Geng Blogger diserang Malware

by Azuan on August 25, 2010 · 57 comments in Internet,Umum

Aku pasti korang semua tahukan apa itu Geng Blogger. Geng Blogger berdasarkan taglinenya ialah “Komuniti Blogger Anda” yang beralamat di www.gengblogger.com. Bila disebut Komuniti, sudah tentu korang boleh bayangkan ianya sebagai satu tempat untuk para blogger berkumpul dialam maya disamping korang dapat ping entry blog korang disana. Ok, cukup serba sedikit pengenalan tentang Geng Blogger…

Aku cuma nak kongsi mengenai Geng Blogger bahawa website tersebut telahpun diserang Malware. Kejadian ini hampir sama dengan apa berlaku pada aku apabila blog azuan diserang malware pada minggu lepas. Aku baru perasan perkara ini siang hari tadi selepas membuat beberapa carian di search engine Google untuk beberapa katakunci dan apabila result yang keluar menyenaraikan website Geng Blogger, ianya menunjukkan satu warning seperti “This site may harm your computer.” Tak syak lagi bahawa website Geng Blogger diserang Malware.

geng blogger diserang malware

safe-browsing-geng-blogger

Dalam kotak merah itu ialah jenis/nama malware yang menyerang website Geng Blogger

safe-browsing-geng-blogger-malware

Website yang aku gariskan dengan line merah itu ialah website yang diserang oleh malware tersebut.

Kalau korang membuka website Geng Blogger melalui browser Firefox mahupun Google Chrome, korang juga akan mendapat warning seperti “Reported Attack Page!”. Jadi untuk menyelamatkan korang, elok korang keluar sahaja dari website tersebut dengan mengklik “Get me out of here!”. Korang boleh buka semula website Geng Blogger apabila masalah ini selesai. Tapi kalau korang masih nak buka website tersebut, korang boleh gunakan browser Opera yang mana ianya tidak mengeluarkan warning…

Manakala untuk pengguna yang memasang badge/banner geng blogger pada blog korang, ianya turut memberi kesan kepada website/blog korang… Korang turut mengalami masalah blog yang diserang malware, atau bahasa mudahnya blog korang dijangkiti malware bawaan Geng Blogger… Tetapi korang janganlah panik bila mendapat warning yang mengatakan blog korang ada malware, masih ada jalan penyelesaian kepada masalah ini.

Terdapat dua cara untuk mengatasi masalah ini bagi blog yang dijangkiti Malware bawaan geng blogger, antaranya;

  1. Korang perlulah membuang badge/banner Geng Blogger dari blog korang untuk sementara waktu ini. Selepas masalah ini selesai dan Geng Blogger sudahpun bebas dari mengandungi Malware, korang bolehlah memasang balik badge/banner tersebut.
  2. Untuk blog yang mengunakan domain dan hosting sendiri (self hosted), korang masih boleh memasang banner Geng Blogger tersebut, tetapi dengan syarat korang hostkan banner itu kedalam hosting korang… Maksudnya korang upload banner itu kedalam hosting koranglah. Tapi perlu diingat bahawa Google tidak suka jika di linkkan ke website/blog yang mempunyai masalah…

Aku harap masalah ini dapat diselesaikan dengan segera supaya dapat memberi kesejahteraan dan keharmonian kepada pengguna tegar Gengblogger.com. Malware ini tak sama dengan yang serang blog aku, tapi adakah tuan punya malware ini orang yang sama? Wallahualam… Entry ini juga bukan bertujuan untuk banned Geng Blogger ok.. Aku sudah mengharungi pengalaman pahit seperti ini, malahan menganggap ianya salah satu cabaran hidup seorang blogger apabila sudah terjebak dengan dunia online…

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 57 comments… read them below or add one }

1 cikmin August 25, 2010 at 11:18 pm

jangan kata gengblogger..beberapa blog blogger biasa pun ada yang dapat serangan malware ni..serba salah nak masuk ke tak…

Reply

2 Azuan August 26, 2010 at 12:52 am

Oh.. ye ke.. blog mana yang kene serangan tu cikmin?

Reply

3 Kujie August 30, 2010 at 2:09 pm

betul… ada blog yg tak letak banner geng blogger pun kena serang

Reply

4 Azuan August 30, 2010 at 6:55 pm

Oo.. mmg musim serangan malware ni.. TV3 pun kene.. blog ni pun kene..

Reply

5 mijie August 26, 2010 at 10:11 am

rasanya yang kena serang tu sebab letak banner dari hosting gengblogger la kot, blog member aku pun ada 2,3 orang kn malware dari gengblogger

Reply

6 Azuan August 26, 2010 at 10:23 am

Mungkin lah kot.. sebab rata-rata ramai yang dah buang banner Geng Blogger..

Reply

7 mijie August 26, 2010 at 10:24 am

aku jer tak buang banner gengblogger sebabnya banner tersebut host dekat blog aku sendiri, heheh

Reply

8 Azuan August 26, 2010 at 5:09 pm

itu kelebihan guna hosting sendiri tu.. hehe

Reply

9 hakimfaridzul August 26, 2010 at 1:12 am

ada je yang jahat kan???

haih~

Reply

10 Azuan August 26, 2010 at 1:17 am

Biasalah.. nak buat macam mana kan..

Reply

11 zik August 26, 2010 at 2:26 am

patutla aku tak boleh nak login.. langsung.. dah berapa bulan aku tak lepak sana… bukak memang boleh, cuma duk tengok jela.. huhu

Reply

12 Azuan August 26, 2010 at 9:18 am

aku pun kalau buka geng blogger tak tau nak buat apa.. hehe.. biasanya buat ping entry jer lah,..

Reply

13 Mama Murai August 26, 2010 at 10:13 pm

samalah.. saya selalunya ping lepas tue cabut, boleh kata x pernah hantar pesanan pun kat dalam sana. mungkin sebab tue x glamer :)

Reply

14 Azuan August 26, 2010 at 11:16 pm

hehe.. x pe x glamer pun…

Reply

15 kulanz August 26, 2010 at 5:10 am

dah lama tak jenguk gengblogger tu.. sedar-sedar dah berlaku macam tu..
harap2 admin gengblogger dapat selesaikan masalah tu..

Reply

16 Azuan August 26, 2010 at 9:18 am

a’ah bro.. harap-harap dapat diselesaikan dengan segere..

Reply

17 hyprobulksms August 26, 2010 at 10:31 am

Kepada kawan-kawan blogger yang ada linking blog-blog yang ada malware, baik anda cabut external url tu dulu,.. dah pulih baru pasang balik.

Google tak suka pada blog yang linking kepada URL yang ada malware.

Reply

18 Azuan August 26, 2010 at 5:09 pm

yer bro… betul tu..

Reply

19 Eizil August 26, 2010 at 1:03 pm

sebab tu biasanya aku tak suka hotlinking dari site lain, tapi macam kes gengblogger ni, taklerh nak buat apa aa kan, sebab memang dia aggregator, so kalau ada blog lain yang bermasalah ping entry kat situ, gengblogger pun terkena tempiasnya.

Reply

20 Azuan August 26, 2010 at 5:05 pm

emm, aku suka upload guna hosting aku jer kalau yg gambar2.. nnti loading blog pun laju..

Reply

21 bluedianthus August 26, 2010 at 1:49 pm

Baru saja pulih dari serangan malware minggu lepas azuan, tapi blog versi wordpress masih ada masalah..masalah kat hosting kot.. Tak pandai sangat ni. Siapalah yang jahat sangat ni, huhu..

Reply

22 Azuan August 26, 2010 at 4:20 pm

Oh.. warnnie pun kene serangan malware juga ke? masalah wordpress macam mana tu warnnie? blh terangkan…

Reply

23 bluedianthus August 27, 2010 at 12:48 pm

Yup, kena serangan malware kat hosting…Macam ni, 2 minggu lepas saya upload tawaran bonus untuk link affiliate saya guna FTP FileZilla, lepas dua hari terus ada warning malware kat blog bluedianthus. Dah la tu, dengan akaun autoresponder sekali tak boleh buka..sebab pasang kat hosting Nampak gayanya kena buat semua dari scratch untuk warnniemusah.com kalau dah putus asa ni. Ada juga 100 lebih subscribers kat sana..aduh…

Reply

24 Azuan August 27, 2010 at 1:09 pm

Hi warnnie..
I dah check u punya blog..
Malware u sama dengan yang serang blog azuan..
Nanti pukul 2.30 petang, contact I kalau u mahu settle kan masalah ini..
tp apa yang i boleh bagitau, malware tu serang file php..
then tujuan malware tu adalah nak sedut email yg ada pada blog tersebut..

Reply

25 bluedianthus August 27, 2010 at 1:24 pm

Oh, ye ke azuan? Ni kes nak ambil email list la ni kan.
Ada juga check kat php file, tapi tak dapat detect.
Ok, nanti akan contact azuan via ym..:)
Terima kasih..

Reply

26 Azuan August 27, 2010 at 2:32 pm

Yup..
Ok, sy dah on YM..
Sama-sama.

Reply

27 L@n@ August 26, 2010 at 4:55 pm

oh pasal geng blogger ker.. lega rasanya ade jln penyelesaian.. dah 2 hari kene serang menda alah nih .. tq sgt2..

Reply

28 Azuan August 26, 2010 at 5:08 pm

A’ah.. bagus lah mcm tu.. jangan panik-panik..

Reply

29 arynet August 26, 2010 at 6:14 pm

huh, lama dah tak ping kat gengblogger tu. tak tahu pula jadi mcm ni. hehe..

Reply

30 Azuan August 26, 2010 at 8:30 pm

harap-harap masalah tu selesai cepat..

Reply

31 ishak August 27, 2010 at 12:35 pm

hem….aku rasa geng blogger akan jatuh jika kong tak ambil peduli hal ini…,kong dah repair ke benda ni ? kontrak dengan pengiklan ?

Reply

32 Azuan August 27, 2010 at 12:44 pm

Ha? tak faham bro.. maksud kontrak pengiklanan mcm ne tu?

Reply

33 nuwa August 30, 2010 at 2:04 pm

aku baru ja nak masuk gengblogger hari ni,
tapi frust lak pasal warning tu..

lain kali ja nnti..

selamat berbuka..

Reply

34 Azuan August 30, 2010 at 6:53 pm

kalau tetap nak buka blh jer.. guna jer Opera..
Ok bro. selamat berbuka gak..

Reply

35 ahm August 30, 2010 at 3:45 pm

betul2 tu apa yg tn. blog ni cakap.. korang boleh pilih 2 pilihan yang dia bagi tu.. sementara tunggu website tu pulih sepenuhnya.. kesian admin tu tak tidor siang malam betulkan coding dia.. takda sapa yang hulurkan bantuan ke?

Reply

36 Aiza September 4, 2010 at 12:35 am

fuhh…itu ceritanya….nasib baikk…..thanx for the info…..

Reply

37 Azuan September 4, 2010 at 12:38 am

a’ah.. itulah kisahnya.. :)
ur wlcm..

Reply

38 Blog Tactic September 8, 2010 at 8:44 pm

Masalah malware di GB masih belum diselesaikan

Reply

39 Azuan September 9, 2010 at 1:15 am

Itulah.. agak lama dah tu..

Reply

40 encikbeliau September 13, 2010 at 11:39 pm

urmm..patutlah x boleh masuk gengblogger , rupanya diserang malware… so , apa status terkini dari pihak GB ?.. rasanya dah lama x bole masuk..

Reply

41 Azuan September 13, 2010 at 11:48 pm

Ntah lah bro.. nampak mcm tu jer.. tak ada apa-apa tindakan pun.. memang dah lama pun.. dekat nak masuk sebulan dah rasanya..

Reply

42 qib September 16, 2010 at 5:52 pm

saya xdak pun guna url geng blogger tapi asyik bukk laman web tu dia cakap
site under maintanence.. pasty camne eh>?? pless3333

Reply

43 Azuan September 16, 2010 at 7:23 pm

Emm, tak fahamlah maksud bro tu..

Reply

44 qib September 17, 2010 at 11:00 am

gini, masa saya nak bukak GB, asyik dapat malware detection, pastu masa saya proceed jer, website dia asyik tulis under maintainance.. macam mana tuh

Reply

45 Azuan September 17, 2010 at 3:44 pm

Oh.. website geng blogger sedang problem lah tu..
so, tak perlulah nak buka website geng blogger..
nanti bila website geng blogger dah ok..
baru lah buka..

Reply

46 Aqeem Hazmi October 8, 2010 at 2:05 pm

ape ha url yang ade kat gambar atas tu

Reply

47 Azuan October 8, 2010 at 2:37 pm

Emm, url yg mana tu? x fahamlah..

Reply

48 Aqeem Hazmi October 9, 2010 at 4:04 pm

ala yang mecam ni Contoh:http://www.azuanrazi.com/geng-blogger-diserang-malware/ mecam tu la habis tu mane awak dapat gambar tu

Reply

49 Azuan October 9, 2010 at 8:22 pm

laa..
Google jerlah gambar tu..
kan dah terang benderang gambar tu dari google search..
anyway, sy tak faham lagi apa kaitan contoh url tu..
sy tak tahu apa yg awak maksudkan skrg ni..

Reply

50 Aqeem Hazmi October 15, 2010 at 2:52 pm

oooooo

Reply

51 jajashariza July 24, 2011 at 9:17 am

sy pun kena sama mula2 panic jgk tq ye ;)

Reply

52 Azuan July 24, 2011 at 1:38 pm

hehe.. welcome..
Ok lah tu skrg dah ok kan..

Reply

53 harleena August 10, 2011 at 11:46 am

salam Azuan. Akak yang tak berapa pandai IT ni nak tanya, apasal bila akak bukak ajer blog akak, kejap2 keluar benda alah ni:

A username and password are being requested by gengblogger dot com. The site says: “temp”

Akak dah buang pun badge gengblogger tu tapi benda tu still dok ada gak. Nak buat apa ye? TQ for your help..

Reply

54 Azuan August 10, 2011 at 5:07 pm

Wslm kak..
Sy try buka blog akak, tp tak ada pula keluar benda yg akak maksudkan tu..
Sy buka tgk ok jer..

Tp akak blh cuba clear cache browser, ataupun try tukar template blogger tu, then check balik kode yg diisi dlm widget tu.

Reply

55 MrJohn August 11, 2011 at 12:16 pm

bro website lu pun ada malware bro…

HTML/Iframe.B.Gen virus

Reply

56 Azuan August 11, 2011 at 2:48 pm

Yer ke bro?
kat mana bro jumpe virus tu?

Reply

57 kakkoii August 12, 2011 at 10:27 am

thx for the info… seriau dibuatnye.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: