Ikan Patin Buah Masak Asam Tempoyak

Ikan Patin Masak Asam Tempoyak Memang Sedap

Sebelum puasa hari tu saya sempat turun ke Kuala Lumpur. Tujuan asal nak hantar baby parrot pada pelanggan sambil itu melawat makcik sedara yang sedang sakit.

Kebetulan dalam masa yang sama dapat jemputan menjamu selera ikan patin di Samudra Exotic River Fish Restaurant bersama rakan blogger. Orang kata rezeki jangan ditolak,

Saya memang suka sangat makan ikan air tawar. Dapat pula mencuba di salah satu restoran ikan patin terbaik di Kuala Lumpur.

Ikan Patin Buah Masak Asam Tempoyak

Sampai sana kami disambut oleh Encik Kamarul Ariffin Managing Director Restoran Samudra Exotic River Fish.

Kami berpeluang mendengar usahawan patin ni berkongsi pengalaman beliau berniaga restoran ikan patin yang diwarisi dari keluarga beliau sejak turun temurun lagi

Dapat juga belajar dan kenal spesis ikan patin ini. Memang banyak jenis ikan patin ada. Harga juga berbeza-beza, ada yang mencecah ribuan ringgit.

Bagaimanapun ikan air tawar ini walau mahal macamanapun jika tidak pandai cara memasak tidak guna juga.

Bukan semua pandai masak ikan patin. Teknik memasak kena betul, silap masak akan rasa hanyir dan lumpur. Jika benar-benar pengemar tegar ikan air tawar mereka tidak kisah bayar mahal janji sedap.

Saya memang tidak tahu langsung masak ikan patin ini, hanya tahu makan sahaja.

Samudra Exotic River Fish Restaurant

Samudra Exotic River Fish Restaurant

Restoran Samudra Exotic River Fish terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur iaitu di Kg Baru.

Suasana restoran yang sangat santai, bersih dan tenang. Memang selesa menjamu selera disitu. Ramai juga pelanggan yang datang walaupun dah petang.

Restoren Samudra Exotic Kuala Lumpur

Pada mulanya saya ingatkan pasti mahal makan disitu. Tetapi apabila saya lihat senarai harga dalam menu tidaklah mahal sangat. Jika nak makan setiap hari masih mampu lagi.

Cuma harga ikan sahaja mengikut harga pasaran.

Senarai Harga Samudra Exotic River Fish

Semua ikan disitu adalah ikan air tawar segar, bukan yang beku seperti kita beli di pasaraya. Menu pula tidak terhad pada ikan patin sahaja.

Ada pelbagai menu Ala Carte. Jenis masakan lebih kepada masakan kampung yang mungkin sukar nak dapat di Kuala Lumpur sekarang.

Kami dijamu dengan menu masakan yang paling popular di Restoran Samudra Exotic River Fish.

Antaranya ikan patin asam tempoyak, patin bakar, ikan krai goreng, kelah goreng, gulai rebung, ayam kampung, cendawan kukur masak lemak cili api, sambal tempoyak dan banyak lagi menu popular yang memang menyelerakan.

Hidangan Menu Ikan Air Tawar

Patin buah masak asam tempoyak paling sedap. Ini adalah antara Patin buah tempoyak yang terbaik saya pernah rasa. Memang sedap sangat, kuah dia pedas cukup menyengat, memang puas hati.

Isinya yang lembut dan tidak berbau, cukup sempurna cara masakan sampai kuah pun saya hirup… Memang terbaik.

Sebelum itu saya bagi amaran dahulu. Patin buah dan patin muncung harganya agak tinggi. Sebaiknya anda tanya dahulu harga sebelum membuat pesanan kerana harga kedua-dua jenis ikan ini antara yang termahal.

Tidak silap saya ada yang memcecah RM180/ sekilo dipasaran.

Pulut Tapai Ice Cream

Selepas makan nasi berhidang, dijamu pula dengan pencuci mulut yang memang popular di Pahang iaitu tapai pulut dengan ice cream.

Secara keseluruhan, memang puas hati makan di Restoran Samudra Exotic River Fish. Semua masakan tiada cacat cela, sedap-sedap belaka dan kena dengan citarasa saya.

Samudra Exotic River Fish Restaurant

61, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Tel: 03-2693 4526

Fb Page : https://www.facebook.com/SamudraPatin

Waktu Operasi : 7.00am – 10.30pm

Promosi Buffet Sarapan Pagi

Disamping itu mereka juga menyediakan Buffet Sarapan Pagi RM5.00/pax sahaja.

Dari pukul 7.00 am – 10:30 am setiap hari. Lebih 20 jenis makanan disediakan, boleh makan puas-puas. Cuma bulan Ramadhan sahaja hanya dibuka dinner iaitu waktu berbuka puasa.

Siapa yang suka ikan air tawar saya cadangkan anda patut mencuba masakan di Restoran Samudra Exotic River Fish.

Saya jamin anda pasti suka… Memang terbaik.

3 thoughts on “Ikan Patin Masak Asam Tempoyak Memang Sedap”

  1. Assalamualaikum. Ikan patin memang sedap. Dagingnya lembut, halus. Bahagian perutnya berlemak dan sangat lazat.

    Tapi saya pernah terkena patin yang hanyir. Jadi ragu² bila nak makan masakan ikan air tawar di kedai makan. Lebih selesa masak sendiri. Menu kegemaran jika masak sendiri ialah patin masak tomyam.

    Ni dah ada review boleh lah cuba di masa yang lain. 🙂

    Terima kasih utk reviewnya.
    Syazana Jamaludin recently posted…Hadis 15: Mukmin Berkata Yang Baik Atau Diam.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge