Nuffnang, Advertlets, Innity, dan Mangga Ads – Yang Mana Harus Dipilih?

by Azuan on August 22, 2010 · 76 comments in Internet

Tengok tajuk pun mesti korang agak aku ni tamak nak letak iklan kat blog banyak-banyak, yelah siapa tak nak buat duit online dengan blog, tapi yang penting minat untuk blogging tu kena ada. Kalau tak ada minat, macam mana duit nak masukkan. Sekarang sudah menjadi lumrah hidup seorang blogger yang suka meletakkan iklan di blog, salah seorang blogger tersebut ialah aku sendiri. Memandangkan prestasi blog aku pada akhir-akhir ini cukup memberangsangkan disebabkan oleh rezeki bulan ramadhan yang mulia, jadi aku pun tak nak lah persia-siakan peluang yang ada.

yang mana harus aku pilih

Kali ini aku bukan nak buat entry mengenai tips mahupun panduan pengiklanan ataupun cara untuk buat duit dengan Nuffnang, Advertlets, Innity, dan Mangga Ads. Buat masa sekarang aku belum ada pengalaman lagi dengan syarikat pengiklanan tersebut. Cuma sekarang aku sedang runsing untuk memilih salah satu syarikat pengiklanan yang sesuai untuk diletakkan pada blog aku. Ada blogger cakap Nuffang macam ini, Advertlets macam itu, Innity pula macam ini, then Mangga Ads macam itu. Semua macam itu macam inilah..

Jadi aku nak minta bantuan dengan blogger-blogger berpengalam yang dah hidup lebih lama dalam dunia blogging. Dengan bantuan dari blogger berpengalaman, ianya dapat memberi petunjuk kepada aku untuk memilih yang mana lebih baik. Jadi bantuan macam mana tu? Aku cuma nak korang yang ada pengalaman dengan syarikat pengiklanan tersebut memberikan sebab musabab kenapa korang pilih dan join syarikat itu? Then apa kelebihannya dan bagaimana kita dapat buat duit darinya? dan ceritalah apa-apa yang korang rasa sesuai..

Itupun kalau korang sudi bantu aku yang sedang kerunsingan menjalani kehidupan sebagai seorang blogger yang baru nak mengenal dunia blogging. Korang bolehlah nyatakan pendapat korang pada ruangan komen dibawah yer.. Aku dahulukan ucapan terima kasih untuk korang yang sudi membantu…

p/s: Entry ini ditulis dengan laju-laju, sebab tu macam ada ayat yang bertunggang langgang..

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 76 comments… read them below or add one }

1 LadyJava August 22, 2010 at 5:01 am

hmm.. ok pengalaman I..
Advertlets and Nuffnang tu competitor so you kena pilih satu jer to maximise earnings… AV dah pernah bayar I walaupun I had to wait 5months and after bitching kat twitter pasal non-payment..heheh.. but since they pay I still guna them for some of my blogs. coz they pay for impressions for Malaysian traffic

Nuffnang..I have them on three of my blogs exclusively, which means Adgitize and CMF.. Currently I baru diupgradekan ke status glitterati.. maksudnya you get more ads shown on your widget and they pay for impression and for clicks.. payout is at RM50 but I blum sampai lagi sebab dulu I tamak and have both of them on ALL my blogs and bukan status glitterati.. eheh.. so skg ni like i say.. i have it on three of my blogs to see how my income would increase.. would update you when i get paid sebab one of my blogger friends.. joined Nuffnagg (NN) exclusively and after 2 months got paid.. so i pun nak lah.. heheh

Reply

2 Saadom September 18, 2010 at 10:54 pm

dulu ada blog, pastu sibuk. stop lama jugak. dengar macam ini teruja nak buat balik
aku tengok kat beritasemasa.com, banyak iklan ada
Innity, Admax, Youthsays, Adsfactor (yang ini tak pernah dengo) NN pun ada
boleh ker?

Reply

3 sabree hussin September 22, 2010 at 12:55 am

boleh je. Traffik diorang gempak, setiap iklan clash antara satu sama lain pun tak ada hal la

Reply

4 LadyJava August 22, 2010 at 5:02 am

sorry.. i mean NO adgitize and CMF…

Reply

5 LadyJava August 22, 2010 at 5:05 am

and you know what.. i pun that day baru nak tanya nape you tak join NN ke AV ke? and tup tup ada post ni.. you read my mind lah.. lol!

Reply

6 Azuan August 22, 2010 at 10:12 am

1st, sukalah ayat you read my mind tu.. hehe.. maybe dah jodoh kot.. ahaks.. sebenarnya i bukan tak nak join, cuma perlukan masa untuk lihat performance blog ini.. Nuffnang tu mmg i dah ada pasang kt blog satu lagi.. Cuma tak fokus sangat.. Sekarang ni baru nak fokus balik then nak cari yg sesuai lah.. Anyway, thanks bagi pendapat..

You punya 3 blog tu mesti byk hasilkan income utk nuffnang nanti..

Reply

7 pemanas cerita August 22, 2010 at 6:02 am

kalau pulun semua x leh ke?

Reply

8 Azuan August 22, 2010 at 10:13 am

As blogger, tak perlu nak tamak-tamak.. :) Lagipun ini bukan tujuan utama, cuma boleh dikatakan pelengkap untuk blogging.. :)

Reply

9 cikmin August 22, 2010 at 6:13 am

salam..

cikmin cuma ada pengalaman dengan 3 pengiklanan,Nuffnang,Innity dan Mangga ads.Cikmin cuma akan cakap tentang bayaran je,Nuffnang terbaik setakat ni,walaupun cost untuk cpc hanya 25sen,tapi seronok sebab bayaran sangat cantik,belum pernah delay tanpa sebab.Kalau dapat Buffered waktu trafik tengah naik mencanak ni mesti lagi seronok.Sayang nuffnang sangat kedekut dengan cikmin.com nak bagi buffered waktu ni. :(

Mangga Ads,bayar base on impression,belum pernah cash out sebab minima cash out rm100,tapi iklan mangga ni,ya ampun berat betul..loading blog cikmin jadi lembab macam siput padahal tenet kat rumah ni dah bedesup.Terpaksa buang!Kalau pasang kat blog bro mungkin takde masalah kot.

Innity,ada syarat kelayakan kalau nak join,tak macam 2 iklan kat atas tu.Mula2 apply Innity untuk cikmin.com,masa tu syarat cuma 3k unic visitor/6k page view sebulan,masa ni banyak blogger yang lepas syarat,lepas tu syarat Innity naik lagi,6k unic visitor/30k page view sebulan lepas lagi untuk blog cikmin 1 lagi.Cuma tak bestnye,bayaran sangat sangat lembab,bayangkan sampai 3 bulan kadang tu..yang best nya..harga setiap cpc dan cpm tu tinggi dari 2 yg atas tu.Paling terbaru,Innity naikkan syarat lagi.. 20k unic visitor/100 page view sebulan(blog bro mesti lepas punya ni..) lagi susah la blogger yang trafik rendah nak apply lepas ni..sape2 yang dah ada Innity ni dari awal,sayang la kot kalau tak guna..mungkin cikmin akan pasang balik Innity ni walaupun dah terlanjur entri kata takmahu pasang,huhuhu.

p/s tengok sampai cukup bulan ni la..

Reply

10 Azuan August 22, 2010 at 10:19 am

Itulah, sy pun macam rugi jer masa traffic mencanak naik 7k, tp tak ada something benefits utk sy masa tu.. Ni yang terfikir balik, sekurang2nya usaha kita ada sedikit hasil walaupun hasil itu kecil, tp kita akan puas…

Kenapa lak kalau Mangga Ads pasang kat blog ni tak ada masalah? Kalau cikmin ckp Mangga Ads buat loding blog jadi berat, memang sy pun tak nak lah.. hehe.. kesian kat visitor yang nak masuk nanti..

Tapi Innity nampak macam menarik gak yer.. Cuma tulah, syarat makin ketat.. tak tau lah lepas tak kalau nak daftar blog ini.. Apapun, thanks yer cikmin utk pendapat you ni..

Reply

11 cikmin August 22, 2010 at 11:52 am

pasal syarat innity yang terbaru ni..cikmin kompem bro dah boleh apply within 2 weeks trafik je tu..kalau ikut stats cikmin untuk 2 minggu ni..dah lepas sangat2 syarat innity tu..trafik bro lagi mantap dari cikmin..hehehe…

paling penting masa nak apply tu nanti..jangan lupa bagi description blog yang mantap sikit..itu yang akan tentukan berapa chanel mereka akan bagi kita..cikmin gelojoh kali pertama apply..dapat 1 chanel Malay saja..rugi..kempen tak banyak dapat..kalau ada sekarang nu pun 1 je dalam akaun tu..23hb ni baru berjalan kempen tu..tu pun setakat 31hb ni..mungkin mereka detact cikmin takde pasang script mereka..so advetiser pun tak minat la nak bagi iklan kan..

masa apply kali kedua untuk myfaheem.com..alhamdulillah..dengan sedikit pengalaman..berjaya dapat 3 chanel..malay,woman dan parenting..itu yang myfaheem.com boleh dapat income lebat.. :)

cikmin ni bukan la nak pentingkan duit sangat,sekadar nak enjoy blogging kan..tapi apa salahnya kalau kita manfaatkan dengan apa kelebihan yang kira ada sekarang..setakat ni..beberapa bahagian dari earning innity tu dah cikmin gunakan untuk hadiah contest2 yang lalu dan jugak derma pada yang memerlukan..alhamdulillah..

Reply

12 Azuan August 22, 2010 at 12:06 pm

Traffic mantap untuk hari tu jer.. sekarang dah jatuh dah.. hehe.. lainlah cikmin, traffic stay maintain jer..

Channel tu ditentukan berdasarkan topik blog kita ke? boleh cikmin terangkan lebih lanjut, tak pun bagi contoh ke? kurang jelas lagi utk bahagian channel ini dan kaitannya dengan description blog..

Saya pun macam tu, cuma gunakan kelebihan yg ada pada blog.. Tapi ok gak kan kalau dapat earning tu nanti derma utk mereka yg memerlukan, takpun buat untuk hadiah contest.. dari contest tu, ramai yang masuk blog.. Then traffic meningkat, so ada lah hasilnya lagi.. hehe.. Idea menarik ini..

Reply

13 Steward John August 22, 2010 at 6:22 pm

Terima Kasih atas perkongsian kak Min…. ni yang dicari2 dan ditunggu2 sebenarnya.

Reply

14 DaHLia August 22, 2010 at 6:25 am

azuan,
1. Nuffnang: dah read my post Ada Apa Dengan Nuffnang kan? Pasal BE tu, I still on my study…tapi BE ni bukan mudah dapat. Hanya Nuffnang sahaja yang tahu bila nak bagi.
2. Innity memang bayaran mahal, cuma i ada pengalaman buruk dgn diorang..hehe..maybe salah i jugak tamak kut masa tu… Income Dengan 2minggu Innity
3. Advertlets pernah letak masa berINNITY dulu, sbb bila dah pasang Innity, dah takde Geli-geli Nuff tu, so memang berbaloi laa sumbat segala jenis Ads dalam blog.
4. Mangga Ads dah daftar tapi masih belum letak kod..maybe tunggu memana blogger dapat payment dulu baru fikirkan macam mana, sbb setakat ni ramai yang ckp earning banyak, bertambah, tp so far tiada yang cakap dah dpt payment
5. Youth Says pulak kedengarannya memang masyukk..tapi tak pernah terfikir nak letak kat blog.

Untuk permulaan, try letak Nuffnang dulu..Impression tinggi, kalo dapat BE memang syok abis laaa.. Sis dalam minggu ni, alhamdulillah, baru 4 hari BE Digi melekat, earning dah boleh cashout…Sesambil apply INNITY, sebelum application lebih susah sebabnya syarat UV dan PV dia pun dah makin meningkat.

btw, blog sis guna blogger default comment je..heheh

Reply

15 Azuan August 22, 2010 at 10:27 am

A’ah, dah baca pun.. 1st, memang sy dah ada akaun nuffnang, dan mmg ada pasang kat satu blog yg berkewordkan “Melayu Boleh”, pernah juga dapat BE tu, cuma masa tu sy tak fokus dan tau macam mana BE ni dikira.. Now dah faham skit..

Innity tu nampak menarik, tp dia bayar berdasarkan apa? Cost Per Impression ke? kalau tak ada click pun mmg duit blh masuk ke hasil dari impression tu? Teruja tengok screen shot income sis bersama innity tu.. Nak cecah 1K tu..

Boleh sis terangkan juga macam mana boleh dapat duit dengan Mangga Ads, Advertlets, dan Youth Says tu?

Tapi maybe saya akan cuba daftar Innity dulu, kalau approve blh try guna dulu dlm sebulan tgk dia punya performance, kalau tak sesuai, baru guna Nuffnang.

Maybe dah tiba masanya Sis bertukar kepada wordpress.org yg lebih user friendly.. :)

Reply

16 DaHLia August 22, 2010 at 2:28 pm

Innity ni lebih banyak jenis ads yang ada…
Nuffnang ada CPC, CPM (buffered), CPE (engagement) dan Advertorial (utk blogger tertentu)
Innity ada CPC, CPM, Text Link (CPC), ada CPE (engagement), in text..memang kos setiap satu CPC lebih dr Nuffnang, tapi tidak CPM..CPM Nuffnang bagi sis lebih best.
Mangga Ads, Advertlets dan YS sis xbiasa sangat, tapi kalo xsilap, lebih kurang sama laa, CPM and CPC…YS memang CPC. Sis xnak pepandai citer mende sis tatau…hehehe…

tukar WP? Sis memang da ada WP…tapi sis lebih suka Blogspot..tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pulak tempat mencari ilmu blogging..hehe
lagi pun, sis suka mende2 FREE ni..hehehe

Reply

17 Azuan August 22, 2010 at 3:27 pm

Oo.. ye ke macam tu.. masing-masing ada kelebihannya tersendiri.. nampaknya kene try satu-satulah baru tau macam mana kan.. hehe..
Oh, kalau sis dah ckp mcm tu, go on jer lah.. :) Thanks a lot sis utk pendapat ni..

Reply

18 Jaws August 22, 2010 at 6:37 am

pilih nuffnang n stay with it..
maintain the gliterrati..
lambat laun habuannya akan sedap…

Reply

19 Azuan August 22, 2010 at 10:28 am

Emm, dah ada blog satu lagi yg stay dengan Nuffnang, cuma tak fokus jer.. Mesti bro banyak masyuk dengan Nuffnang kan?

Reply

20 mohdisa August 22, 2010 at 6:38 am

bagi aku kalau bab pembayaran nuffnang terbaik lagilah…tp kalau bab income depend syarikat tu sendiri la…kalau nak naik laju…cari syarikat yang menawarkan by impression la. laju la naik. tak klik pun still naik cam innity. tp itulah, kalau nak innity kena apply dlu…tgu dia approve plak…makan masa la plak. hehe..apa2 pun…aku rasa bro kena cuba semua kot. tp bukan sekaligus…pasang satu dlu dalam masa sebulan ke tiga bulan…baru dapat merasa semua…so baru bro blh pilih yang tepat…cam aku buat…hehe

Reply

21 Azuan August 22, 2010 at 10:29 am

Oh… maybe aku akan buat macam tu lah bro.. nak cuba satu-satu, bila dah jumpa yang sesuai baru stay.. thanks bro..

Reply

22 mohdisa August 23, 2010 at 5:00 am

ya, betul tu. setakat ni aku guna semua. tapi aku letak kat blog lain2. utk blog aku stay nuff dlu. maybe skit masa nanti baru aku tukar. :)

Reply

23 Azuan August 23, 2010 at 1:30 pm

ok bro…

Reply

24 hakimfaridzul August 22, 2010 at 10:54 am

salam.
azuan, saya bukannlah blogger yang berpengalaman.
tapi melalui pembacaan yang berterusan di blog-blog orang berpengalaman saya rasa setiap advertiser ni ada kelebihan masing-masing.

kalau azuan jenis yang nak bergaul mesra dengan blogger lain melalui gathering, event-event dan sebagainya, pilihlah Nuffnang. Mesra pengguna dan pembayaran sangat bagus! Mungkin azuan ambil iklan jenis impression punya.

kalau traffik blog ni bagus, seriusly, apply la innity. base on impression! masyuk! macam sis dahlia cakap dan pernah rasa, memang masyuk saya tengok!

takpun, blog ariff, walaupun dia belum pernah reveal bayaran2 tu, tapi rasanya, masyuk giler.

untuk mangga ads, yup, masih belum ada lagi yang cash out. dan tentang adverlets, rata-rata ada masalah dengan pembayaran~

fikirlah..takpun, buat ruangan iklan sendiri je!hahahahaha. Good luck bro!

Reply

25 Azuan August 22, 2010 at 11:54 am

Wassalam bro..
tapi maybe aku akan pilih antara Nuffnang ataupun Innity lah.. belum masanya lagi kot nak buka rungan iklan ini, tak ada yg berminat nanti. hehe
Anyway, thanks komen dan bagi pendapat..

Reply

26 Rusli October 28, 2011 at 1:50 am

Saya masih baru dalam bidang ni. Terima kasih mengenai info yang diberi.

Reply

27 rashid August 22, 2010 at 2:32 pm

Hmmm…dulu first try advertlets, then lepas nasihat rakan blog yang lain, bertukar kepada NN…NN still ok lagi…

Reply

28 Azuan August 22, 2010 at 3:28 pm

Oo.. mcm tu lak.. nampaknya kene elakkan lah dari guna advertlets ni..

Reply

29 fawzan August 22, 2010 at 5:11 pm

tima kasih sumer banyak info kat sini pasal ads

Reply

30 Azuan August 22, 2010 at 5:54 pm

sama-sama bro.. harap ianya berguna untuk bro..

Reply

31 Steward John August 22, 2010 at 6:23 pm

Nak stay dengan Nuffnang jer la buat masa ni.. macam banyak jer masuk..

Reply

32 Azuan August 23, 2010 at 3:30 am

Wah.. ye ke.. mesti 4 angka masuk ni.. Traffic blog bro mantap kan..

Reply

33 lizz August 22, 2010 at 6:34 pm

ok.semue dah try cume mangga je blum lagi. cuz xramai lagi orang wat review menarik2.hehehe. so far, nuffnang terbaik kot. xbanyak tapi oklah earnings die. kalau innity pun ok cume tak banyak iklan die lagi n macam kene komited btol. i means, kene update blog baru dapat earning that day..huhuhu. advert lak cenonet sungguh naik sen die..so, malas.heheehe

Reply

34 Azuan August 23, 2010 at 3:32 am

Oh.. macam tu yer.. hari ni baru jer lepas apply innity, nak tgk lepas ke tak.. lama gak ek nak tunggu kalau approve, 5 hari bekerja tu.. Anyway, thanks lizz kongsi pendapat..

Reply

35 zik August 22, 2010 at 7:01 pm

pakai mana2 yang ada jela…. jangan letak banyak2… berat loading blog hoho… satu sudah memadai…

Reply

36 Azuan August 23, 2010 at 3:33 am

Tulah. kalau tak nuffnang, pakai innity lah kot..

Reply

37 farah August 22, 2010 at 8:18 pm

Saya kurang xperience tp still nk tepek pendapt jugak boleh tak?

Bagi saya better pilih nuffnang kot sebab ramai yang dah dpt payment..cuma yang tak best bila letak iklan nuff,dah tak boleh letak iklan lain dah sebab hilang status glitterati tu..

Kalau yang Innity tu plk,bayaran mahal tapi sy apply tak dapat2 lagi..hehee

hari tu terfikir jugak nak letak Adverlets,tapi bila research ramai yang review payment bermasalah so tak apply sampai hari ni dan still guna nuff..so far alhamdulillah la:)

Reply

38 Azuan August 23, 2010 at 3:36 am

Oh.. boleh.. sila-sila..
Buat macam rumah sendiri yer.. hehe
Oh.. macam tu ek.. tp sy baru jer apply innity..
kalau lulus, boleh guna..
kalau tak lulus, guna nuffnang lah.. hehe

Reply

39 farah August 23, 2010 at 4:08 am

nuffnang pun lebih dari ok kalau ramai visitors..huhuh

Reply

40 Azuan August 23, 2010 at 1:28 pm

itulah.. kene try satu-satu nnti..

Reply

41 arynet August 23, 2010 at 4:19 am

Aku dulu guna Nuffnang dan Advertlets. errr.. earning boleh la.
Innity pula memang bayar tinggi, tapi apply tak dapat lagi.

Sekarang ni tengah mencuba mangga ads. Antara sebab – pertama, earning tetap jalan sebab melalui page impression walaupun tiada orang klik. Kedua sebab boleh cashout ke paypal. hehe.

Reply

42 Azuan August 23, 2010 at 1:29 pm

Oh.. ye ke..
nnti dah dpt duit mangga ads bgtau lah yer..
thanks komen kt sini bagi pendapat..

Reply

43 Maxloon120 August 24, 2010 at 2:51 am

Tentang YouthSays, earning dari YouthSays tu pun cantik. I juga suka dengan event dari mereka..dan mereka juga sangat blogger friendly, bolehla add mereka(YouthSays dan Yuna YouthSays) dalam buka muka tu. Selain tu, tak salah I ade juga yang berjaye dengan YS berbanding advertiser lain. Tetapi ini semua ini terpulanglah dengan strategi blog u :) )

Reply

44 Azuan August 24, 2010 at 9:19 am

Oo.. tp macam mana nak dpt earning dari YouthSays pula?

Reply

45 titan August 25, 2010 at 10:34 am

pilih aje semua kalau susah nak pilih. Ikut dari alexa rank, blog ni dah cukup syarat nak join innity. Sebab syarat iinnity memang ketat, hits kene tinggi, post mesti update selalu, unik trafik pun kena tinggi. Rasanya dah layak.

Mangga ad, nuffnang dan advertlets. nI semua ko dah layak. Tinggal pilih aje. Kalau pilih manggaad, ko leh gabung dengan advertlets. Nuffnang ni tak leh bermadu. Yang lagi tiga tu, semua leh bermadu..

Reply

46 Azuan August 25, 2010 at 10:54 pm

Yang innity baru jer apply hari isnin baru ni, tak dpt pun lagi respon diorang.. ntah layak ke tak ni..

Tp kalau gabung banyak2, mcm serabut lak blog nanti.. tengok lah mcm mana nanti.. kalau innity tak lepas, maybe pasang nuffnang..

Reply

47 Domz August 25, 2010 at 5:27 pm

aku setakat ni pasang nuffnags je.. ngan kekadang ada pasang youthsay..tapi tatau apa guna cam x de je..iinity ada hati nak asang tapi syarat tak layak :(

Reply

48 Azuan August 25, 2010 at 10:57 pm

Oo.. ye ke.. nanti lama-lama cukuplah syarat tu..

Reply

49 g3n August 25, 2010 at 9:32 pm

aku tgk xda pun ads kat blog ko?
alang2 letak p la dulu yang mana..
dari biarkan kosong..
sementara visitor tinggi ni kan..=)

Reply

50 Azuan August 25, 2010 at 10:58 pm

A’ah.. tak ada lagi..
belum letak lagi..
maybe minggu depan letaklah..

Reply

51 suri August 27, 2010 at 12:12 pm

setia pada bro nuff heeee..mungkin tu adalah jln yang terbaik utok bloger cam saya yang msh baru lagi .

thnks shbt sb sudi singgah ke blog suri..

Reply

52 Azuan August 27, 2010 at 12:19 pm

Oh.. maybe minggu depan baru blh buat keputusan ni.. hehe..

Sama2 suri, thanks juga sebab singgah sini..

Reply

53 SharkFiq August 28, 2010 at 9:03 am

salam..
hmm, dh dpt approval ke blom??

Reply

54 Azuan August 28, 2010 at 1:32 pm

Wslm bro..
untuk innity belum dpt approval lagi..
ke tak lepas syarat ni…

Reply

55 AkuLaNS August 28, 2010 at 11:42 am

Bg aku Nuffnang yg trbaik stakat ni…tk prnah lmbat byr..lg pun korang mesti ada status glitterati..pnting skali…trafik mesti tinggi baru..pndpatan untk Nuff byk bro…maaf la aku tk suka rojakkn bahasa ni…

Reply

56 Azuan August 28, 2010 at 1:33 pm

Oo.. thanks utk pendapat bro.. aku pun ada pasang Nuff kat blog satu lg.. tp tak fokus sangat.. nnti kalau tak lepas approval innity, akan pasang Nuff lah kat sini..

Oh, no hal lah bro..

Reply

57 Kujie August 30, 2010 at 2:06 pm

pernah guna kesemua dan sekarang hanya guna Innity saja.

Nuffnang ok, cuma tak sesuai untuk Kak Jie.
Advertlets – sebab belum bayar, tak berapa suka konsep kita kena email minta bayaran sebab ikut syarat selepas cash out 45 hari akan dapat payment, tapi sekarang dah lebih 3 bulan
Mangga – terlalu berat dan iklan tak banyak.
Innity – dia akan update report setiap hari – jumlah earning setiap hari. sangat best cuma terikat dgn TOC tak boleh bercerita mengenai payment, kempen secara terbuka. Sebab itu jarang blogger yang menggunakan Innity menulis mengenai Innity.

Reply

58 Azuan August 30, 2010 at 6:54 pm

Sy dah apply dah innity minggu lepas, ni tak approve lagi ni..
nampaknya tak lepas kot..

Reply

59 donnyien September 5, 2010 at 6:59 pm

Advertlets.Kalau depa x bayar aku tenyeh-tenyeh sampai mampuih kah..kah….!!

Reply

60 Azuan September 6, 2010 at 12:20 am

Dah lama ke bro dgn Advertlets?

Reply

61 zul May 5, 2011 at 9:58 pm

best baca…setakat skang nuffnang terbaik bro…

Reply

62 Azuan May 17, 2011 at 8:17 pm

Utk permulaan, sesuailah guna Nuffnang..

Reply

63 AmenoWorld May 9, 2011 at 11:35 pm

Panjang gila.. mmg berbaloi2 arh baca..

Reply

64 iznie June 8, 2011 at 2:56 am

owh…macam tu ke…best baca entri n komen2 orang ni.. thanks sebab post entri macam ni…

see, sangat berguna kan? smpai tahun ni pun ada orang cari lagi…hee :D

salam ziarah… :)

Reply

65 Azuan June 29, 2011 at 12:16 am

A’ah..
dekat komen2 ni byk inputnya.. :)

Reply

66 Blogger Katro July 7, 2011 at 12:52 am

wah, kalau dari luar malaysia bisa ikut tidak?

Reply

67 Blogger Katro July 16, 2011 at 9:48 pm

no respon :(

Reply

68 Azuan July 16, 2011 at 10:53 pm

Kamu dari mana?
lebih mudah kalau kamu buka setiap satu websitenya dan lihat samaada boleh turut serta ataupun tak.

Reply

69 Blogger Katro July 17, 2011 at 2:21 am

dari Indonesia, saudara seberang kamu :D

Reply

70 Azuan July 17, 2011 at 2:36 am

Boleh juga join…

Reply

71 Blogger Katro July 17, 2011 at 6:21 pm

satu kali klik di nuffnang dapat berapa ?

Reply

72 Blogger Katro July 20, 2011 at 5:09 am

tapi di nufnang tidak ada untuk indonesia

Reply

73 Azuan July 20, 2011 at 4:41 pm

A’ah..
tapi yang lain2 ada..

Reply

74 Blogger Katro July 28, 2011 at 7:27 am

ok, no problem, aku coba yang lain :D , thanks ya :D

Reply

75 Azuan July 28, 2011 at 11:07 pm

Ok.. beres..

Reply

76 simiey[dot]com February 1, 2012 at 12:32 am

sekarang pasang adsense & nuffnang ja.huhuu..

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: