Sebagai pengguna AutoCAD 2007, sudah tentu kadang-kadang korang akan mengalami masalah double click untuk edit text atau pick line yang tidak berfungsi dengan baik. Hal ini sedikit sebanyak membantutkan korang menghasilkan pelan rumah ketika sedang menggunakan perisian AutoCAD 2007. Masalah double click atau edit text ini kebiasaannya berlaku di dalam perisian AutoCAD version 2007 dan keatas. Aku masih tidak mengetahui apa punca sebenar terjadi masalah tersebut.
Tetapi aku hanya dapat mencari jalan penyelesaian terhadap masalah double click dan edit text yang tidak berfungsi dengan baik semasa menggunakan perisian AutoCAD 2007. Jadi aku ingin berkongsi sedikit pengetahuan aku mengenai AutoCAD tutorial kepada pengguna AutoCAD yang sering mengalami masalah ini dan masih tercari-cari jalan penyelesaiannya. Aku bukan pakar, tetapi aku tahu serba sedikit mengenai AutoCAD setelah mengikuti kursus pelukis pelan senibina. Sekarang aku masih lagi sedang mengikuti kursus tersebut di Kolej Tesdec.
Sebelum ini pun aku sudah mengalami masalah ini dengan secara tak sengaja ketika aku menggunakan AutoCAD 2007, mula-mula tu kelam kabut juga, tapi jangan risau sebab cara mengatasi masalah ini sangat mudah. Korang boleh tengok gambar dibawah sebelum ia mengalami masalah double click dan edit text yang tidak berfungsi.
Manakala gambar dibawah pula menunjukkan masalah sebenar yang berlaku terhadap perisian AutoCAD 2007 iaitu pick line dan double click edit text (tidak ditunjukkan gambar kerana jalan penyelesaian sama) yang tidak berfungsi.
Ok, korang sudahpun tahu masalah tersebut, seterusnya kita pergi kepada cara mengatasinya. Ianya sangat mudah, korang hanya perlu taip beberapa command di sebelah bawah di dalam ruangan command tersebut. Caranya adalah seperti berikut;
- Taip dblclkedit dan press Enter dan korang akan nampak ON
- Taip pickfirst dan press Enter, jika korang nampak <0>, korang perlulah masukkan nilai 1 dan kemudiannya press Enter.
- Taip pickadd dan press Enter, jika korang nampak <0>, korang perlulah masukkan nilai 1 dan kemudiannya press Enter.
- Taip pickauto dan press Enter, jika korang nampak <0>, korang perlulah masukkan nilai 1 dan kemudiannya press Enter.
Untuk lebih detail, korang lihat gambar-gambar dibawah;


Ok. Fungsi dblclkedit adalah untuk setting double click, jika dinyatakan ON, bermakna ianya berfungsi. Jika OFF, korang perlulah taip ON di ruangan command.
Fungsi pickfirst, pickadd, dan pickauto lebih kurang sama sahaja, cuma nilai 0 maksudnya fungsi itu di OFF kan, manakala nilai 1 bermaksud fungsi itu di ON kan.
Untuk AutoCAD 2008 dan 2010 aku jarang guna kerana tempat aku ambil kursus pelukis pelan senibina di Kolej Tesdec sekarang menggunakan perisian AutoCAD 2007, tetapi dalam laptop aku ada perisian AutoCAD 2008, cuma jarang guna.
Sebenarnya masalah double click untuk edit text dan pick line yang tidak berfungsi itu boleh di atasi dengan cara yang lain, iaitu menggunakan command AutoCAD version 2007 ke bawah. Commandnya ialah ED press Enter (ini untuk edit text) tapi aku lebih suka guna double click untuk edit text. Selain itu, korang perlu banyak guna Match Properties untuk ubah warna line.
Diharap dengan perkongsian tutorial AutoCAD untuk mengatasi masalah double click, edit, dan pick line dapat membantu korang yang sedang tercari-cari jalan penyelesaiannya.
p/s: tiba-tiba entry ini jadi panjang, padahal cara mengatasinya sikit sahaja.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!




{ 10 comments… read them below or add one }
autocad fakap, aku fail 2 kali masa sem 2 dulu, sem 4 aku drop out dr unikl
ye ke bro.. tapi aku mmg minat dengan autocad ni.. hehe
kitorang kt UTM belajar sendiri…tak pandai no one will help…huhu
UTM skudai yer..
member aku ramai kat sana.. hehe..
aku dulu utm kl..
serius dah lama tak main autocad nih. sejak guna autodesk inventor, aku dah tak layan autocad
oo.. ye ke.. autodesk inventor tu guna utk apa bro?
haha..sekarang solidwork…best gak..
aku dah lama tak menggunakan perisian autocad ni, rasa ingin belajar kembali. bolehlah bro ajar aku nnt.
haha.. aku pun baru nak belajar..
haha, takpa. ko cepat belajar, mesti lagi expert dari aku. hehe