Cikgu Wan Blogger Gila

by Azuan on July 24, 2011 · 41 comments in Internet

Kenapalah seorang cikgu mahu menjadi blogger gila? Aku tak pasti apa yang cikgu wan gilakan. Aku juga tak pasti samaada cikgu wan adalah betul-betul seorang cikgu yang mengajar muzik di sekolah atau hanya sekadar nickname dari alamat blog iaitu wancikgumuzik. Aku pun tak tahu macam mana aku boleh termasuk dekat blog dia.

cikgu wan blogger gilaJika dilihat keseluruhan blog serta cara penulisan cikgu wan, korang akan nampak ada yang tebal, ada halus, ada berwarna warni, dan macam-macam lagilah yang ada. Mungkin itu satu seni atau persembahan dari seorang cikgu muzik. Atau adakah itu kerana cikgu wan blogger gila.

Tapi aku pelik kenapa dia buat segmen dengan perkataan yang tidak enak di dengar. Adakah dia sengaja atau suka-suka? Hanya dia saja yang tahu.

Tapi aku pun saja suka-suka untuk membuat entry dengan tajuk Cikgu Wan Blogger Gila.

Dari apa yang aku baca dekat blog cikgu wan, dia memang suka betul buat entry untuk menguji tahap SEO. Baguslah macam tu, sebab dia ada inisiatif untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Aku pun sedang mencuba, manalah tahu boleh dapat sedikit tempias pun cukuplah.

Tapi setiap blogger sudah tentu ada cara dia yang tersendiri dari segi penulisan mahupun persembahan blog. Atau bahasa mudahnya, “blog aku ikut suka akulah”.

Namun aku suka untuk memberi sedikit pandangan mengenai blog Cikgu Wan. Apa yang boleh aku katakan, aku berasa pening bila berada lama dalam blog tersebut.

Mungkin terlalu banyak benda yang ada. Tapi itu dalam blog dia, dia punya sukalah. Aku cuma menyatakan sedikit pandangan yang penuh tersirat sebab malas nak menulis panjang kerana sudah ada dalam entry tip blogging terbaik.

Jadi, cukuplah aku merapu dalam entry cikgu wan blogger gila. Di harap cikgu wan tak berkecil hati, tak sanggup nak guna banyak-banyak perkataan gila tu. Tak enak di dengar.

Jika cikgu wan ada terbaca entry ni, sudilah bagi komen kat bawah serta nyatakan betul ke anda seorang cikgu. :)

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 41 comments… read them below or add one }

1 Pacifista - X July 24, 2011 at 9:27 am

aku ada terbaca jugak entri tu.tak sedap la bila baca macam tu.banyak lagi perkataan lain kalau nak uji SEO sekalipun.letak la, cikgu wan kacak ke, cikgu wan hensem ke, sedap jugak mata ni nak membaca…

apapun lebih baik dari dia letak cikgu wan gersang.haha…

sorry to say cikgu wan :D

Reply

2 Azuan July 24, 2011 at 1:38 pm

hehe.. betul gak tu bro…
nak dengar pun sedap…

Reply

3 hafizmd July 24, 2011 at 3:56 pm

hehe…kita tunggu apa kate cikgu wan…mesti ada sebab dan musabbab :D

Reply

4 anastasyea July 24, 2011 at 9:50 am

Sekiranya hanya sekadar menguji kreativiti seseorang dlm SEO. Rasanya tak salah kot =)

Reply

5 Azuan July 24, 2011 at 1:39 pm

Itu hak masing-masing…

Reply

6 Scaniaz July 24, 2011 at 10:46 am

go blogger!!

Reply

7 izwannizam July 24, 2011 at 1:22 pm

hehe macam2 cara orang nak pikat Google ni ya.dan tak semua orang boleh terima cara kita yang suka ikut prinsip : blog aku , aku punya sukalah :)

Reply

8 Azuan July 24, 2011 at 1:40 pm

Tu yg malas nak tulis panjang2.. nnti kelaut lak.. :)

Reply

9 Pacifista - X July 24, 2011 at 1:45 pm

bila dah ke laut,ha…ni makan dia…
hehe…

Reply

10 Azuan July 24, 2011 at 7:07 pm

emm, makan dia? tak faham.. ingat bila ke laut, lemas lah kalau tak pandai berenang.. :)

Reply

11 wan_cikgumuzik July 24, 2011 at 1:53 pm

salam…

saya pasti akan membaca setiap entri yang menggunakan keyword CIKGUWAN BLOGGER GILA yang terindeks di laman sesawang carian google <–bahasa melayu woo.. haha..

err.. ini join segmen kerr ape eek?? kerr nk kritik segmen saya?? haha.. apa kata tempek benner dan bg satu backlink ke entri segmen menggila tuhh?? tak salah kan kita sama2 mengkaji dan memberi sokongan kepada newbie2 mcm saya dan rakan2 lain kan..

saya baru seminggu belajar dan mencuba untuk memahami pengertian SEO nih.. sebab tuu nak buat segmen supaya semua kawan2 yang berminat nak belajar SEO nih dapat belajar dengan mengkaji teknik2 nih dengan melihat entri kawan2 yang lain..

thanks sbb memberi perhatian kepada penggunaan KEYWORDS cikgu wan blogger gila… Bagi saya, saya tak kisah dengan keywords tuu sbb ini hanya dunia maya dan mencuba sesuatu yang aneh.. tiada isu perlu dibangkitkan mengenai keyword tuu sbb kita sebagai blogger mempunyai hak masing2 untuk membuat sesuatu kerana ianya hanya satu permainan dan tak kisah lah gila kerr apa kerr kan.. asalkan jangan melanggar etika dan hak2 asasi sebagai blogger sudah kan..

sya bukan seorang cikgu sekarang.. dulu 7 tahun saya bekerja sebagai guru sementara dan panggilan cikgu melekat sampai sekarang..

sekian terima kasih..

Reply

12 hafizmd July 24, 2011 at 3:58 pm

ooo…cenggitu rupanya…

moga sukses dalam ujikaji dan penggalian ilmu SEO ni…

Reply

13 Azuan July 24, 2011 at 7:09 pm

Wslm bro…

Bagus lah kalau bro ada baca… tapi sy bukan nak join, saja nak tengok tempiasnya mcm mana.. :)
Segmen yg bro buat tu adalah hak bro…

Anyway, terjawab juga soalan dan komen yg ditunggu2 dari bro… :)

Reply

14 naimulfirdaus July 24, 2011 at 5:03 pm

mungkin keyword blogger gila ni menarik bagi cikgu wan kot..

Reply

15 Azuan July 24, 2011 at 7:10 pm

Hanya dia yg tahu.. :)

Reply

16 wan_cikgumuzik July 24, 2011 at 10:53 pm

harap maklum yaa… saya nk jelaskan kenape guna keyword tersebut yaa..

Saya hanya tidak mahu mengganggu keword2 yang lain di mana telah terindek pada google.. itu niat sebenar keyword itu dipilih.. Saya sudah buat research sebelum membuat keyword itu..

buat apa saya nak ganggu keyword2 yang penting dan merosakkan ilmu2 yang penting..

Hanya keyword cikgu wan blogger gila jerr org takkan cari.. Harap faham dan tolong jangan jadikan benda ini satu isu.. Saya nak gila kerr… nak bodoh kerr.. itu adalah saya,. Sya gilakan blog.. Saya gilakan solat.. saya gilakan mencari rezeki.. So?? kenape harus perfikiran negatif??

Tahniah kerana entri ini berada di atas carian google.. Dan apa yang pasti, tak de maknanya keyword cikgu wan blogger gila nihh sbb bukan ada org nak cari pon…

Apa2 pon terima kasih sbb memberi perhatian kepada blog saya dan mengambil berat takot2 saya jadi gila.. just thingking positif about perkataan gila.. semuanya akan berubah..

peace.. :P

Reply

17 Azuan July 25, 2011 at 3:48 am

Sebenarnya tak ada isu pun..
Sy pun saja suka-suka buat entry ni..dan dlm entry sudahpun di jelaskan itu hak masing2.
Sy saje nak main2 dan bereksperimen nak tgk sejauh mana blh pergi dgn keyword tersebut.

Anyway, terima kasih untuk penjelasan ini.

Reply

18 akubiomed July 24, 2011 at 6:16 pm

Tajuk entri pun sudah boleh dijadikan SEO. Tidak salah mencuba SEO cuma janggal kalau buat pertama kali membaca seolah-olah Cikgu Wan Gila serius mencari glamour rupanya hanya adalah permainan SEO

Reply

19 Azuan July 24, 2011 at 7:13 pm

betul tu bro..
walaupun permainan SEO, takut nanti melekat sampai bila2 macam salah satu keyword “be*uk” tu dulu. :)

Reply

20 simanis July 24, 2011 at 7:18 pm

salam kenal…
saya salah seorang yang join…
baru tentang seo ni…
semoga awak berjaya….

Reply

21 Azuan July 24, 2011 at 7:22 pm

Salam kenal gak…
Bagus lah macam tu, teruskan belajar…
Good luck. :)

Reply

22 eiela July 25, 2011 at 6:20 pm

huhu pening baca entri nih, kang tak pasal-pasal jadi gila plak.

Reply

23 neo July 26, 2011 at 9:47 am

biar ler cikgu wan mengila, janji aper yg disampaikan ada pembaca & pengisian…tak kisah aku nak baca tulisan si gila… :)

Reply

24 Azuan July 26, 2011 at 1:32 pm

Itu lah.. aku biar jer.. :)

Reply

25 SS July 26, 2011 at 3:00 pm

hasil SEO yang bagus. kekeke

sy cuma ada beberapa keyword je yang kekal di first page google.com.my
itu pun bukan yang trending ataupun hangat macam “cikgu wan blogger gila”
:lol:

Reply

26 Azuan July 26, 2011 at 10:14 pm

Dh bagus tu ada juga beberapa keyword.. terus masyuk lah trafik tu..

Reply

27 Izwan July 28, 2011 at 8:27 am

lambat plak tau.. kalau tak boleh gak nak test2 sebab tengah takde idea ni.. ;)

Reply

28 Azuan July 28, 2011 at 11:08 pm

hehehe.. aku pun saje suka-suka..

Reply

29 titan July 29, 2011 at 11:21 pm

SEO ni..bukan aje dalam blog. Dah lama dah bersarang dalam kehidupan kita.. cuma istilahnya lain la..hehe..

Reply

30 Azuan July 30, 2011 at 1:35 am

hehe.. betul tu bro…

Reply

31 wrizuan.net August 2, 2011 at 2:47 pm

apa yang aku tahu dr pemerhatian aku sebgai guru jugak…guru muzik ini sebenar insan terpilih sbb mereka dikurniakan dgn jiwa2 dan seni yang tidak ada pada org lain….

Reply

32 Azuan August 2, 2011 at 11:26 pm

wah.. bro pun guru muzik ke..
tak ramai yg blh jadi guru muzik ni..

Reply

33 wrizuan.net August 5, 2011 at 3:07 pm

eh takde guru biasa jer…tak ajar muzik. tp rakan2 ramai..

membina identiti blog

Reply

34 Sugel August 4, 2011 at 10:40 pm

……………….Dunia Guru dan Cikgu Malaysia…………………… Dalam isu cikgu-cikgu bermain facebook di sekolah rasanya ramai yang ada pandangan yang berbeza.

Reply

35 Hensem Me August 13, 2011 at 1:57 pm

nak baca entri pun tak boleh kat blog tu.. serabut otak aku g sana..

Reply

36 Nadia August 20, 2011 at 10:10 am

kalau sesuatu unik, mesti org senang nk igt =)

Reply

37 juanita August 24, 2011 at 12:32 pm

Eheheh..glamer cekgu wan :)

Reply

38 Irnie September 4, 2011 at 12:08 am

baru tergerak nk ambil tahu pasal seo ni.. thanks ;)

Reply

39 Azuan September 4, 2011 at 1:15 am

Emm, baguslah macam tu…
SEO ni ilmu yg harus di ambil tahu.. :)
welcome..

Reply

40 liling October 21, 2011 at 12:24 am

ades. ingatkan blog pasal music. alih2 pasal SEO, apa-apa pun, memang skrg tgh berusaha memahami apa itu SEO, haha.

Reply

41 Azuan October 21, 2011 at 3:25 pm

hehe.. tak pe..
bagus tu jika ada kemahuan utk memahami SEO.. teruskan..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: