Begitu lama aku tak dapat online dan update blog ini disebabkan line streamyx kene potong, jadi banyak benda yang aku tertangguh, tertinggal, dan terlepas di alam maya ini. Email pula bertimbum-timbum masuk, tapi banyak email spam, letih juga nak delete nanti. Kali ini aku rajin sikit nak update berita sukan terkini mengenai Piala Dunia FIFA 2010, maklumlah ada udang di sebalik mee.. Lagi pun sekarang demam Piala Dunia 2010 semakin rancak, Netherlands pula dah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dengan mengalahkan Slovakia.
Tapi, pilihan aku untuk Juara FIFA World Cup 2010 kali ini ialah Brazil, harap-harap tepatlah tekaan aku ini. Untuk maklumam korang, entry ini pun bertujuan untuk menyertai contest anjuran Denaihati. Walaupun aku tahu awal-awal lagi mengenai contest ini, tapi aku masih ragu-ragu samaada untuk menyertainya ataupun tidak, maklumlah masa tu masih terlalu awal untuk membuat tekaan pasukan manakah yang berpeluang menjadi juara FIFA World Cup 2010.
Tapi selepas aku tengok jadual perlawanan untuk 16 pasukan yang layak ke peringkat seterusnya, aku nampak laluan Brazil agak cerah untuk melangkah ke Final. Harap-harap Brazil berjaya mengalahkan Chile untuk melayakkan pasukannya melangkah ke peringkat suku akhir.
Update:
Nampaknya Brazil berjaya mengalahkan Chile dengan keputusan 3-0. Ini merupakan petanda yang baik sekaligus memberikan Brazil semangat untuk berjuang melangkah ke peringkat seterusnya dengan mengalahkan Netherlands di pusingan Suku Akhir. Sekiranya Netherlands kalah, aku rasa laluan Brazil mungkin menjadi lebih mudah berdasarkan prestasi memberangsang yang ditunjukkan oleh pasukan Brazil melalui perlawanan sebelum ini.
p/s: aku bukan kaki bola, tapi aku tangan bola.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 9 comments… read them below or add one }
Mampir untuk pertama kalinya disini.
Salam kenal.
Terima kasih bro.. Salam kenal juga..
aku pun sokong BRAZILLLLLL JUARA!!!!!!!!!;)
Bagus lah bro.. harap-harap Brazil Juara untuk FIFA World Cup 2010 ini.
GHANA!
GHANA?? ada change ke GHANA boleh menang??
aku nak sokong germany la..sebab germany da kalahkan brazil…;)
Apa pulak Brazil kalah dengan German nya.. adui..
rasa2 brazil menang….