Sungguh aku tak sangka, teruja pun ada, yelah Google begitu baik hati untuk memberi balik status PR5 kepada blog picisan ini. Aku perasan tentang status PR5 ini pada dua tiga hari yang lepas, kalau tak silap aku awal bulan Julai ataupun akhir bulan Jun 2010 lah, cuma baru sekarang aku buat post tentangnya kerana aku mahu tunggu beberapa hari lagi untuk lihat samaada status tersebut akan kekal mahupun hanya sementara.
Tapi aku masih hairan, adakah buat masa sekarang Google sedang melakukan update pagerank? Aku ada juga buat checklist untuk blog-blog aku yang lain, ternyata tiada berlaku perubahan status pagerank. Sama juga untuk blog para blogger yang lain, turut tidak mengalami apa-apa perubahan pagerank. Kalau ada yang berubah status pagerank tu, bolehlah maklumkan di komen bahagian bawah ini.
Pada awal bulan Jun 2010 yang lepas, telah berlaku Google Pagerank update dan sudah semestinya ada blog yang jatuh pagerank, ada blog yang berjaya naik pagerank serta ada blog yang tidak mengalami apa-apa perubahan status pagerank, malah blog aku turut menerima tempiasnya sehingga jatuh kepada PR4 setelah tiga bulan Google berikan PR5 kepada blog ini. Nampaknya begitu mudah Google jatuhkan pagerank kepada PR4 tetapi pada masa yang sama begitu mudah juga Google bagi balik pagerank kepada PR5 dalam jangka masa hanya sebulan.
Sedangkan pada bulan Jun 2010, aku hanya buat satu post sahaja pada akhir bulan tersebut tentang FIFA World Cup. Adakah itu puncanya Google pandang balik blog ini untuk bagi PR5? Aku sendiri masih ragu-ragu apa puncanya. Aku juga sudah lama tidak membuat backlink, rata-rata semua orang tahu yang backlink berkualiti dari blog lain yang dofollow dan mempunyai pagerank yang tinggi dapat meningkatkan pagerank blog yang menerima backlink itu. Tapi pada bulan Jun juga, aku ada membuat beberapa Optimization untuk blog ini dari segi performance dengan menggunakan Page Speed dan Yslow untuk membetulkan apa-apa error yang dinyatakan supaya blog ini dapat loading dengan pantas dan laju.
Akhirnya aku dapati blog ini lebih cepat untuk loading dari yang sebelumnya. Aku pun tak pasti samaada hanya aku seorang sahaja yang rasa blog ini loading dengan cepat ataupun korang juga dapat rasakan yang blog ini dapat loading dengan cepat semasa korang melayarinya. Bolehlah korang nyatakan dekat komen nanti tentang kelajuan loading blog ini. Jadi, adakah kerana loading yang cepat dapat meningkatkan Pagerank Google? Aku sendiri kurang pasti OK… Tetapi, cara meningkatkan pagerank Google adalah sangat meluas.
Related posts:
- Google PageRank Update Berikan AzuanRazi.com PR5Sudah agak lama aku tidak update blog ini iaitu sejak contest hidup berani untuk gagal yang lalu, tetapi blog ini...
- Rezeki Bulan Ramadhan Apabila Dapat 7K++ Visitor SehariSempena bermulanya bulan ramadhan, aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al mubarak kepada korang semua yang sudi melawat blog...
- Kesan Apabila Sesuatu Keyword Mempunyai PermintaanBerdasarkan kepada tajuk posting, sudah pasti korang dapat agak apa yang aku maksudkan. Kalau korang tak faham, bolehlah meneruskan pembacaan...
- Adakah Browser Mozilla Firefox dan Google Chrome Selamat DigunakanSudah pasti korang biasa menggunakan browser Mozilla Firefox ataupun Google Chrome, tapi aku rasa ramai yang suka menggunakan Mozilla Firefox...



{ 33 comments… read them below or add one }
Tahniah Bro..
Memang Laju lah blog ko nie load.
Cayalah…
Lama tak nampak ko huhuhu
Thanks bro.. Kalu bro ckp laju tu, maknanya aku tak perasan sorang-soranglah..hehe.. sebab aku pun nak tahu prestasi loading blog aku ni bila ditempat yang lain.. Aku dah lama tak online YM, kat WC pun dah lama tak masuk bro.. ada thread yang hangat-hangat tak kat sana?
p/s: thread bot ko tu bukan yang sama dengan Fakhri buat tu ke?
wah dapat 5 ..memang hebat tu..tahniah,
Thanks bro..
tak hebat lah.. biasa-biasa saja..
cuma masih menjadi tanda tanya kenapa Google bagi PR5 ni..
Tahniah Bro… semoga saya bisa menyusul.
congrats !!!
pr5 tuh… memang power la.. aku punya N/A… ada masalah la.. blacklist kot..
Biasa jer bro.. emm, tak kan blacklist lak..
try lah check.. tak pun tunggu next PR update..
tahniah bro dapat balik PR5,
aku punya blog masih xda perubahan semua.. x tau dah update ke belum..
p/s: laju betul loading blog ni bro.. ada apa2 tips?
Thanks bro.. harap dapat kekallah PR ni..
Tu lah, aku pun tak tau ni bila PR update..
Berkenaan loading blog yang laju… ianya ada kaitan utama dengan hosting yang kita guna kan.. Maksud aku macam ni, kalau bro guna hosting dari Luar Negara, sudah pasti visitor luar negara yang masuk blog bro tu dapat loading yang laju. Tapi kalau bro guna hosting dari Malaysia, visitor yang masuk blog bro dari malaysia akan dapat loading yang laju, tapi kalau visitor luar negara yang masuk, blog loading tu akan jadi slow.
Jadi apa yang penting disini, kena tahu target visitor kita.. Tapi ada lagi cara untuk melajukan lagi loading blog ni, cuma aku akan ulaskan lebih lanjut tentang ni pada post yang berikutnya.. nanti aku bagi tips-tips hasil dari pengalaman aku sendiri..
thanks bro penjelasan tu..
Sekarang ni aku guna hosting Malaysia. Diorang letak server pun di Malaysia, Shah Alam rasanya.. sebab target mmg visitor dr Malaysia juga..
tips nak melajukan blog tu mmg akan ditunggu tu bro, thanks
Sama-sama bro.. kalau dah guna hosting malaysia tu bagus lah..cuma perlukan sedikit lagi adjust untuk bagi lagi laju.. nanti kalau aku ada banyak masa aku post la kat blog ni..
aku dulu 3 je pun hehe
skarang turun ke 2 hahaha
padan muka aku
hehe.. sabar.. nanti naik balik lah tu…
aku tak pernah berjaya sampai 3.. paling tinggi pun 2, pastu malas, dan malas lagi… blog tak konsisten… skrg ni baru nak berusaha balik… btw, ada tips tak mcm mana ak dapat sampai 5… mantap giler seh…
Aku pun dulu malas gak.. sebulan skali jer update blog.. tapi hairan kenapa PR boleh naik juga.. Maybe ada kesan lain rasanya.. tips nya ko kene banyakkan kualiti backlink, then sekarang ni kepantasan loading blog turut memainkan peranan di Google, so maybe ianya ada sedikit sebanyak kesan untuk menaikkan Pagerank tu..
hebat lah bro sampai pr5..tak de tips yg best ke?lagi 1 nak tanya…macam mana nak guna thesis theme..kena bayar ke tak?kalau free ada source yg best tak?hehe..tq
Biasa-biasa jer bro.. Tak tau bertahan ke tak ni.. hehe.. Tips tu yang basic jer.. kena rajin buat kualiti backlink lah.. kalau ikutkan, thesis theme ni memang berbayar.. tapi masib boleh dapat yang free, kene pandai cari lah.. aku pun guna yang free gak ni.. hehe.. ko cuba cari kat share mafia dot com..
hehe, gune yg free ke? hoho. btw, bro hebat PR ko smpai lima, klau blog english ni dah rmai advertiser dtg nak sponsor. hehe
A’ah bro.. guna yang free jer.. nak tunggu versi 1.8 lak nanti.. tak de lah hebat mana bro.. bese2 jer lah.. blog english aku ada PR5, tp tak de lak yang nak advertiser, maybe tak kene dengan niche kot..
salam kenal
thanks for share..
Wslm..
selamat kenal juga..
Tahniah on your PR5… i rasa ada MR G buat update though in stages..
Thanks for your visit ya
LadyJava
Hi.. Terima Kasih… Emm, mungkin lah kot.. sebab rasanya PR update yg terbaru dalam masa terdekat ni lak..
p/s: Org malaysia rupanya LadyJava ni.. hehe
Wahh hebat,huhu aku tumpang gembira kalau dapat balik PR5 kat blog ko ni,tahniah la bro
Biasa jer lah bro.. Anyway, thanks bro.. harap blog ko pun makin meningkat PR..
nak kena cuba yslow pulak, page speed dah buat dah
hehe.. bagus tu bro.. try guna.. nanti senang nak tgk setakat mana performance blog kita, nak adjust pun senang..
Huwaw! terbaik page Rank yang agak hebat! harap terus kekal dan terus meningkat ! hehe
Biasa-biasa jer bro.. bro lagi hebat tu.. anyway, thanks bro.. harap bro pun macam tu juga..
nice info…
wow..PR5. setakat ni blog aku takde perubahan PR.
maintain PR3. Dapat PR5 kalau jual laku tak blog aku tu hehe.
tapi rasa sayang pulak. maybe tua natilah kot eheh
kalu blog bahasa english mmg laku lah.. hehe