Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3

by Azuan on August 7, 2010 · 71 comments in Akasia TV3

Epilog Syurga Cinta merupakan drama melayu terbaru yang diadaptasikan dari filem melayu Syurga Cinta hasil lakonan Awal Ashaari, Heliza, dan adik Haziq. Ianya mula ditayangkan pada 2 Ogos 2010 dalam slot Akasia TV3 setiap hari isnin hingga khamis pada pukul 6.30 p.m dengan menggantikan drama Ilusi yang sudahpun tamat pada minggu lepas. Pelakon utama dalam Drama Epilog Syurga Cinta ini ialah Zizan Nin, Fida, Intan Ladyana, dan Mia Sara Nasuha. Aku suka tengok adik mia tu membawa wataknya, ada gaya tersendiri dalam lakonannnya, orangnya juga sangat cute…comel gitu…

Drama Epilog Syurga CintaPermulaan drama ni masih lagi biasa-biasa, maklumlah baru bermula dan belum sampai aksi klimaknya lagi. Kalau korang berminat dengan drama melayu, bolehlah korang layan drama ini. Berdasarkan sinopsis epilog syurga cinta, aku rasa drama ni macam best juga untuk dilayan sampai habis kesemua episode, bolehlah layan sebelum berbuka puasa pada bulan ramadhan nanti. Memandangkan sinopsis drama epilog syurga cinta masih belum keluar lagi, jadi aku sediakan sinopsis dari filem Syurga Cinta kerana jalan ceritanya hampir sama.

Sinopsis Epilog Syurga Cinta

Irham, pemuda berusia lewat 20-an merupakan anak kepada pasangan Tan Sri Zakaria dan Puan Sri Mahani, dia membesar dia luar negara sejak berumur 12 tahun lagi. Dia bersekolah dan bekerja disana untuk beberapa tahun dan pulang ke Malaysia kerana perlu mengambil alih syarikat milik keluarganya.

Oleh sebab terlalu lama menetap di luar negara, cara dan gaya hidupnya tidak ubah seperti orang barat. Sekembalinya ke Malaysia, Irham telah bertemu dengan rakan-rakan lamanya ketika belajar di luar negara iaitu Zainal dan Alex yang sangat mengenali hati budi Irham. Irham sememangnya seorang lelaki yang handal memikat gadis yang diinginkannya. Malah, Alex dan Zainal sering kalah jika mereka bertaruh.

Bagi memastikan Irham kalah, mereka mencabar Irham memikat gadis bertudung kerana mereka tahu Irham tidak menyukai gadis sebegini. Gadis tersebut adalah Syuhadah, seorang gadis moden namun masih mempertahankan nilai-nilai sebagai muslimah sejati. Dia merupakan anak yatim dan dijaga oleh datuknya sejak dari kecil.

Walaupun hidup mewah namun dia tetap dididik dengan didikan agama yang cukup. Irham melakukan pelbagai cara untuk memikat Syuhadah yang secara kebetulan merupakan guru agama di sekolah adik angkatnya iaitu Ikmal. Hubungan Irham dan Ikmal yang tidak begitu baik sebelum ini menjadi lebih baik apabila Irham memerlukan bantuan Ikmal dalam menjayakan misinya.

Melihat ketulusan Irham yang berpura-pura mendalami ajaran Islam, hati Syuhadah terbuka untuk menerima Ihram sebagai kawan dan dalam temph berkawan dalam diam-diam wujudnya perasaan kasih dan sayang. Irham pula sedikit sebanyak dibimbing oleh Syuhadah sehinggakan dalam tempoh sebulan tanpa dia sedari dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim seperti mendirikan solat dan dia merasa selesa dengan tanggungjawab tersebut.

Namun tempoh sebulan telah pun tamat dan Irham perlu berjumpa dengan Zainal dan Alex bagi menunaikan janjinya dengan membawa Syuhadah. Di depan Zainal dan Alex, Irham telah berterus-terang kepada Syuhadah bahawa dia cuma suka-suka dan bukannya benar-benar jatuh cinta kepada Syuhadah. Syuhadah yang mendengar pengakuan itu benar-benar kecewa.

Sudahlah dia susah untuk menerima cinta dari seorang lelaki, kini lain pula jadinya. Syuhadah telah membawa diri pulang ke kampung. Irham menang pertaruhan itu tetapi gagal menafikan perasaannya yang sebenar terhadap Syuhadah. Jadi, apakah pengakhirannya? adakah Irham dan Syuhadah akan kembali bersama dan hidup bahagia? Sama-sama kita saksikannya…

Sampai disini dahulu, ada masa nanti aku update untuk lagu tema / OST epilog syurga cinta ataupun free download epilog syurga cinta. Sama-sama kita memeriahkan dan menyokong drama melayu..

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 71 comments… read them below or add one }

1 AyieBlog August 7, 2010 at 9:01 am

Salam,bagus aku minat jugak drama ala-ala cinta,tapi bukan 100% tertumpu pada cintan + cintun,kalau ada unsur2 lawak dan peranan budak kecik,amat menarik untuk ditonton se isi keluarga tercinta :) ,bro hari apa slot akasia? and pukul berapa bermula cerita ? :) ..

Reply

2 Azuan August 7, 2010 at 11:04 am

Wslm.. aku rasa sebab adik mia tu yg jadi ramai lak orang suka tgk drama Epilog Syurga Cinta ni..
Slot Akasia untuk drama epilog syurga cinta setiap hari isnin hingga khamis, pukul 6.30 petang. Drama 1 jam..

Reply

3 AyieBlog August 7, 2010 at 3:12 pm

thank q bro untuk info 2 :) ,kenapalah buat dekat-dekat nak maghrib patutlah aku tak dapat tengok :) .

Reply

4 Azuan August 7, 2010 at 3:46 pm

Ur welcome bro.. Ok lah tu dekat nak maghrib, sebelum berbuka tu layan dulu Epilog Syurga Cinta.. hehe…

Reply

5 AyieBlog August 7, 2010 at 8:26 pm

yeep,betul jugak 2 hehehe :) .

Reply

6 INTAN@AZA September 2, 2010 at 12:47 am

HAHA….. MIA TO CUTE TAU RUGI LAU U X TGK ,MIA KAT EPILOG SYUGA CINTA.

Reply

7 wazy August 7, 2010 at 12:37 pm

Aku masih belum berkesempatan tengok cerita ni
Btw nak buat juga review kat blog,hehehe

Reply

8 Azuan August 7, 2010 at 1:41 pm

Oo.. x pe.. nnti try lah cari masa utk tengok.. aku pun dah tengok.. kalau dah tengok dari awal, mmg kene ikut lah, sebab nnti kan tak faham.. hehe.. Buat jer review bro.. aku pun update ntah pape jer ni.. saje nak testing.. hehe

Reply

9 INTAN@AZA September 2, 2010 at 12:50 am

K LAH NK TITO DA………?

Reply

10 LadyJava August 7, 2010 at 8:43 pm

hmm.. macam bagus.. wah but hari hari? oh wow..kena commit ni kalau nak tengok.. wonder if boleh dl mana mana.. eheh.. you tengok NurKasih? Best kan?

Reply

11 Azuan August 7, 2010 at 9:08 pm

hari-hari? maksudnya? nak download ke? nnti sy try buat post khas utk download epilog syurga cinta ni.. Nurkasih ada gak tengok, tp ada gak terlepas tgk.. cuma boleh katakan, org umah sy ni mmg suka tgk Nurkasih.. hehe

Reply

12 LadyJava August 7, 2010 at 9:16 pm

yeap.. macam dulu pun nurkasih i dl jer.. kalau tengok straight.. banyak iklan.. heheh.. NurKasih best.. Remy handsome!..lol!

Reply

13 Azuan August 7, 2010 at 9:19 pm

a’ah.. betul gak kan.. dah la iklan TV3 lama.. malas nak tunggu.. untuk drama epilog syurga cinta ni, adik mia tu cute sangat.. hehe.. kalau nak senang, tengok online jer kt website TV3.com.my tu.. anyway, mmg peminat fanatik Remy ke ni.. hehe

Reply

14 LadyJava August 7, 2010 at 9:23 pm

hmm.. tv3.com.my tu pun lembab.. streamyx sucks.. P1 sometimes ok sometimes tak ok.. oh well..

hahaha.. tak der lah fanatik… org hensem mmg lah banyak peminat.. lol!! lheheheh

Reply

15 Azuan August 7, 2010 at 9:35 pm

oh.. ye ke.. kat sini streamyx ok jer..hehe..minat dah lah, jgn sampai masuk dlm mimpi lak.. hehe

Reply

16 farah August 7, 2010 at 10:32 pm

sambil tunggu waktu berbuka boleh la ngadap citer ni,takdelah rase lama sangat nak menuggu:)hehehe

Reply

17 Azuan August 7, 2010 at 10:39 pm

a’ah farah.. betul lah tu.. mesti x rasa lapar.. hehe

Reply

18 kulanz August 8, 2010 at 2:08 am

Jarang betul ada kesempatan tengok drama sekarang ni.. tapi boleh juga baca2 sinopsis, sekurang-kurangnya tau juga jalan cerita…

Reply

19 Azuan August 8, 2010 at 11:27 am

Sibuk ke bro sekarang ni?

Reply

20 mohdisa August 8, 2010 at 2:09 am

bro, aku nak bagitau satu ni…sinopsis yg kita tulis tu pasal filem syurga cinta…hehe

Reply

21 Azuan August 8, 2010 at 11:29 am

yer bro.. aku tau.. saje jer aku tak mention lagi.. mcm dapat agak jer jalan ceritanya bila tau yg drama epilog syurga cinta ni diadaptasi dari filem syurga cinta.. hehe.. nnti aku update mention tentang sinopsis tu.

Reply

22 mohdisa August 8, 2010 at 3:22 pm

tak mention pun takpa, baru kita tahu org betul2 baca ke idak. hehe, aku tak tgk pun lg drama ni. tak sempat nak download lg. nak tgk tv, jauh sekalilah. tak kena waktu. hehe

Reply

23 Azuan August 8, 2010 at 3:59 pm

hehe.. betul tu bro.. aku tgk tv jer, sebab waktu tu aku free.. hehe

Reply

24 mohdisa August 8, 2010 at 4:08 pm

haha, waktu tu aku tak free kot. kalau free pun, takda tv nak tgk. nak tgk pun kat cafe. segan la plak. hehe

Reply

25 Azuan August 8, 2010 at 4:29 pm

oh.. ye ke.. kalau mcm tu, tgk online kt tv3.com.my. hehe

Reply

26 mohdisa August 8, 2010 at 8:28 pm

memang layan on9 je kadang2. tp better download terus dari streaming. hehe

Reply

27 mrnamie August 8, 2010 at 12:20 pm

sediakan la link download skali kalau ade.. mesti ramai yang berminat.. hehe :p

Reply

28 Azuan August 8, 2010 at 3:57 pm

hehe.. insyaallah bro.. nnti akan ada update untuk link download epilog syurga cinta ni..

Reply

29 Wan August 8, 2010 at 1:40 pm

wah ramai buat entri syurga cinta

Reply

30 Azuan August 8, 2010 at 3:58 pm

hehe.. sampaikan aku turut terjebak..

Reply

31 zik August 8, 2010 at 6:09 pm

owh… dah ke drama lah pulak…

Reply

32 shima August 8, 2010 at 8:36 pm

best sebab ade mia!haha.:)

Reply

33 Azuan August 9, 2010 at 9:29 am

hehe.. sama lah kita.. suka tengok budak comel ni..

Reply

34 mijie August 9, 2010 at 11:38 am

daya tarikan cerita ini ialah mia sara tu, memang best lakonannya kali ini

Reply

35 farah August 9, 2010 at 11:53 am

salam..,erm pelakonnyer x best lah.tp sy lbih suka lakonan heliza dgn awal shaari tue..heheheee

Reply

36 Azuan August 9, 2010 at 2:11 pm

wslm.. ye ke tak best? baru permulaan lagi kot.. x pun maybe hero nye kurang menyengat.. hehe

Reply

37 hafizmd August 9, 2010 at 3:44 pm

Biase ar citer melayu..awal2 mesti slow sikit jalan citer..dah nak tengah nanti baru nampak belangnye..hehe

Kene tgk juge sbb si budak kecik mia tu berlakon..hihi

Reply

38 Azuan August 9, 2010 at 10:39 pm

betul tu bro.. mula2 ni belum panas badan lg.. hehe

Reply

39 ibnujusup August 9, 2010 at 4:13 pm

salam bro… :-) first time mai sini…. ape2 lakonan zinan nin kaw 2 meletop… tapi x sempat tgk lagi bro… sibuk memanjang… :-)

Reply

40 Azuan August 9, 2010 at 10:39 pm

wslm bro.. sama lah kita.. hehe..

Reply

41 denaihati August 9, 2010 at 6:54 pm

Cerita ni memang aku tak ikut lansung …busy banyak sikit ni,

Reply

42 Azuan August 9, 2010 at 10:41 pm

tak pe bro.. nnti ada free tengok online drama epilog syurga cinta kat tv3.com.my tu.. hehe

Reply

43 zik August 9, 2010 at 7:20 pm

erm dah start cerita nie..

Reply

44 Azuan August 9, 2010 at 10:41 pm

a’ah bro.. dah 5 episod pun..

Reply

45 tpinky August 9, 2010 at 11:14 pm

ni mesti minat kt heroin dia kan… cute sgt!!

Reply

46 Azuan August 9, 2010 at 11:31 pm

heroin dia mcm siti nurhaliza.. mestilah cute.. tp adik mia yg kecik molek tu lg cute.. hehe

Reply

47 samdaddycool August 10, 2010 at 10:53 am

Heroin mesti cute.. kalau tak cute, letak aku berlakon memang ler cerita tak laku.. hik.. hik..

Reply

48 Azuan August 10, 2010 at 11:09 am

betul tu bro.. sebab org suka tgk yg cute2 ni..hehe

Reply

49 tpinky August 9, 2010 at 11:36 pm

ngeeee minat siti rupanyerrr… errm mmg cute..sy pun suka jg heroin ni..

Reply

50 Azuan August 9, 2010 at 11:47 pm

emm, minat gitu-gitu jer lah.. hehe..

Reply

51 tpinky August 9, 2010 at 11:57 pm

ya lorrr.. bkn blh dapat pun kan kan kan….

Reply

52 Azuan August 10, 2010 at 1:35 am

emm, lain mcm jer bunyinya tu? hehe

Reply

53 kulanz August 10, 2010 at 1:39 am

Dah lama episod bermula.. tapi sampai sekarang aku tak ada kesempatan lagi tengok cerita ni..

Reply

54 Azuan August 10, 2010 at 1:44 am

hehe.. baru 5 episod bro.. tak pe.. ko tengok jer online kat tv3.com.my

Reply

55 khaizarien August 10, 2010 at 11:18 am

erkkk xtau pun ade cite nie…. ish nmpak sgt dh lame x tgok tv….

Reply

56 Azuan August 10, 2010 at 11:33 am

ni dah tau ni.. boleh lah layan lepas ni.. hehe

Reply

57 ahm August 10, 2010 at 12:21 pm

Epilog syurga cinta Episod 1-5 boleh d download sekarang..

Reply

58 Azuan August 10, 2010 at 7:25 pm

Thanks bro.. nnti kalu terlepas yg kat TV, boleh lah download.. anyway, akan ada gak update utk post download epilog syurga cinta ni nanti..

Reply

59 suri August 10, 2010 at 12:57 pm

key word yang panas nie heee..

mesti jln cerita mnrik :)

Reply

60 Azuan August 10, 2010 at 7:27 pm

hehe.. agak panas juga.. sama mcm keyword waktu berbuka puasa 2010.. hehe..

Reply

61 nurul August 11, 2010 at 7:58 pm

best lah cite nie

Reply

62 Azuan August 12, 2010 at 2:35 am

mesti hari-hari layan ni kan..

Reply

63 ahm August 24, 2010 at 8:49 am

untuk makluman.. Episode 8 menghadapi masalah.. so sapa2 yang download melalui link saya di 4shared.com memang dapat separuh je.. ini kerana souce di TV3 juga separuh.. cuba dapatkan link download ditempat lain.. mungkin ok. harap maklum

Reply

64 yasmin August 31, 2010 at 1:26 pm

cantik kak shah ngan mia

Reply

65 Azuan August 31, 2010 at 4:01 pm

A’ah.. cantik.. mia tu comel sangat.. :)

Reply

66 aimie September 1, 2010 at 2:24 pm

comel la mia n (*_*)hehehe bye2

Reply

67 kima September 5, 2010 at 3:38 pm

mia 2 comelll sngat2

Reply

68 siti September 21, 2010 at 12:37 pm

hahahahahahahhhhaa..besh cgt cter ney..huhu..:)))

Reply

69 bupop March 25, 2011 at 9:32 am

tapi sampai sekarang aku tak ada kesempatan lagi tengok cerita ni..

Reply

70 qobes June 12, 2011 at 3:37 pm

download full episode kat sini :)

jadi followers utk movie baru setiap hari

Reply

71 shah blogger November 4, 2011 at 2:54 pm

Alahai ni zaman fida pakai tudung :D

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: