Tahniah buat pasukan Germany dan pasukan Spain yang telahpun layak ke peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010. Pada aksi suku akhir Piala Dunia 2010 iaitu perlawanan antara Germany Vs Argentina telah membuktikan yang Germany cukup hebat apabila menang bergaya menewaskan Argentina 4-0. Sekaligus memberikan harapan untuk Germany beraksi lebih baik menentang Spain pada separuh akhir nanti. Manakala Uruguay dan Netherlands telahpun berjaya menempah tiket ke peringkat separuh akhir.
Gol permulaan pasukan Germany dihasilkan oleh Thomas Mueller pada seawal minit ke 3. Miroslav Klose pula dengan bergayanya menjaringkan dua gol pada minit 68 dan 89. Manakala Arne Friedrich berjaya menjaringkan satu gol pada minit 74. Walaupun penguasaan bola sepanjang perlawanan berlangsung memihak kepada Argentina, namun pertahanan Argentina tidak begitu kukuh kerana mudah dilepasi oleh penyerang Germany. Tapi akhirnya Germany telah membukti yang pasukannya cukup hebat dan harus digeruni apabila berjaya mengalahkan Argentina.
Spain pula layak memasuki peringkat separuh akhir FIFA World Cup 2010 apabila berjaya menewaskan Paraguay dengan 1-0. Walaupun kedua-dua pasukan dihadiahkan tendangan penalti, namun peluang itu tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh pasukan tersebut apabila tendangan penalti tidak memasuki gawang Gol. Penjaga Gol Spain iaitu Iker Casillas dan penjaga Gol Paraguay iaitu Justo Villar telah membuktikan yang beliau cukup hebat apabila berjaya menghalang bola memasuki gawang Gol melalui tendangan penalti.
Tetapi akhirnya nasib memihak kepada Spain apabila David Villa berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir(83′) perlawanan sekaligus menghancurkan harapan Paraguay untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010. Akhir sekali, nantikan perlawanan hebat antara Germany vs Spain di peringkat Separuh Akhir FIFA World Cup 2010 South Africa. Korang rasa pasukan mana yang akan menang?
Update 08/08/2010
Keputusan Perlawanan Separuh Akhir World Cup – Germany Vs Spain
Spain telah memenangi perlawanan di peringkat separuh akhir mengalahkan Germany dengan keputusan 1-0 sekaligus berjaya melangkah ke Final FIFA World Cup 2010 South Africa.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 3 comments… read them below or add one }
saya tetap dukung jerman menang di final bakal ketemu belanda
Tidak mustahil Jerman berjaya melangkah ke Final nanti..
mmng lh…….spain sebnrnye mng nasib sbb muller x de klau ade psty mng……..