Seseorang blogger sudah tentu mempunyai gaya hidup yang tersendiri. Gaya hidup seorang blogger juga berbeza-beza antara satu sama lain. Malah, ada diantara mereka sudahpun menjadi blogger sepenuh masa kerana bidang blogging yang diceburi berjaya menghasilkan pendapatan lumayan. Disamping itu, ada juga yang menjadi blogger hanya dengan separuh masa, tetapi pada masa yang sama turut berjaya menjana pendapatan sampingan melalui aktiviti blogging. Pendapatan dari blogging tidak mustahil jika seorang blogger itu betul-betul berusaha, fokus, dan ikhlas dengan apa yang diceburinya.
Kebiasaannya blogger separuh masa terikat dengan aktiviti dan tanggungjawab tertentu. Perkara sebegini seharusnya diberi keutamaan dalam hidup seorang blogger supaya tidak lalai akan tanggungjawab tersebut, lebih-lebih lagi untuk blogger yang sudahpun berumah tangga. Tidak lupa juga untuk blogger yang masih bergelar seorang pelajar, pastikan hidup korang sebagai pelajar lebih mengetahui akan tanggungjawab yang penting. Jangan kerana aktiviti blogging, pembelajaran korang mula merosot. Itulah cabaran hidup seorang blogger yang harus korang tempuhi jika ingin menjadi seorang blogger yang berjaya.
Tapi apa pula gaya hidup aku sebagai seorang blogger separuh masa? Disinilah aku ingin berkongsi dengan korang semua mengenai gaya hidup aku sebagai blogger. Pertamanya aku mempunyai minat mendalam terhadap dunia internet. Aku terjebak dengan dunia internet sekitar tahun 2006, tetapi belum kenal lagi apa itu blog. Sehingga sekarang, banyak tranformasi telah berlaku dalam hidup aku sehinggalah aku mempunyai blog dot com sendiri. Bermula dari saat itu, gaya hidup aku juga turut berubah. Masa hidup aku banyak dihabiskan dengan internet untuk mencari ilmu-ilmu baru mengenai blogging.
Untuk berganjak dari laptop pun sangat susah bagi aku, apatah lagi kalau nak keluar rumah. Rasa seperti rumahku syurgaku. Tetapi lama kelamaan aku dapat mengawal gaya hidup aku supaya menjadi lebih teratur. Apa yang penting ialah korang perlu pandai mengawal jadual waktu korang, supaya hidup korang sebagai blogger dapat diseimbangkan. Dalam pada itu juga, aku mempunyai minat terhadap perisian AutoCAD, maklumlah sekarang aku sedang mengikuti kursus pelukis pelan senibina. Kehidupan seharian aku hanya didepan komputer menggunakan AutoCAD dan internet.
Jika aku boring menggunakan AutoCAD untuk menyiapkan tugasan, aku mulalah membuka blog dan buka email untuk lihat samaada terdapat komen ataupun perkara yang memerlukan tindakan aku selanjutnya. Mujurlah tempat aku mengikuti kursus ini mempunyai internet. Itulah gaya hidup aku sebagai seorang blogger, dunia internet memang tak dapat dipisahkan. Kini aku selesa dengan hidup aku sekarang, walaupun hidup seorang blogger itu nampak seperti tiada arah tujuan, hanya mereka yang melaluinya sahaja mengetahui betapa nikmatnya hidup sebagai blogger.
Sekian sahaja perkongsian dari aku sempena entry kedua Contest Hidup Seorang Blogger anjuran denaihati.com
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!


{ 30 comments… read them below or add one }
salam bro
memang best kan kalau kita dah terlibat dalam dunia blogging ni
tak kisah duduk depan laptop or pc 24 jam
macam-macam kita boleh buat dari blog
good luck bro
wslm bro..
betul tu bro…
ada kenikmatannya..
Thanks.. good luck utk bro gak..
bro pun macam aku gak, blogger separuh masa, hehe apa2 pun pentingkan mana yang lebih penting dan aku nak ucapkan good luck, nampaknya blog bro sudah menuju puncak
Thanks bro.. x de lah menuju mana pun..
biasa-biasa jer tu.. good luck utk bro gak..
Nikmat seorang blogger, hanya yang menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER saja yang mengetahuinya Azuan. Kalau Azuan jadi full-time blogger lagi gempak..
Tak mustahil boleh jadi tu nanti..
Amin amin…:)
wah power ek bro pakai auto cad.. abang aku ada belajar pakai sofware nie… semoga berjaya… insyallah dalam tangan tuh..
eh, mana ada.. biasa-biasa jer.. orang baru belajar..
apa yang dalam tangan tu bro?
ermmm gaya hidup seorang blogger ni bergantung pada diri sendiri, kalau dah mengadap pc or laptop sampai tak berganjak, susah juga tu, yg penting kena pandai bahagikan masa, ada masa untuk blog dan ada masa untuk bersosial atau beriadah, tu baru ler blogger yg sihat, betul tak?
betul lah tu bro.. hehe
yup amat bersetuju dengan komen usop
perlu bijak bahagi masa
jgn lupa dunia realiti
memang benar apa yang bro cakap, bila dah pandai gunakan internet, tambahan pula kita ni dah terjebak menjadi seorang blogger. memang tak boleh hidup tanpa internet, paling kurang mahu sejam dua mesti online sehari. kalau tak dapat, tak senang duduk dibuatnya.
aku kalau tak online sehari tak jadi buat keje lain.. hehe..anyway, jgn main copy/spin banyak ngat aku punya entry support… bahaya nanti..
haha, takda la. aku dah stop pun, saja nak main2. nnt baru wat lain. malas dah nak pk sebenarnya. saja suka2. hehe
oo.. ok lah mcm tu,..
haha…takpa….ko dah ada peluang nak menang tu….nnt bolehlah belanja aku domain satu…(projek thesis) apa macam? hehe
hehe.. kalau ada rezeki ada lah tu.. tau tau lah projek thesis tu.. takut tak leh nak beri perhatian jer.. hehe
haha, tu la pasal. tp insyaAllah lepas raya ni, aku nak usahakan semua projek yang ada n nak tambah skit2. insyaAllah.
wah.. mesti byk masyuk nanti..
mudah-mudahan begitulah hendaknya, amin. masinlah mulut bro. hehe
sama ngan gua, agak enjoy life sbg part time blogger, tapi still membina empayar, bila dah cun, bleh la berhenti kerja. hoho
weh…nak join…waaa
kisah menarik ni..
dulu akupun pernah juga try guna AutoCAD.. nak tekeluar biji aku mengadap software tu tapi tetap tak pandai guna
Biji apa bro? haha
Bro.. same situation la bro… part time blogger ni kena pandai manage masa dan disiplin kalau tak hanyut la semua blog tu… skarang nih aku didalam situasi ni…. tapi memandangkan bulan Ramadhan ..dalah lebih baik aku cool dulu…hehehe
hehe.. betul tu bro.. jd addict semacam jer.. hehe..
duuuuuuude, wassssssup
Saya ada terbaca kisah seorang gadis dari malaysia yang menjadikan “melancong dan blog sebagai kerjaya sepenuh masa”memang menarik kisahnya padahal beliau merupakan seorang lepas sebuah Universiti luar negara,jika berminat untuk mengetahui kisahnya sila layari ni,memang best kisah amoi ni