Masih lagi berkisarkan topik DiGi iPhone 4 dan entry ini merupakan task ketiga bertajuk DiGi iPhone 4 Real. Task pertama ialah DiGi iPhone 4 Me mencoretkan sedikit sebanyak kenapa aku mahu iPhone 4 dari DiGi. Manakala task kedua pula ialah DiGi iPhone 4 Play berkisarkan tentang aplikasi iPhone yang pernah aku guna dan kenapa aku suka aplikasi tersebut.
Kini, task ketiga; DiGi iPhone 4 Real akan aku coretkan mengenai DiGi iPhone 4 Plans serta apa yang aku suka mengenai DiGi iPhone 4 Plans itu. Aku sebenarnya agak teruja dengan plans yang ditawarkan oleh DiGi iaitu iDiGi Postpaid Plans. Apa tidaknya, kalau dilihat kepada tawaran plans tersebut, ianya memang cukup murah dan berbaloi. Apatah lagi jika digayakan dengan iPhone 4 DiGi, lagilah mantap.
iDiGi Postpaid Plans mempunyai tiga pakej yang berbeza iaitu iDiGi 88, iDiGi 138, dan iDiGi 238 dimana korang boleh pilih pakej tersebut mengikut kemampuan korang. Ok, berbalik kepada tujuan utama iaitu apa yang aku suka mengenai DiGi iPhone 4 Plans, sudah semestinya aku suka semua plans yang DiGi sediakan. Perkara menarik tentang iDiGi Postpaid Plans, semakin tinggi korang bayar, semakin jimat korang akan dapat.
Tapi kalau diberi pilihan untuk aku yang masih belum ada pendapatan tetap, sudah tentu aku pilih pakej iDiGi 88, sebab pakej itu masih lagi mampu. Ingat! pilih sesuatu mengikut kemampuan korang. Berikut ialah kenapa aku suka DiGi iPhone 4 Plans;
1) Bayaran bulanan yang murah untuk pakej yang ditawarkan.
- iDiGi 88 – RM58 Selepas Auto Billing @ RM63 Sebelum Auto Billing.
- iDiGi 138 – RM88 Selepas Auto Billing @ RM93 Sebelum Auto Billing.
- iDiGi 238 – RM158 Selepas Auto Billing @ RM163 Sebelum Auto Billing.
2) Penggunaan percuma bagi setiap pakej.
- iDiGi 88 – Percuma 200 minit masa berbual, 200 SMS dan 20 MMS serta kadar internet sehingga 1GB.
- iDiGi 138 – Percuma 450 minit masa berbual, 400 SMS dan 40 MMS serta kadar internet sehingga 3GB.
- iDiGi 238 – Percuma 1000 minit masa berbual, 600 SMS dan 60 MMS serta kadar internet sehingga 5GB.
3) Kadar terendah selepas penggunaan percuma bagi setiap pakej.
- iDiGi 88 – Menikmati 15 sen masa berbual, 10 sen SMS, dan 20 sen MMS.
- iDiGi 138 – Menikmati 12 sen masa berbual, 10 sen SMS, dan 20 sen MMS.
- iDiGi 238 – Menikmati 10 sen masa berbual, 10 sen SMS, dan 20 sen MMS.
4) Tiada cas tambahan walaupun penggunaan Internet melebihi kuota atau bandwith. Cuma DiGi akan mengurangkan kelajuan Internet tersebut kepada 128Kbps sahaja.
5) Menikmati panggilan termurah untuk enam nombor samaada rakan mahupun keluarga (FnF Numbers).
6) Percuma Panggilan, SMS dan MMS ke talian “Supplimentary Lines” sehingga ke 6 talian DG FAMILY.
Itulah sebab aku suka DiGi iPhone 4 Plans kerana banyak pilihan menarik yang ditawarkan oleh DiGi. Cuma aku belum berpeluang untuk menikmatinya, kalau ada rezeki dapat iPhone 4 DiGi sudah tentu aku cukup teruja untuk mencuba tawaran pakej tersebut.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 35 comments… read them below or add one }
Tapi pelan Digi untuk iPhone 4 ni paling best adalah pelan internet yang best, walaupun dah abis kuota, tapi still bayar sama…sayang la sama Digi…
hehe..
jgn nnti jd snail gi dah la..
Assalamu’alaikum saudara…
tapi kalau saya katakan liputan Digi tak konsisten boleh terima tak?
cuba bayangkan bagaimana perasaan anda bila anda ingin menggunakan telefon disaat2 penting tapi time tue liputan xde? tak ke hangin satu badan… saya setuju plan dia bagus tapi perkhidmatan masih ditakuk lama… Sorry to say Digi
Wslm MM..
Sy boleh terima jer..
sbb kat kawasan sy ni mmg susah nak dapat liputan digi..
mmg belum meluas lagi.. sebab tu belum guna DiGi..
Org kuning DiGi tu banyak ada kt bandar2 besar jer..
gudluckk bro..heeee
hehe.. thanks bro..
terbaik.. dan menepati kehendak posting.. aku je buat ntah apa-apa ntah smpai bandingkan dgn M.. hahahaa..
Haha..
ko lagi mantap bro..
aku biasa-biasa jer..
bila nak buat “life” punya bro? hehehee..
emm, tak tau bro..
segan nak tempek gambar sendiri.. hehe
wah..masuk pertandingan nak dapat ipad ek
hehe..gudluck
pada asalnya aku pun pikir nak join tapi last-last rejek lak sebab dengan Digi..hehe
Digi punya liputan agak kureng walaupun aku guna 2servis iaitu prepaid broadband dengan postpaid…
3g tak dapat pun dengan digi nih…huhu..tapi memang puas ati sebab murah giler ;P
Thanks bro..
kalau kat tempat aku ni lagilah kurang liputan dia..
tp x pe, aku join pun suka-suka.. hehe
Selain daripada masuk contest, entry ni jugak blh menyumbang kepada SEO.
Pandai DIGI promote service diorg skg.
*Btw, the worst thing aku tak suka mungkin coverage diorg lah.
Good luck bro
Thanks bro..
betul tu, setuju.. coverage belum meluas…
aku nampak orang kuning dia lalu kat sini… ada petanda tuh… hurm macam student nie.. aku rasa better pakai yang rm 58 auto billing.. .. yeah.. tapi zaman study dah nak habis…
haha..
pandai-pandai jer ko zik..
join gak ke bro! cayalah! haha.. pasal plan ni memang ramai yang akan amik yang idigi88 tu kot. sal kalo rasa tak sesuai leh upgrade. Downgrade je xleh.
betul tu bro..
kalau x puas hati plan 88 tu, terus upgrade jer plan lain..
dulu masa register dengan digi.. tak sempat pun baca atau tanya pasal detail plan digi ni.. sekarang baru ada kesempatan baca, hehe..
Blhlah angkat iPhone 4 tu bro.. hehe
Good luck bro. Semoga anda berjaya mendapatkan iPhone 4 yang hebat di masa kini.
Amin..
Insyaallah..
Thanks bro..
harap masin lah mulut bro tu..
good luck bro dgn contest ni.
aku join task 1 je. yg lain2 dah patah semangat huhu
Thanks bro..
emm, kenapa lak patah semangat bro?
bercakap pasal plan digi ni, kalau tak silap semuanya kena bayar upfront. maksudnya kena bayar harga telefon dan bil untuk tempoh kontrak tu. boleh cecah 3k-4k juga.
info ni saya dpt dari sales girl kat kedai digi. kalau info ni salah, maksudnya salah lah apa yg saya ckp.
Oh.. ye ke bro..
kiran bulan2 bayar yg RM58 tu ialah utk bayar bil dan harga telefon ek?
bro…ak baru je servey pasal iphone4 digi ni…betul ke???58 per month???cuma nak dapatkan kepastian…urm…boleh x kalau nak tukar sim card??contoh line digi tu dah kene block sebab xbayar…lepas tu xleh wat call…contoh la sy ada simcard lagi satu…umobile ke…ada banyak kredit…nak guna sim card lain boleh ke???
emm, kalau yg 58 per month tu mmg betullah..
tp nak lagi jelas, elok tanya DiGi terus.. tp ikut pemahaman aku, mmg betul..
kalau yg boleh tukar ke tak simcard tu, yg tu aku tak pasti.. sebab aku tak guna iPhone 4 ni.. hehe..
tp kalau iPhone tu unlock, maybe boleh lah kot tukar simcard lain..
ohh…gitu…hehehe…okay2…thanx bro…
tapi kan…bro ada tanya xdigi punya orang??
sebab apa yg aku baca(aku rasa la) yg rm58 tu untuk perkhidmatan bil sahaja…lepas tu kita kene bayar jugak rm112(kalu xsilap) utk bayar hp…so bulan2 kene bayar rm160++…betul x apa saya kata??tlg betulkan jika adayg tersilap…tq….
Ok bro.
Ur wlcm..
emm, aku tak ada lak tanya..
aku jenis jarang keluar rumah..
lainlah dulu kalau duk KL, selalu jer jalan2… hehe
ye ke bro kene bayar rm160 bulan2 ni? ke ada benda yg terselindung ni?
sy mmg tak tau benda ni.. yg sy tau, rm58 per month tu.. tak tau lah kalau
ada perkara yg terselindung..
bro try tgk ni…
http://www.digi.com.my/iphone/getone_want_iphone_payment.html
itu utk pembelian hp…kalau bayar secara ansuran kene bayaq rm102.16…campur rm58(kalau ada kreditkad…kalau xdak kene bayar rm63) so dalam rm160 gak kan sebulan…kalau aku xsilap la…cuba bro teliti betul2…
aku ni pon teragak2…nak amik iphone 4 dari digi atau htc legend dari celcom…dedua aku minat…haih…
Ok bro..
aku dah faham..
mula-mula bro kene tengok dulu, kat situ dia ada 2 option untuk bayaran.
Option 1 : Buy with Cash or Credit Card
Buy the iPhone 4 with iDiGi plan outright via cash or credit card. An upfront payment of RM2,090 is required for the 16GB, and RM2,490 for the 32GB. After your purchase, you will receive a bill from DiGi every month for the iDiGi monthly fee.
Option 2 : Buy with Installment (Easy Payment Plan)
0% Interest Easy Payment Plan (EPP) with selected banks. Pay monthly installments to your bank and get the iPhone 4 and iDiGi Service for 24 months. Any excess usage will be charged in your monthly DiGi bill.
Ok, kalau bro pilih option 1, bro just bayar bulan2 rm58. sebab iPhone tu bro dah beli cash dengan harga rm2,490 – 32GB ( selepas diskaun, harga asal 2,690 ).
Kalau option 2 pula, ibarat bro beli iPhone tu secara ansuran, sebab tu kena bayar rm169.90.
Untuk lebih lanjut, bro try tanya direct dengan org DiGi..
tapi, bayaran mula2 kne bayar berapa ae?
nk tnye.boleyh k kalau kite nk beli iphone 4 secara ansuran je..xmau gune package dea yg i88 n else…sbb skrng ni pon..sy gune digi gak ..
kalau name sy blacklist dgn digi mcm mane?? blh ke x nak apply?