Kak Red makin ramping setelah menggunakan Premium Beautiful. Oh, pujian aku bukanlah ada udang disebalik batu. Tapi aku ingin berkongsi kajian kes blog redmummy mengenai On Page SEO untuk kata kunci Premium Beautiful. Aku juga tidak dibayar untuk membuat kajian kes seperti ini. Sebelum tu, Terima Kasih kepada Kak Red kerana aku salah seorang daripada pemenang Contest Meletup Top Top hasil dari entry panas aku yang lepas, iaitu Review Blog Redmummy.
Sebenarnya aku tak sangka boleh menang, sebab aku turut serta bukan kerana teringin nak join contest, tetapi ingin mengambil peluang yang diberikan oleh Kak Red. Memandangkan aku dah menang, jadi eloklah aku pula memberi sedikit buah tangan kepada Kak Red. Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Menerima (betul ke perumpamaannya?). Buah tangan ini juga khas untuk pembaca blog azuan.
Aku ada baca entry Kak Red mengenai Premium Beautiful, aku tak pasti samaada entry tersebut entry berbayar ataupun dia sendiri yang menjual produk Premium Beautiful kerana entry itu di sticky. Aku agak dia yang menjual produk Premium Beautiful kerana terdapat form order produk tersebut diakhir entry. Secara peribadi, aku suka cara Kak Red mengarang entry tersebut, sebab kuasa membeli dari entry itu sangatlah tinggi.
Tidak mustahil dia boleh buat duit dengan banyak hanya dari blog, malah menarik ramai pengiklan. Cuma entry itu masih terdapat kekurangan dari segi On Page SEO. Jadi apa kaitan entry tersebut dengan kajian kes aku mengenai On Page SEO. Aku akan bermula dengan kata kunci (nama produk) yang digunakan iaitu Premium Beautiful.
Persaingan Kata Kunci Premium Beautiful
Berdasarkan carian terhadap kata kunci Premium Beautiful dengan menggunakan search engine Google.com.my, dapat dilihat secara kasar terdapat 26 juta persaingan. Tetapi korang jangan percaya dengan nilai 26 juta kerana ianya tidaklah seperti yang dilihat. Manakala entry Premium Beautiful by Redmummy tersenarai di page kedua. Satu permulaan yang agak baik setelah dia mengikut cadangan aku untuk mengubah tajuk supaya lebih mesra SEO. Jadi, itulah hasilnya. Contoh mudah persaingan kata kunci keyword tersebut seperti gambar dibawah.

Persaingan sebanyak 25 juta sejak entry ini ditulis. Tetapi jangan terpedaya dengan nilai yang dinyatakan.

Menggunakan teknik carian yang lebih detail, maka kata kunci premium beautiful tidaklah mempunyai persaingan yang tinggi. Masih mudah untuk memasuki muka surat pertama search engine jika menggunakan teknik yang betul.
Permintaan Terhadap Produk Premium Beutiful
Carian ataupun permintaan terhadap produk Premium Beautiful boleh dikatakan agak memberansangkan. Tapi bagi Kak Red, aku rasakan dia hanya mengharap kuasa membeli produk yang dipromosikan hanya dari pengikut blog dia sahaja, bukan dari New Visit yang betul-betul perlukan produk tersebut. Aku ada bukti kukuh dengan kenyataan ini iaitu dia tak optimumkan On Page SEO dalam entry tersebut. Kenapa tidak gunakan kuasa SEO untuk mendapat pembeli yang betul-betul berminat? Sebagai contoh, lihat gambar dibawah yang mempunyai 1000 permintaan (anggaran kasar) dalam sebulan.

Sejak produk Premium Beautiful dikeluarkan, ianya makin dikenali. Buktinya dpaat dilhat pada Graf berwarna hijau yang semakin meningkat.
Kata Kunci Berkaitan Dengan Premium Beautiful
Berkaitan dengan kata kunci Premium Beautiful, pelbagai cadangan yang berkaitan/berkenaan/bersangkut paut telahpun dicadangkan oleh Google. Ianya sudah pasti sangat berguna supaya penggunaan kata kunci tersebut dapat divariasikan sekaligus memantapkan entry tersebut dari segi On Page SEO. Contoh cadangan kata kunci dan Related Searches seperti gambar dibawah.
Kekurangan On Page SEO dalam entry Premium Beautiful by Redmummy
Walaupun entry itu dapat menghasilkan kuasa membeli cukup tinggi kerana bukti keberkesanan produk Premium Beautiful turut didedahkan, tetapi masih terdapat kekurangan dari segi On Page SEO seperti Tajuk, Descripton, Image, dan Keyword Density. Bold, italic, dan underlined pada sasaran kata kunci juga merupakan Teknik On Page SEO.
Tajuk Entry
Sebenarnya tajuk entry yang perlu dipaparkan dalam search engine boleh dimantapkan lagi dengan menggunakan plugin All In One SEO Pack ataupun Platinum SEO Pack. Manakala tajuk entry untuk paparan browser masih boleh dikekalkan. Disamping itu, ayat pada perenggan pertama seharusnya mempunyai kata kunci yang disasarkan. Berikut ialah contoh tajuk yang dicadangkan;
Tajuk: Premium Beautiful Corset Murah & Testimonial by Redmummy
Description Entry
Berdasarkan pemerhatian, Kak Red tidak memberi tumpuan untuk mengoptimizekan meta description yang perlu dipaparkan dalam search engine. Description yang menarik dan relevan boleh menarik perhatian pencari maklumat sekaligus boleh menghasilkan klik yang tinggi terhadap entry tersebut walaupun tidak tersenarai di nombor satu. Tajuk entry dan description yang perlu dipaparkan dalam search engine memainkan peranan yang penting. Berikut contoh description yang dicadangkan;
Description: Premium beautiful corset menjadikan bentuk tubuh badan Kak Red semakin ramping. Dengan harga promosi premium beautiful yang murah dari Kak Red, semua orang mampu milikinya.
*Descripton untuk paparan search engine haruslah menarik dan mempunyai beberapa sasaran kata kunci yang digunakan.
Berpandukan kepada gambar diatas;
- Tajuk entry asal, masih boleh dikekalkan.
- Ayat dalam permulaan perenggan seeloknya mempunyai sasaran kata kunci.
- Title dan Description yang akan dipaparkan dalam search engine. Pastikan mesra SEO dan menarik.
- Kelebihan meta index yang ada pada plugin Platinum SEO.
Image Entry
Sebenarnya image yang digunakan turut memainkan peranan dalam proses On Page SEO. Tetapi image dalam entry kak red memang tidak dioptimizekan dengan sebaiknya. Cara optimize image yang bagus ialah mempunyai kata kunci dalam alt tag dan title. Image yang disimpan juga seharusnya mempunyai kata kunci. Sebagai contoh lihat gambar dibawah.

Dapat dilihat bahawa nama image, alt, dan title mempunyai sasaran kata kunci. Image tersebut akan jadi lebih mesra SEO.
Keyword Density
Berdasarkan kefahaman aku, keyword density ialah keyword yang diulang penggunaannya dalam entry dan berapa peratus keyword yang disasarkan itu digunakan dalam entry. Keyword density yang bagus ialah 2% hingga 3% bagi search engine Google.
Rumusan.
Mendapat tempat pertama dalam search engine merupakan impian semua blogger. Tanpa teknik yang betul, agak sukar untuk melangkah masuk ke page hadapan search engine. Menggunakan teknik On Page SEO yang betul sudah cukup untuk menempatkan entry di muka surat pertama search engine. Tetapi teknik Off Page SEO tidak dapat dipisahkan dengan On Page SEO ibarat isi dengan kuku. Kedua-dua teknik itu penting dan jika teknik tersebut digabungkan, ianya akan memberikan keputusan yang Bombastik!
Aku yakin dengan kebolehan Kak Red untuk mengarang entry dengan gabungan variasi kata kunci yang dicadangkan oleh google. Semoga entry ini memberi suntikan untuk Kak Red melakukan tranformasi supaya terus maju. Buat pembaca blog azuan, semoga korang dapat sesuatu yang berguna. Mungkin selepas ini Kak Red boleh cuba amalkan cara penulisan dengan menggunakan teknik On Page SEO disamping masih kekalkan ciri-ciri yang ada pada penulisan Kak Red.
Kesannya dua dalam satu (mendapat tempat di search engine (New Visit) dan mendapat tempat dihati pembaca/pengikut). Kesan yang paling besar, Kak Red boleh naikkan harga untuk sponsored post.
p/s: Tidak mustahil entry ini dapat masuk page 1 google dengan kata kunci Premium Beautiful.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!







{ 85 comments… read them below or add one }
pergh, memang terbaiklah bro. aku kena belajar lebih lagi ni. nnt ada masa aku study balik semua benda ni. hope bro dapat membantu.
Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Menerima << bukan Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi Kita Merasa ke bro? hehe
baguslah mcm tu bro..
emm, org memberi kita beruntunglah.. hehe
hehe, tak kenalah bahasa dengan untung…apo ler bro…hehe
Tak kisahlah apa-apa pun..
janji sampai maksudnya..
wah…redmummy lagi….
buah tangan untuk beliau..
wah tu dia detailnya…blh kongsi dgn kwn2 yg lain nie
Boleh jer kak yan..
silakan..
aku semakin faham menggunakan seo plugin ni
Baguslah macam tu..
nanti boleh praktikkan
Kena lebih serius untuk berblog. Terima kasih untuk entri yang sarat dengan ilmu ni.
Sama-sama bro..
harap ianya berguna..
ko mmg hebat bab2 seo bro..terperinci..tabik spring..hehehe
memang tabik spring tahap cipan utk bro azuan
Biasa jer bro..
hasil dari pengalaman..
nak seo lagi -_-
Insyaallah..
sedikit demi sedikit akan didedahkan nnti..
hehe kebetulan plak ak tgh rank keyword nie utk client aku..
x dinafikan on-page seo penting tp yg lebih penting sbnrnya off-page seo. klo xde on-page seo tp off-page seo mantap ttp bleh rank..
tp utk keyword nie mmg sng sgt …=)
Bergantung pada keyword..
kalau keyword kurang persaingan (tak ramai yg optimize), teknik On Page SEO pun dah cukup..
melainkan kalau keyword yang banyak persaingan, barulah perlu guna kedua-dua teknik ni..
Off page seo? yang saya tahu berdasarkan backlink.. Bagaimana tuh bro? Boleh cipta satu entri mengenai off page seo..
Betullah tu.. Kualiti backlink..
Of page SEO ni main peranan 90%..
Bro, hang ni gila apa? Review entry org. Haha.
Jangan marah bro. memang berguna
Detail gila
Harap berguna untuk bro..
ooh gitu yer.. sbb kalu ikutkan SEO ni banyak mende kt kene tgok..
nti leh review blog akak ek kekeke… (tamau la malu i blog kecil2 an je)
hehe thnx!
Asasnya macam tu lah..
Sama-sama mummy..
memang cukup terbaiklah bro…kagum aku dgn details yg bro tulis…terima kasih byk2…suke betul aku…hehe
tahniah menang contest tuh…:D
Sama-sama bro..
moga ianya berguna untuk bro..
Thanks bro..
Review terbaik bro.. bukan setakat dapat bantu untuk baiki SEO blog redmummy, tapi juga bguna untuk rakan2 lain..
A’ah bro.
itulah tujuan utamanya..
untuk berkongsi kepada orang lain juga..
Info yang lengkap lagi terperinci. good job bro. mana nak cari keywords tool yg ada local search trends tu ek?
Guna google adword keyword tool.
gila..
bapak detailnya
terbaik la ni
thanks bro azuan kongsi
u r the best..!
Sama-sama bro..
tak adalah terbaik..
hanya perkongsian dari pengalaman..
harap ianya berguna..
ha ah..
memang berguna..
tq
Sangat mantap bro.. Saya telah cuba perbaiki dan Alhamdullilah banyak membantu.. Cuma yang saya cuba adalah keywords “20102010″ Memang tidak dapat saingan
mungkin kerana pr kot
Oh.. keyword 20102010 ek..
angka menarik tu.. tengok ramai gak yang buat entry 20102010 ni.
detailnya case study. bagus untuk pembelajaran
guna tool apa ek nak check permintaan keyword tu?
Guna tool free jer dari Google..
Google Adword Keyword Tool
Assalamualaikum,nice sharing bro thank q,baru bro ayie fahami
,thank q so much
.
Wslm..
baguslah dah faham..
sama-sama bro..
case study macam nie mmg sangat masyuk…jelas apa yang tak kelihatan…
Bagus lah mcm tu bro.
harap ianya berguna..
msih newbie..haha
Tak apa bro..
belajar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit..
banyak lagi nak kena study pasal SEO ni yer..adooiyya ranking punya pasal,belajar jelah..hehehe
tp kan bro,nak tanya la..Betul ke orang cakap tak payah promote blog,just guna teknik SEO yg berkesan pun dah boleh ranking tinggi?Maksud sy hanya guna teknik On page seo..
sy kurang reti sikit bab2 seo ni..hhehe
Teruskan belajar ok..
Memang betullah tu..
tapi untuk dapatkan teknik On Page yg berkesan tu bukannya mudah..
memang terbaik la entri ni, bro nanti share lagi, best2, hampir 80% telah aku lakukan ada 20% lagi aku kena kaji balik dan praktikkan
Insyaallah, ada kelapangan nanti akan dikongsi lagi..
bagus bro, teruskan mengkaji..
fuh… mantap gak penerangan ko ye.. hehe, aku rasa benda nie berguna bukan untuk redmummy jer.. tapi untok semua orang..
Sekadar perkongsian dari pengalaman..
harap ianya bermanfaat..
mmg bermanfaat.. hehe mintak tunjok ajar.. hohoho..
wah..bagus klu ada wanita yg mmbli tak rugi hee..suri ada bli gak mmg best heee..
Ye ke suri.
macam mana? ada perubahan tak?
makin mantap?
macam-macam nak kena buat eh kalau nak optimasikan blog.. leceh jugak
A’ah lah bro..
kalu sekadar suka-suka berblog..
tak perlu pun tak apa..
salam. saya masih baru dalam blog dan ingin membuat sales thru blog.
harap azuan boleh membantu dengan review blog saya. bagaimana nak mendapatkan kuasa SEO.
ini blog saya
cdmidawati.blogspot.com
terima kasih
Wslm…
Maaf lambat reply.. Kalau blogspot, sy kurang skit utk buat review..
tapi kalau dari segi SEO, cdmida boleh cuba fahamkan entry ini..
dlm entry ni sy dah ada bagis tips2 utk seo.
erm men seo. hbt bro. conferm masuk carian yg pertama. ehe
Tak adalah bro..
biasa-biasa jer..
terbaik.. dpt cedok ilmu seo kat sini..
Pandangan dari pengalaman jer bro..
baguslah dpt cedok ilmu tu..
nice case study bro! I like it. aku dah agak jemu dgn SEO ni. dulu boleh la selalu habis masa research content, optimize sana sini, sekarang kurang sikit, membazir masa. kebanyakan blog aku sekarang lebih fokus menulis untuk manusia, bukan robot. bila usha analytics, resultnya mmg not bad, trafik datang mostly by referring site, sama balance dengan search engine.
Aku pun mcm tu gak bro..
dah jarang dah.. lainlah kalau ada contest SEO.. hehe
Skrg ni pun aku rasa kalau menulis terlalu byk bold dan link dlm content dah rasa mcm menulis utk robot.. hehe
kalau kena caranya, memang mudah nak lepak kat search engine.
wah , lengkap penerangan abg azuan ni,
kalau kak redmummy ni improvekan seo di postnya mesti jualan gempak kan. hehe
terutama image alt !
Itu lah..
semua tu tak mustahil..
Cite pasal SEO nak tanya bro. Apa pendapat pasal plugin SEO dari yoast? Kalau untuk SEO aku suka pakai Yoast la.. Sebab dia punye Snippet Preview mmg jelas.. Kita tau apa meta description yang akan keluar kalau orang type keyword kita. Jadi kita tak perlu tulis panjang jela meta description tu.. Sbb meta description akan keluar masa search result cuma 138 character je.
Kalau topik plak cuma 70 character je.. What say u Webmaster?
Mmg ada pernah tengok plugin SEO dari Yoast ni..
secara peribadi sy boleh katakan plugin ni mmg cukup lengkap utk segala proses On Page SEO.
Rugi kalau tak guna..
cuba belajar diblog ini,masih tidak faham,dan akan datang lagi nak belajar dan belajar lagi.
Ok.. bagus lah macam tu.. boleh cuba slow2..
apa itu SEO?Dan bagaimana untuk membuat SEO?saya budak baru belajar…
Sebenarnya maklumat mengenai SEO mmg dah banyak ada.. taip jer di google, search “apa itu SEO”, byk maklumat yg ada..
tak apa, slow2 belajar…
azuan..bee dah sampai erm nampaknya kena geledah blog awak nih..tips g sangat berguna dah lama cari cara yg betul untuk belajar SEO ni ….thankssss…
emm, most welcome..
harap tips yg ada di sini berguna utk awk..
bagus betol entri ni..banyak ag yang masih perlu aku pelajari..huhu
Tak pe bro.. pelan2 belajar…
Info neh berguna sangat2.. thanks.
Sama2 bro…
info terbaek !!!
Saya guna plugin wordpress seo by yoast. bagus ka plugin tu di banding dengan all in one SEO pack?
untuk penggunaan gambar. mana lebih baik untuk file gambar. lelaki_kacak.jpg atau lelaki-kacak.jpg? buat masa sekarang, saya biasa gunakan lelaki_kacak.jpg
Wordpress SEO by Yoast pun bagus. All In One SEO Pack pun bagus.
Blh pilih nak guna yg mana. Cuma cara setting tu samaada mudah atau susah.
Rasanya file gambar tu, dua-dua tu tak ada masalah. tp sy lebih suka guna file gambar mcm ni: lelaki-kacak.jpg
hahaha..kenapa la lelaki kacak menjadi contoh juga ya. makin merebak dah lelaki kacak ni.
Saya nak cuba guna All in SEO pack tu juga tapi malas la nak export import data semua lagi. Takut lagi ada conflict ka apa.
Untuk gambar sebelum ni saya biasa guna lelaki_kacak.jpg tapi lepas ni saya akan guna – dari _ sebab yang _ perlukan shift + -, menyusahkan sedikit. hehe
hehe..
utk 2 bulan ni keyword lelaki kacak akan jd panas skit.
Ok.. cuba lah bro..
Platinum SEO pun ok gak kalu nak cuba.
Hehe.. cool je kan idea tu..
lepas ni kita bagi panas keyword perempuan jelita la pula. haha.. platinum SEO tak pernah pla cuba. takpa, nanti saya buat perbndingan setiap plugin SEO.
Alhamdulillah hr ni saya dapat ilmu sangat berguna dgn en. Azuan..tq atas tips yang berguna..:)