Google Page Rank Update

Google Page Rank Update? Blog Azuan Berstatus PR5

Aku tak pasti samaada korang perasan ataupun tidak berkenaan dengan Google Page Rank Update. Berdasarkan ramalan, Google akan Update Page Rank pada akhir bulan September ataupun awal bulan Ogos 2010.

Tapi apa yang aku tak sangka ialah blog azuan dikurniakan Page Rank 5 (PR5) oleh Google pada 14 September 2010. Aku rasa itu mungkin Minor Update, aku juga check untuk blog aku yang lain dan juga blog para blogger yang lain, tapi ternyata belum tiada perubahan Page Rank.

Cuma ada dua website untuk backlink ke blog aku yang berubah Page Rank dan turut mendapat PR5 dan PR6. Semalam semasa Google sedang melakukan update Page Rank untuk blog azuan, aku sempat untuk lihat samaada betul ataupun tidak dengan membuat Checker untuk semua Data Center Google Page Rank, dan hasilnya seperti gambar dibawah.

data center google page rank blog azuan

Aku bukan nak menunjuk-nunjuk, cuma aku nak buat kenangan serta merakam prestasi blog azuan disini. Tapi aku turut berbangga apabila usaha aku membuahkan hasil. Walaupun belum tercapai target untuk merasa PR7, aku tetap bersyukur sebab blog azuan dapat balik PR5 setelah berstatus PR4 sebelum ini.

Kelebihan Google Page Rank Yang Tinggi:

  • Tanda sesuatu blog itu mesra SEO
  • Google lebih mesra dengan blog korang
  • Mendapat perhatian lebih dari Google
  • Entry yang baru dipublish lebih cepat di index Google
  • Entry blog mudah mendapat Ranking yang bagus di Engine Carian
  • Teknik Meta Marketing lebih berkesan
  • Authority blog anda lebih tinggi
  • Mudah mendapat advertiser
  • Semestinya mudah buat duit dengan blog
  • Seterusnya??? korang pula yang bagi pendapat

Apa yang aku nyatakan diatas ialah berdasarkan pengalaman aku. Tapi aku cukup tertarik mengenai buat duit dengan blog akan menjadi lebih mudah apabila dikurniakan Page Rank yang tinggi. Kelmarin aku baru sahaja mendaftarkan blog azuan untuk satu program XXX, sekarang masih menunggu blog aku di approve oleh pihak program XXX.

Percaya tak korang bahawa program XXX ialah program duduk diam-diam dapat duit dan dengan hanya meletakkan banner pada blog sudah dapat memberikan $$$ pada blog korang. Tapi dengan bersyarat, iaitu blog korang mestilah mempunyai minimum PR3 serta berdaftar dengan program XXX. Semakin tinggi PR blog korang, semakin tinggi bayarannya.

Aku harap pihak program XXX cepat-cepatlah approve blog azuan. Kalau murah rezeki, program XXX pula menjadi sponsor kepada blog azuan dengan USD50 sebulan. 🙂

131 thoughts on “Google Page Rank Update? Blog Azuan Berstatus PR5”

  1. saya sangat bangga dan terkesima dengan blog ini,rank 5..apa web ini karena mengkaji business online makanya jadi dapat rank 5…ini perlu dikaji

  2. PR5?Ya Allh saya ni blogging dah setengah abad,still PR 1..hehe maybe sebab malas nak blogwalking and tak tahu sangat nak seo kut..please share ilmu untuk seo..

    anyway tahniah yer:)

    1. Emm, thanks farah.. sy pun baru lagilah blogging ni..
      nanti blog farah tu naiklah PR1.. belum masanya lagi..
      Tipsnya, buat backlink yang berkualiti..

    1. A’ah bro.. backlinks yang berkualiti..
      maksud kualiti ni, backlink yg dofollow, mempunyai PR, dan kurang link spam.
      betulah tu bro.. bro ada join juga ke program XXX tu?

    1. Thanks bro.. biasa2 jer..
      bgs lah jeles tu.. nnti blh jadi pembakar semangat..
      aku pun maybe berat naik gak ni..
      mkn byk ngat.. hehe

  3. aku dah check balik PR blog ko, jadi PR 4 dah.. tapi kira mantap r tu banding aku PR 0.. haha.. cam payah je even nak dapat PR 1.. guna blogspot dulu senang je dah PR1..

  4. tak pernah lagi blog-blog aku dapat lebih dari PR3..bila la agaknya tu dapat merasa..kalau dapat PR4 ke atas tu…mak ai..USD300-USD1000 sebulan pun boleh dapat..adeh..

  5. hai azuan,
    salam kenal 😉

    maaf, saya dah cek PR blog awk bru ni dan dapati ia PR3, kenapa menurun?
    atau maaf klu sya silap cek..

    dan PR tu tak consistent ek, leh naik dan turun?

    correct me if i’m wrong…
    sy blogger baru dan bile cek dah PR3?
    cam tak caya lak…

    1. Hi Noriz..
      Salam kenal gak..

      Kenapa menurun? sbb dah pernah merasa dpt PR5. 🙂

      Bila ada Google update PR, hanya tiga kebarangkalian je yg blh berlaku iaitu samaada PR kekal, PR jatuh, dan PR naik.

      Dah dpt PR3 tu bagus tu… 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge