Apa gambaran awal dan fahaman bagi korang semua mengenai lelaki kacak? Sebut jer lelaki kacak, apa yang korang semua akan fikirkan?
Secara lumrahnya, boleh dikatakan semua lelaki ingin kelihatan kacak, samaada kacak luaran mahupun dalaman.
Kacak luaran lebih kepada keadaan fizikal lelaki tersebut seperti paras rupa, bentuk badan, dan macam-macam lagilah. Manakala kacak dalaman lebih kepada sifat seseorang lelaki tersebut.
Adakah perangai lelaki tu juga kacak? Ini yang susah nak nampak bila lihat secara kasar mengenai seseorang lelaki tu.
Tapi memang dah lumrah juga bahawa lelaki lebih suka tengok benda-benda yang cantik, lebih-lebih lagi kalau tengok perempuan yang cantik, manakala perempuan pula lebih suka tengok lelaki-lelaki yang kacak.
Oklah, ni intro sahaja berkenaan lelaki kacak…
Entri ni bukan untuk menceritakan bagaimana, apa, dan siapa lelaki kacak ni. Tetapi, korang boleh baca pendapat berkenaan dengan semua tu di entri lelaki kacak ni.
Apa yang saya nak kongsikan ialah mengenai persaingan dan permintaan terhadap lelaki kacak.
Memandangkan pada 14 MAC 2012 yang lepas telah dilancarkan satu Cabaran SEO dengan menggunakan kata kunci Lelaki Kacak, jadi saya tertarik untuk membuat sedikit kajian terhadap persaingan dan permintaan kata kunci lelaki kacak ni.
Perkongsian ni berdasarkan apa yang saya tahu dan juga pernah buat, ianya lebih kepada teknik asas serta khusus untuk search engine Google dengan menggunakan tool yang disediakan oleh Google sendiri.
Persaingan Kata Kunci Lelaki Kacak
Gambar dibawah menunjukkan persaingan secara kasar yang mana kata kunci lelaki kacak mempunyai 907,000 keputusan yang sedang bersaing. Keputusan ni adalah semasa entri ini ditulis dan semasa screen shot ini diambil. Keputusan tersebut boleh berubah pada bila-bila masa.
Dengan menggunakan simbol ” ni, korang boleh mengkaji persaingan terhadap kata kunci tersebut dengan tepat. Dengan merujuk gambar dibawah, sebanyak 359,000 persaingan yang ada.
Manakala dengan menggunakan allintitle semasa membuat carian, persaingan terhadap kata kunci tu nanti akan memberi keputusan yang lebih tepat. Gambar dibawah menunjukkan hanya 11,700 persaingan terhadap kata kunci lelaki kacak.
Kesimpulannya, kata kunci lelaki kacak ni boleh dikategorikan sebagai medium persaingan. Oleh kerana cabaran SEO ni menggunakan kata kunci lelaki kacak, saya merasakan persaingan tu nanti akan menjadi lebih kuat. Tahap kesukaran untuk berada di muka depan search engine tu nanti mungkin lebih sukar.
Permintaan Kata Kunci Lelaki Kacak
Setelah mengkaji persaingan, perlulah untuk mengkaji permintaan supaya dapat mengenal pasti samaada kata kunci lelaki kacak ni mempunyai permintaan ataupun tidak.
Jika kata kunci lelaki kacak mempunyai permintaan yang tinggi, ianya merupakan satu bonus kepada korang kerana bakal memperolehi traffik hasil dari kata kunci tersebut. Tetapi jika tiada/kurang permintaan, ianya masih memberi bonus buat korang, cuma bonus dia lain sikit. Iaitu bonus dari segi pengalaman dalam mengaplikasikan teknik-teknik SEO.
Kajian terhadap permintaan boleh dilakukan dengan menggunakan tools yang disediakan oleh Google, ini teknik asas dan boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan bahawa keputusan tersebut tidak tepat, tetapi dengan berpandukan keputusan tersebut ianya masih berguna untuk dijadikan rujukan.
Masa awal-awal cabaran SEO ni berlangsung, saya ada cuba buat kajian permintaan terhadap kata kunci lelaki kacak ni dengan menggunakan Google Adwords Keyword Tool, malangnya masa tu permintaannnya adalah kosong.
Kosong bermaksud tiada permintaan…
Tetapi sekarang cuba korang tengok seperti dalam gambar dibawah, ianya sudahpun mempunyai permintaan. Ini terjadi mungkin disebabkan ramai peserta-peserta cabaran yang telah membuat carian menggunakan kata kunci tersebut. Walaupun begitu, permintaannya mungkin akan meningkat sedikit demi sedikit dalam masa 3 bulan akan datang kerana cabaran SEO lelaki kacak akan berlangsung selama 3 bulan.
Google Trends juga boleh digunakan untuk melihat samaada kata kunci tersebut pernah menjadi trend ataupun tidak pernah. Tetapi berdasarkan gambar dibawah, jelas sekali bahawa perkataan lelaki kacak masih belum menjadi trend di Google.
Apabila berpandukan kepada Google Insights, dapat dilihat dalam gambar dibawah bahawa perkataan lelaki kacak masih mempunyai permintaan. Dengan graf yang sekata, ianya boleh dianggap yang mana kata kunci tersebut adalah evergreen. Namun ianya bukanlah bermaksud mempunyai permintaan terlalu tinggi.
Kesimpulannya, saya merasakan permintaan terhadap kata kunci lelaki kacak akan meningkat sedikit demi sedikit dalam tempoh 3 bulan akan datang. Selepas tempoh tersebut, saya tak pasti jika kata kunci ini akan terus meningkat mahupun akan sentiasa mempunyai permintaan.
Tetapi saya boleh katakan bahawa kata kunci gambar lelaki kacak akan sentiasa mempunyai permintaan kerana sudah tentu kebanyakan wanita-wanita diluar sana lebih suka melihat gambar-gambar lelaki yang kacak ni. Betul kan?
Kelebihan Cabaran SEO Lelaki Kacak
Banyak kelebihan yang korang boleh dapat dari cabaran SEO ni. Melalui cabaran ni, korang secara tak langsung akan dapat belajar SEO.
Belajar SEO adalah satu proses yang boleh dikatakan tak akan pernah habis, ada jer teknik-teknik baru supaya seiring dengan peredaran masa dan keadaan.
Korang juga boleh memahami bagaimana SEO itu berfungsi serta mengaplikasikan teknik-teknik SEO yang korang dah tahu untuk melihat keberkesanannya.
Apa yang penting ialah pengalaman yang korang akan dapat melalui cabaran seperti ini. Pengalaman inilah yang akan mematangkan korang pada masa akan datang.
Kelemahan Cabaran SEO Lelaki Kacak
Kelemahannya adalah apabila kata kunci yang dipertandingkan langsung tiada permintaan kerana manfaat dan keuntungan selepas pertandingan tu boleh dikatakan tiada untuk tempoh jangka masa panjang.
Manfaat dan keuntungan yang dimaksudkan adalah dari segi ketiadaan traffik atau pelawat yang masuk ke blog.
Korang rasa kecewa, baca balik kelebihannya dekat atas tu dan abaikan kelemahannya tu.
Jadi, sementara cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni masih dipermulaan lagi, korang yang berminat silalah join dengan segera kerana bila dah sampai ke minit-minit terakhir nanti, boleh jadi kelam kabut lak.
+Azuan Razi — Buat blogger lelaki, tunjukkanlah kekacakan korang dengan menyahut cabaran ini.
Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh Contengconteng.com, Mrs. Yie, Abangensem, Cikgu Dahlia, Farish Ishak, PuanBee.com, w.habibu rahman, Azri Johan, Dirmansyah, 1Malaysianews.net, LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com, Sabreehussin dot com, Abrablog.com, dan AhmadFaizal.com.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!








{ 97 comments… read them below or add one }
kalau aku wat contest review, aku dah umum terus ko sebagai pemenang. haha..
hahaha.. ko titan mmg kacak…
ya..mmg setuju sangat. jelas dan penerangan yang cukup kacak.
entri yg berbeza dr yang lain2.
Semoga bermanfaat buat bro..
terima kasih bro..
itu aku tahu. tak perlu dipersoalkan lagi. haha..
Bukan mempersoalkan bro.. tp mengatakan.. haha
wahhh… sini pun ada lelaki kacak,,,,
ingatkan betul2 nak copy yg tu
hehe.. ada jer…
terfikir-fikir gak ni.. hehe
hehehe…
boleh je
aku dgn kacaknya sokong 100%…mmg lengkap dan lain dari yg lain…hehehe
tu la pasal..mmg complete..chii pun x terlawan dibuatnya T__T
Dapat juga kutip ilmu dari entri ni..hehe
Masih berfikir dua tiga kali juga ni nak join atau tidak kontest ni..
Semoga bermanfaat.. tak perlu fikir banyak kali bro.. bertindak jer..
Sedang meneliti bro..Tak target menang pun..Cuma fikir bagaimana nak aplikasikan teknik seo yang dipelajari selama ini..Jadi saya tengah rancang strategi utk dapat keputusan yang terbaik..Harap-harap entri dalam blog ni dapat membantu saya untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang SEO.
Ok. bagus la mcm tu bro…
tapi jangan last minute baru nak bertindak..
akupun nak kena korek balik entri2 bro azuan ni pasal seo…hehe
sokong… terus bergerak dan bertindak dengan santaiynya…
menarik huraian ko bro – terbaik – entri berilmu
Terima kasih bro.. tapi tak sekacak huraian ko..
nak sesuaikan dgn blog tu susah – nak buat entri mengarut boleh saja
Itulah bro.. tengok jer la mcm ne nnti..
p/s: terasa posts ni lambat lak index.
azuan memang kacakkkkk..
Erkkk.. ada-ada jer miss yie ni..
hebatla azuan buat review…dah macam pakar ekonomi…lama tak nampak
Biasa-biasa jer la azura..
byk lagi kene belajar dlm buat review ni…
dalam banyak2 entri penyertaan, entri ini yang paling terbaik pernah aku baca dalam contest ni. betul kata titan, kalau dia pilih pemenang berdasarkan review, tak teragak2 dah entri ni boleh menang. all da best bro
kita tunggu kot ada cite yang menarik boleh dipertengahkan dr peserta lain. masa masih panjang
Mungkin masih awal lagi ni..
lepas ni ramai lagi yg akan join ni..
bro pun join la skali..
anyway, thanks bro…
nak join juga tapi blog asyik down sekarang ni. ada masalah sikit dengan server. idea pun tak mari lagi ni hehe
Tengok blog bro ok jer tu…
jom la join skali..
terbaik ulasan ni….lama tak muncul bro!
Sekadar berkongsi apa yg saya tahu..
tapi ni rasanya biasa-biasa jer..
pape pun, terima kasih bro..
terima kasih review yang termasuk tutorial dalam google insight tuh .. tak lama lagi,naik first page tuh..
Sama-sama bro..
susah nak lawan bro..
ni pun lum terindex lagi ni..
dah index…dah makin menghampiri…
Makin kena tendang adalah bro..
Assalammualaikum..
Banyak juga perkara berkaitan selain LELAKI KACAK saja. Banyak ilmu dan tips..TQ..
Wslm..
Semoga bermanfaat..
Welcome..
Wah sudah macam guru SEO. Tabik hormat dengan bro.
Haha..
guru apa nya..
rata-rata ramai yg tahu tu..
Fuhh, huraian terbaikk ni… analisis penuh contest SEO Lelaki Kacak
Dah ko x nak join skali ke?
Memang review yang kacak sangat nih
Terima kasih banyak-banyak..
ihiks..betul tu.. chii setuju n sokong tu
Habislah…, semua gambar-gambar lelaki kacak karang keluar kat blog2 nanti.
Jom ramai2 sertai ‘Projek Amal Blogger’ dengan moto kami prihatin kami hebah… Pasti menarik jom sertai di sini
Agak-agak komen ni ada kaitan x?
Wowww…..seketul2 saya membacanya bro…tahniah kerana membuat review kata kunci lelaki kacak ini….mmg terbaik nih.
ok lah tu..
baru faham kan bila baca seketul2..
goodluck bro
baru tau pasal allintitle tu…entri bro memang terbaik, padat dengan info
mmg bagus ni.. hehe.. all d best.. tapi..
lelaki je ke leh masuk.. perempuan?hehe
Thanks..
Perempuan pun blh la..
jom la join skali..
Sya sama cam yas, baca seketul2. Entri yang bermanfaat. Terbaik wan, good luck!
Thanks sya…
sedikit sebanyak chii dpt ilmu bila baca entri sini…all the best n gud luck dari chii
Baguslah mcm tu..
semoga bermanfaat..
Anyway, Thanks yer..
wahhh sangat seru juga yahh ternyata……….
Semekom! ni bukan sekadar entri tapi ilmu utk orang baru mcm aku. terima kasih AR.
Wslm…
Moga ianya berguna untuk bro..
Sama-sama.
Gud luck Azuan Razi..:)
Thanks dear…
wah..lepas baca entri ni baru tahu cara guna keyword. sebelum ni tak faham langsung. haha. kalau begini, kena korek blog ni perkongsian tentang seo. terbaik la. thanks.
Baguslah mcm tu bro.. Kita mmg bermula dari tak tahu..
Welcome…
betul tu. sedangkan berjalan pun dari 4 kaki. bukan terus dua kaki. hoho
adam masih nak belajar pasal keyword2 ni… belajar slow2.. hehehe
wow sungguh detail.. hehe.. even kurang paham ckit dgn SEO heee
Tp yg ni faham kan? sbb dah detail tu.. hehe
Eva, jom lah join skali.. buat jer entri pasal Lelaki Kacak..
Eva kan rajin menulis… lepas tu link ke entri ni.. hehe
kelakar gak, keyword camtu, namun semuanya keyword yang mampu menghasilkan traffik.Dan duit..
Kenapa kelakar yer?
lagipun keyword ni digunakan untuk cabaran SEO.
Slamat berjya abg yanie.HEHE
Mudah mudahan.
Terima Kasih.
susah nak cari lelaki yg complete kacak luaran dan dalaman ni..
review yang sungguh lengkap sekali tu,semoga berjaya bro
Semakin mengganas entri ni di serp
hoho, aku rasa, dalam banyak2 blog yang masuk kontest SEO lelaki kacak, post nie yang paling informatif, dan bukan spam… aku suka info2 pasal google insight dan kajian ko tue.. dan aku rasa betol, pasnie maybe keyword laki kacak nie takkan digunakan sangat… hoho
Terima Kasih bro…
Ko pun jom la join sekali..
xpelaa.. dah terlewat.. haha, lagipon aku tgk peserta2 kontest nie smua otai2 belaka.. dah laa diorang cam main sungguh2.. tak bagi can lgsung kat blog2 kecik cam aku.. haha
Mana ada lewat bro.. sempat lagi ni.. blog ko pun mantap.. boleh jer challenge tu..
Keyword yang orang cari memang banyak dan mudah, tapi keyword yg kurang persaingan, itu yang sukar. Perlu kajian terperinci mendalam lagi..
Teramat lah kacak nya dear hehehe..
Amboi dear….
blog bro antara yang terkacak
Biasa jer bro..
Apa2 pun, terima kasih.
wah..kacak..smua ske org kacak..hehe..
Nampaknya lelaki2 yang datang komen di sini semuanya ada aura kacak.
Saya tak berapa kacak sangat
Explanation yang sangat baik
Assalam…
best tengok review tu..
Banyak2 entri mengenai lelaki kacak, yang ini memang lain
Memang ada ilmu untuk semua
Terima kasih banyak, bro
serius best aku baca tentang kajian keyword dan review bro..post terbaek..mintak izin nak sedut untuk buat panduan hehehe
memang mantap dan efisien reviewnya bro,,,,
Wah panjang lebar huraian pro dan kontra SEO contest ini
artikel yang sangat kacak dari segi ilmu SEO nya. tq
nice info bro.. kelebihan contest tu memang kita dapat belajar sedikit apa itu seo..dan ramai otai blogger macam bro bagi tips macammana nak optimize seo keywords tu..at lease saya yg newbie dapat belajar sedikit sebanyak pasal seo dan secara tak langsung dapat berkenalan dengan bloger-bloger otai.. best..!!
pehhH!! cukup lengkap dengan detail keyword semua…
gud luck r bro…nanti bleh ajar teknik SEO ni
hai azuan.. sory kacau.. boleh emel sy.. lupa emel zuan pulak.. nak minta tlg something