Berdasarkan kepada tajuk posting, sudah pasti korang dapat agak apa yang aku maksudkan. Kalau korang tak faham, bolehlah meneruskan pembacaan ini. Tapi kalau korang dah faham dan dapat agak maksudnya, digalakkan juga untuk meneruskan pembacaan entry ini. Pertamanya, terus terang aku katakan, entry ini bukan untuk menunjuk-nunjuk mahupun nak berlagak, cuma aku cukup teruja untuk berkongsi tips blogging dengan korang semua mengenai keyword yang mempunyai permintaan tinggi, sudah pasti kesannya boleh memeranjatkan korang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena blogging.
Oklah, kita teruskan sahaja kepada maksud sebenar. Apa yang aku ingin kongsi dengan korang ialah mengenai keyword waktu berbuka puasa dan imsak 2010 yang aku buat untuk entry sebelumnya. Aku memang tak menyangka keyword ini dapat hasilkan pelawat seramai 2000 lebih unik visitor sehari ke blog ini. Pada mulanya aku sangkakan sudah agak terlewat untuk aku buat update mengenai waktu berbuka dan plugin berbuka puasa, maklumlah update aku tu pada 10 Ogos sedangkan 11 Ogos 2010 sudahpun mula puasa, jadi aku pikir sudah tentu keyword ini kurang mendapat permintaan berbanding keyword epilog syurga cinta.
Namun sangkaan aku meleset sama sekali. Selepas dipublish beberapa minit, entry tersebut sudahpun diindex oleh Google dan terus memasuki page 1 dengan kata kunci waktu berbuka puasa 2010. Susulan daripada itu, berpusu-pusu pelawat masuk ke blog ini dalam masa 24 jam melalui keyword tersebut. Bahkan sehingga posting ini ditulis, keyword tersebut masih lagi mendapat permintaan. Itulah kesannya jika keyword yang digunakan mempunyai permintaan dan tepat dengan masanya sempena bulan ramadan 2010. Buktinya korang boleh tengok screen shot diatas yang mana perbezaan traffic untuk hari-hari sebelumnya sangat ketara.
Boleh dikatakan 80% visitor yang masuk ialah melalui keyword waktu berbuka puasa, manakala selebihnya ialah dari keyword epilog syurga cinta dan lain-lain keyword yang ada di blog ini. Jadi, tips dari aku yang serba kekurangan ini, pastikan korang memilih topik, tajuk, dan keyword yang sesuai serta mempunyai permintaan untuk dijadikan entry kerana peluang untuk merasa nikmatnya traffic percuma dari engine carian amat cerah.
Berdasarkan pengalaman aku juga, faktor Pagerank (PR) juga turut memainkan peranan penting untuk menempatkan entry korang di SERP dan diindex dengan cepat. Malah ianya turut mendapat perhatian lebih dari Google jika PR blog korang adalah tinggi. Begitulah perkongsian dari aku dengan pengalaman yang ada. Adakah pengalaman ini sebahagian daripada kisah Hidup Seorang Blogger?
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 55 comments… read them below or add one }
memang orang tengah mencari jadual waktu berbuka… tak mahu susah… nak kena tengok tv… kira keyword panas , mamng demand sekarang nie… rugi aku tak buat… cantik gitue..
itulah bro.. aku pun tak sangka demand dia tinggi sangat.. buat lah bro.. sempat lagi ni..
terbaik! alhamdulillah..cikmin.com terima tempias jugak..
wah.. terkene tempias nye juga ek.. bagus2..
tips yg menarik..hehehe
sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman yg ada.. thanks sudi visit sini..
Terima kasih kerana berkongsi idea walaupun ada yang saya tak faham. Eheheheehe…
Sama-sama.. tak pe.. nanti banyak kali baca faham lah tu..
semoga berjaya pada blogger yang join contest nie..
Thanks.. utk bro juga.. bro lagi steady terus masuk page depan..
fuuh memang high traffic dia
traffic bro lagi tinggi…
Betul tu… mcm sumi gak la..
tetiba dapat traffik kernana NIAT BERPUASA….hehehe
ramai tul yg mencari…
apa -apa pun….selamat berpuasa yek!
baguslah mcm tu.. blog ni tak buat pula update utk niat berpuasa.. hehe
Ok.. selamat berpuasa untuk awk juga..
Memang hangat betul keyword imsak dan buka puasa ni..
tapi bagus juga sebab kita pun boleh kongsi maklumat yang pengunjung nak..
itulah bro.. aku mmg tak menyangka.. setakat ni dah lebih 3+++ traffic masuk..
mmg bagus kalau pengunjung dapat apa yang dia nak..
silap2 dah nak abis puasa pun orang duk cari lagi waktu imsak tu. puasa kan sebulan.. =)
hehe.. siapa sangka kan.. harap traffic ok lah utk sebulan ni.. hehe
blog aku pun mendapat tempias sedikit pasal keyword tersebut
hehe.. mmg tak sangka permintaan cukup banyak..
thanx for the info bro…. dapat ilmu baru harini…
Ur welcome bro.. saja nak berkongsi..
Hebak mu! Hahah ni yang nak try ni. Tapi Zida ni macam lemah sket nak tengok keyword yang best, lagi satu kalau rasa nak letak satu cerita tu, tetiba jumpa org lain dah buat dulu. Tu yang malas tuuuu.
err faham x?
mana ada hebatnya, biasa-biasa jer.. faham.. pedulikan entry yg orang dah buat.. yg penting kita ni bila nak buat.. elok buat kan dari tak buat..
terbaik bro..
ak pun tak pasti aku punya UV boleh mencecah sebanyak tu..
tapi tu lah..terima aje..
akan buat yg terbaik lagi pasni..
slmt berpuasa bro…
usaha tu yang penting..
selamat berpuasa untuk bro juga..
satu perkongsian yang menarik, betul apa yang diperkatakan. keyword yang mengikut permintaan semasa juga memudahkan kita memperolehi trafik yang tinggi.
aku ingatkan sebelum puasa keyword tu top.. hehe
whoa, byk trafik bro, bleh convert nih. hoho. nice bro. mmg seronok conquer local search, competition pun xbyk
bro, exchange blogroll? ade bran? wahaha
tak pasti lah boleh ke tak bro, sebab yang masuk nak cari waktu berbuka puasa.. hehe.. blogroll tak buka lah bro.. hehe
salah satu sebabnya banyak traffic masuk sebab loading blog ini yang laju
oh. ye ke bro.. loading blog main peranan gak ke untuk trafik?
hahaha….. tgk la theme apa yg admin ni pakai.
Kata org, tak kenal maka tak cinta..
bleh convert bro, visitor smue prospect, org yg cari waktu bbuka tu org yg sama nak braya, promo la produk yg bkaitan raya ke ape, byk skunk kua
hehe.. betul gak tu.. anyway, ada something wrong lah kat site aku ni.. td aku dpt kesan ada ayat Report Attack Page bila aku tgk source kod.. apa maksudnye tu? sekejap td terus tak leh buka blog ni..
hoh, xtau ah. cube ko try check javascript code mne2 yg ko ltak kat blog ni. xpun cuba usha review blog ko kat google webmaster
dah check dah.. x jumpe lak.. kt google webmaster ok jer.. pening2.. mcm ne boleh ada satu ko yg domain dot ru bila aku view source..adui..
yup memang satu teknik yang paling berkesan bila tulis entri guna keyword yang permintaan tinggi..mcam sekarang,orang tgh kuat searh pasal cinta kirana dan epilog syurga cinta..tp pelik la sy bila blog sy yang lain berusia seminggu dah diindex guna keyword cinta kirana..mb sebab faktor lain atau faktor keyword?
Mesti banyak traffic masuk dari keyword cinta kirana ni kan? blog yg lain tu blog mana, apa url nya? nak tgk gak.. maybe kebetulan robot google sedang berjalan kat blog tu..
TQ…saya cuba tips ini…
Sama-sama.. silakan..
gila kentanlah ..ramai bro visitor ko.. bagus tips ko tu..
ko guna software apa nak tengok keyword macam dalam gambar tu bro.. kasi tahu sikit..
Tu bukan software bro.. tu plugin..
salam..
perkongsian yang menarik
terima kasih info yang berguna
dan kena peka dengan faktor
semasa..ibarat orang mengantuk
di sorongkan bantal..he he
Wslm..
betul tu, sentiasa kene peka..
sekarang byk isu-isu hot..
trafik mencurah-curah la nampaknya hhu
Hehe..
begitulah jadinya..
terima kasih coz sudi berkongsi. saya akan gunakan tips ni utk blog dot com saya. blog skang ni blog kesihatan, so nak cari keyword terhad sikit
Sama-sama..
moga perkongsian ini berguna..
Bulan puasa 2011 bakal menjelma dah, selamat berpuasa…huhu~
Selamat berpuasa gak bro..
Kalau blog kita dah ada keyword yang bagus. Teruskan entry atau kaitkan entry dengan keywod tu. Mesti kencang. TQ atas perkongsian.
Betul tu bro..
Sama2 bro..