Bulan Syawal bakal menjelma tidak lama lagi, sudah tentu korang tidak sabar untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba nanti. Sana sini kedengaran lagu raya sehingga membuatkan perasaan ingin beraya begitu memuncak. Perantau-perantau pula sudah tentu memulakan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman supaya dapat beraya dengan keluarga tersayang. Harapan aku semoga para perantau selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan pandulah dengan cermat.
Dalam kesibukan membuat persiapan perayaan, perjuangan aku sebagai seorang blogger pula sudah hampir kepenghujungnya. Apa kes ni? Mesti korang ingat aku nak berhenti dari meneruskan gaya hidup seorang blogger. Korang Jangan fikir begitu. Aku sebenarnya agak selesa dengan hidup sebagai seorang blogger walaupun kadang-kadang terpaksa mengharungi pelbagai rintangan yang cukup mencabar. Tapi apalah makna hidup kalau tak ada cabaran, mesti tak seronok sebab tak dapat menikmati kehidupan sebenar.
Terpaksa mengharungi cabaran hidup seorang blogger bukanlah sebab utama perjuangan aku hampir kepenghujungnya. Maklumlah, apabila cabaran perit menimpa diri aku, mesti korang ingat aku sudah mengalah dan takut untuk meneruskan kehidupan sebagai blogger. Tetapi cabaran yang perit kadang-kadang boleh membuatkan kita mudah putus asa. Bagi aku apabila terpakasa mengharungi cabaran getir dalam hidup, ianya membuatkan aku lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang blogger. Harap korang pun begitu…
Tapi apakah yang dimaksudkan dengan perjuangan aku sebagai blogger hampir kepenghujungnya? Mesti korang tertanya-tanya, itupun kalau korang baca entry ini. Maklumlah, gaya penulisan aku belum mantap untuk menarik minat korang meneruskan pembacaan. Oklah, sebenarnya perjuangan aku dalam contest hidup seorang blogger anjuran denaihati sudahpun hampir kepenghujungnya. Mesti para peserta contest tersebut sudahpun sedia maklum bahawa hari ini (6/9/2010 jam 11.59 p.m) merupakan hari terakhir ianya berlangsung.
Apabila semakin hampir kepenghujungnya, debaran pula makin terasa. Harap usaha aku selama ini membuahkan sedikit hasil. Cukuplah untuk memberi pendorong dan semangat untuk meneruskan hidup seorang blogger. Akhir kata, semoga berjaya untuk semua peserta contest, harap korang semua dapat something new melalui contest tersebut.
Sempena lebaran yang bakal tiba, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog azuan. Andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, aku memohon seribu kemaafan. Sekian…
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!


{ 41 comments… read them below or add one }
semoga sukses bro.. dan selamat hari raya
Thanks bro.. harap bro pun mcm tu.. Selamat hari raya gak..
tahniah bro…. mengharungi cabaran hidup seorang blogger dengan kental sekali….
Thanks bro.. tahniah utk bro gak..
Memang mantap sungguh abg kita ni…
memang akan tersenarai sebagai pemenang aa tuh erk?
tahniah bro… hehehe
tak ada lah mantap bro.. biasa-biasa jer.. kalau ada rezeki, adalah tu..
thanks bro..
selamat hari raya
Hi.. selamat hari raya gak.. comel theme blog awk..
mantaplah bro..moge sukses yer..teruskan berblogging
Biasa-biasa jer bro.. Harap bro pun mcm tu…
salam…ada gaya nk menang nie..gud luck
Wslm.. kalau ada rezeki, adalah tu kak yan.. Good luck utk awk juga..
Akhirnya saat yang dinanti-nanti akan segera tiba, siapkan diri kita untuk melihat siapa saja yang bakalan terpilih dalam halaman pertama Google. Mulai berharap ada keajaiban, aminnnn……..
Amin.. makin berdebar lak rasa..
hai
goodluck ya!
Hi.. thanks yer..
http://pingseo.byethost7.com mengucapkan :
Tahniah bro dapat top3, boleh share tips SEO nye nanti.
Thanks bro.. Insyaallah, ada kesempatan nnti bolehlah..
anyway, site bro ke tu? mantap tu..
tahniah dapt top 3. boleh share tips seonye nanti
a,ah. biasa2 je. nak tg tips dari bro untuk naikkan PR site ni..
site tu bro guna apa? pligg ke?
tipsnya buat kualiti backlink dengan site yg ber PR tinggi.
a,ah guna pligg, just try test. Hehehe
Buat backlink ye, bro share lah sekali site mane yang bro rase bagus PR dan dofollow selain ope**.com. (ni pun tau dr bro)
senang susah guna pligg tu?
install jer kan?
oh, mcm ne bro tau yg ope**.com tu?
Senang je,macam install WP juga. Cuma bab SEO susah sikit sebab tak ade plug in mcm WP. Trylah wat bro, mesti ramai membe2 join coz GB tengah down.
Site tu tau sebab cek bro punye backlink, cuma tak rajin sangat nak spam. tu yang backlink skit.
Melayuboleh tu site bro gakkan. Dapat double ke hadiah?
Oh.. tringin gak nak ada site mcm pligg ni.. hehe..
A’ah site aku gak.. tak double lah.. satu jer..
Selamat Hari Raya Bro Azuan
Dan Tahniah Sebagai Raja SEO
Thanks bro.
Selamat Hari Raya gak..
tak ada lah Raja, biasa-biasa jer..
salam saudara..
tahniah..masih di hadapan
blog yang hebat dari blogger
yang mantoppp…
Wslm..
Thanks zul..
Tak adalah mantopp.. biasa jer lah..
Tahniah azuan…dapat top 3..
Memang layak jadi Raja SEO hehe..:)
Thanks yer..
Belum layak lagilah..
byk yang perlu dipelajari..
tahniah saudara..chewah,saudara lak.hahahaha! top 3 tuh!
Thanks saudari.. hehe..
awk pun apa kurangnya..
tahniah bro..hehe.. rezeki nak raya ni..
btw selamat hari raya buat anda sekeluarga
Thanks bro..
Selamat hari raya gak utk bro..
tahniah bro.
saya masih belajar lg bab2 SEO ni. walaupun ada juga entri yg masuk first page, rasanya kalau bersaing dgn bro, sure akan kalah saya ini
Thanks bro..
teruskan pembelajaran tu..
belum cuba belum tau baru.
mana tau bro lagi hebat kan..
im feeling it
Menjadi Blogger itu tidak usah terburu” ,, lakoni dengan Ikhlas dan tulus … Saya setuju dengan abang !! Berawal dari PAHIT lalu berjalan menuju PAHIT ….
Maksih bang kisah perjalanan hidupnya .. Saya sama seperti abang.
Posting diatas Terburu” bang , Maksud saya
” Dari PAHIT menuju MANIS ”
hahhahah salah jadi maLu , =D
hehehe…
it’s ok…