Blog kujie sememangnya tidak asing lagi dengan tagline Hidup Biar Sedap. Seingat aku, tagline tersebut telah lama dikekalkan oleh Kujie sejak blog kujie2.com dibangunkan. Kalau tak silap sejak tahun 2008, betul ke kak jie?
Dengan tagline blog hidup biar sedap, aku dapat agak bahawa Kujie sememangnya mengaplikasikan tagline tersebut dalam kehidupannya seharian. Jika dilihat pada blog kujie, ianya cukup simple, bersih, dan minimalist. Jadi tak mustahil bahawa tuan punya blog pun begitu. Betul tak kak jie?
Aku pun dah lupa bila kali pertama aku masuk blog kujie2.com. Tapi sehingga kini aku boleh katakan bahawa blog kujie sudah cukup kukuh dan stabil dari pelbagai aspek. Contohnya usia domain, trafik/alexa, SEO (backlink, pagerank, authority, loading blog), pendapatan blog, dan yang penting adalah pembaca setia. Tak lupa juga banner header blog yang cukup unik memberi seribu satu makna. Jadi inilah kekuatan dan kelebihan blog kujie.
Di mana pula kelemahannya. Setiap yang ada kelebihan, sudah tentu akan ada kekurangannya. Sebelum aku mencari kelemahan blog orang lain, aku perlu sedar di mana kelemahan yang ada pada blog aku. Jadi untuk kelemahan blog kujie, aku tak nak komen. Setiap tuan punya blog, dia ada hak ke atas blognya. Cuma adakah blog-blog tersebut menepati kriteria yang seharusnya diketengahkan.
Mengenai blog kujie, aku ingin kongsikan sedikit pandangan hasil dari penglihatan aku. Setiap orang mempunyai taste yang berbeza. Contohnya awek yang kita tengok sudah cukup lawa, tapi orang lain tengok belum tentu lawa. Awek yang lawa tidak perlu makeup/solek banyak-banyak atau tebal-tebal. Cukup dengan sedikit sentuhan sahaja. Tak gitu?
Itulah apa yang aku nampak pada blog kujie dengan design yang simple dan keseluruhan blog berwarna putih. Tapi hasil pandangan mata aku, masih ada yang belum cukup dan perlu diberikan sedikit sentuhan. Boleh lihat contoh screenshot dibawah hasil sentuhan yang aku dah buat.
Ingat, ini bukan kelemahan blog kujie, cuma mata yang memandang rasa tak cukup puas. Jika kak jie suka dengan sentuhan ini dan ingin pengubahsuaian, bolehlah hubungi saya. Sememangnya saya tahu kak jie sukakan theme yang ada kotak-kotak jika ingin kekalkan kotak tersebut.
Entry khas untuk kujie ini adalah Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kujie dan Abang Ann yang Ke 20. Tahniah, semoga hubungan kak jie dengan suami sentiasa romantis dan berkekalan sehingga akhir hayat. Amin…
p/s: Rasa tak sempat dah join Giveaway Kujie ni, tapi tetap nak buat posts juga.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!


{ 25 comments… read them below or add one }
kak jie memang terbaik dalam bab SEO…dia belajar senyap2 je..huhu…
selamat ulangtahun juga untuk kak Jie… semuga terus bahagia…amin…
Penulisan dia disukai ramai.. itu sebab Google pun suka.. jd blog dah mesra SEO.
Assalammualaikum…
saya cukup tabik dengan blogger wanita yg dah stabil dan mantap. kira boleh jadi inspirasi….
Wslm..
yup, bukan ramai blogger wanita yang dah stabil dan mantap ni..
Kak jie ni memang teror SEO tapi diam je.rileks je orangnya. hehehehe. semoga dia terus maju
Lizz pun apa kurangnya…
terbaik la kak kujie
banyak belajar bab kias2an dengan kak jie :p
Itu mmg tak dpt dinafikan..
suka entry yg kias2 tu…
nak tukar theme…nak tukar theme…nak tukar theme…tapi tak pernah ada masa , tak menyempat2.
child theme twenty eleven tu ada pakai tak sampai 2 minggu…mcm tak serasi
rasa mcm nak kena tukar gak nnt…..tapi nak mengadap coding dah tak tahan… mata dah tua. skrg ni kak jie mmg jarang sgt luangkan masa beronline, kalau org perasan, mmg tak sgt blogwalking ke apa…sebab kesihatan mata makin merosot. nak kena jaga lebih.
t/kasih join GA ni..mlm ni 12mlm due date…. macaroon dah siap tu kat cik min..tunggu nak dptkan alamat je nak dipos
Itu tak kisah sebenarnya, tak tukar theme pun tak apa..
Ok dah tu pun..
Sebab theme yg sedia ada dah ok sekarang.. cuma hias skit2 jer..
Skrg tgk dah ada warna sikit-sikit.
Sama-sama kak jie.. ingatkan dah tak sempat..
kita tgk nnti siapa yg kena..
wah azuan join…tula berfikir lama macam mana kak jie pakar seo…bukan rahsia tapi usaha tambah pengalaman kot…
Suka-suka join meriahkan suasana.. tapi last minute ni.. hehe..
Yang penting, CARILAH…
Kak Jie kalau tukar theme yang x mesra SEO atau berat pun, traffik tetap terbaek sebab ada loyal reader, lagi2 dia cukup peramah…hu3
Tak mustahil tu bro..
Tapi kak jie pakar, dia tahu mana yg terbaik utk reader.
good luck, wan. Kak Jie memang best. Blognya memang ada aura yang tersendiri
Thanks..
tgk nanti siapa yang kena..
wah, ulang tahun kak jie rupanya..
kak kujie blogger kesyangan sayaaa…
kak jie dah macam darren rowse dari problogger.net hehe. blog personal tapi sangat mantap! bila nak tulis buku ni kak jie hehe
Entri ko pon terikut berkias dah wan hehehe.
Anyway terlepas dah GA ni
hehe.. ye ke?
ayat mana yg berkias tu? hehe
oh? blog kakjie ade buat giveaway ke? dah announce ke sapa pemenang? haha cam terlewat jaa aku nak join.. hehe
Kak Jie mmg dalam kelas yg tersendiri.
Power seo dan punya reader yg setia
Saya sering berkunjung di blog Kak Jie, sangat bagus dan memposting sesuatu apa adanya.. I like it
Salam kenal ya..
Yup.. blog dia memang bagus..
Ok, salam kenal gak..
{ 2 trackbacks }