nanti parah kan..
spain sure mng pnye!!!!
Yakinnya.. kita tunggu dan lihat jer nanti ok..
spain menang hehhehe
A’ah.. spain pun banyak serangan, berbaloilah kalu team dia yang menang..