Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan

Saya sendiri pun tidak tahu Apa yang menarik di Busan Korea. Negara sendiri pun tidak habis melawat lagi.

Susah nak jawab jika kita tidak pernah bercuti kesana. Setakat membaca di blog travel dan mendengar dari cerita rakan-rakan sahaja tidak mencukupi untuk mengetahui lebih tentang Busan.

Hati siapa yang tidak teringin melawat bandar kedua terbesar di Korea ini. Pemandangan laut, pantai yang cantik, arkitektur bangunan yang menarik dan budaya yang berwarna warni.

Saya tidak pernah bercuti ke luar negara. Entah bila dapat peluang melihat negara orang. Teringin juga merasa suasana winter disana, berbeza dengan cuaca negara kita yang panas dan hujan sahaja.

Semasa buat research tentang Busan banyak tumpuan diberikan kepada pantai-pantai yang menarik. Bukan tidak ada pantai di Malaysia, cuma hendak melihat apa beza pemandangan dan keunikkan pantai disana sehingga penuh orang datang melawat dan menjadi tarikan utama pelancongan.

Faktor lain kemajuan bandar dan ekonomi. Korea antara negara pengeluar terbesar teknologi juga. Kita banyak diperkenalkan produk dari Korea. Semakin popular di Malaysia.

Ini satu peluang melihat sendiri cara mereka mengendalikan produk keluaran mereka ke pasaran antarabangsa.

Kebudayaan yang berbeza, itu sudah pasti. Tidak salah jika kita cuba mengenali budaya, agama dan cara kehidupan mereka yang mungkin jauh berbeza dengan kita.

Melihat sendiri kemajuan, cara kehidupan seharian, penempatan dan budaya mereka sebagai satu sumber ilmu pengetahuan dari geografi.

Korea juga satu negara yang pernah dijajah Jepun. Pasti banyak peristiwa dan kesan peninggalan sejarah yang boleh kita ketahui lebih terperinci tentang peristiwa hitam putih yang negara mereka alami semasa Korean War dahulu.

Jika kita baca tentang Busan terlalu banyak informasi yang akan kita dapat. Cukup untuk kita merasa teruja dengan tarikan yang ada disana.

Dalam hidup, kita perlu dedahkan diriĀ dengan sesuatu yang baru dan mengetahui tentang dunia luar. Satu kerugian jika berpeluang tetapi kita lepaskan. Semakin jauh kita berjalan, semakin luas pengalaman yang kita dapat.

Ditambah lagi sekarang agak mudah untuk berjalan ke luar negara. Pelbagai pakej murah yang disediakan oleh syarikat pelancongan dan penerbangan.

Aktiviti pelancongan menjadi tumpuan besar sebahagian rakyat di Malaysia. Kita boleh lihat banyak agen dan syarikat pelancongan berlumba-lumba mempromosikan pakej percutian mereka. Bahagian kita hanya kumpul duit dan masa sahaja.

Walaupun faktor wang mungkin salah satu penyebab yang menyekat kita dari melihat dunia luar tetapi teknologi internet sekarang cukup besar untuk kita mengetahui apa yang berlaku diluar sana.

Untuk kukuhkan lagi alasan Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan adalah untuk merasai sendiri pengembaraan dan pengalaman ditempat orang.

Contest Winter In Busan anjuran Blooggers.com dan MajalahLibur peluang yang mungkin boleh merealisasikan impian saya. Itupun kalau ada rezeki.

6 thoughts on “Kenapa Saya Nak Bercuti Ke Busan”

  1. Salam perkenalan azuanrazi.com.Saya Kak Anie yang baru menceburi dunia blogging.Ingin juga nak tahu..banyak banyak negara , kenapa BUSAN.?
    Kenapa tidak SEOUL..tapi jika berpeluang elok la berjalan jalan keluar negara sebab jauh perjalanan banyak pengalaman.
    kak Anie recently posted…Persahabatan Hingga ke JannahMy Profile

  2. Busan memang cantik and terkenal dengan laut. Betul la tu, kalau ada peluang memang nak sangat travel sana sini ni. And one more thing pasal Busan ni, dia punya seafood yang sangat fresh dan mudah didapati. Boleh kata akan mengalami gaya hidup sihat di sana sebab geografi tempatnya yang agak berbukit-bukau. Hee. šŸ˜€

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge