Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Adakah vitamin Shaklee bagus untuk kesihatan? Produk Shaklee mempunyai pelbagai makanan tidak terhad kepada vitamin, mineral, fitonutrien campuran, dan penggantian makan shake dan bar untuk kesihatan tubuh badan pengguna.

Produk khusus boleh didapati untuk orang dewasa dan kanak-kanak juga produk khusus untuk keperluan kesihatan yang berbeza. Terbukti Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan.

Shaklee adalah produk kesihatan dan kecantikkan terbaik yang menawarkan produk semulajadi dan mesra alam untuk kesihatan dan kecantikan tubuh badan selari dengan falsafah pengasas Shaklee Dr Forrest C. Shaklee.

Matlamat Shaklee menyediakan produk kesihatan berkualiti dan semulajadi untuk menyokong kesihatan supaya lebih baik dan sihat untuk mewujudkan persekitaran dan kehidupan yang lebih sihat dan harmoni.

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Vitamin Shaklee Bagus Untuk Kesihatan

Shaklee memanfaatkan kuasa alam semula jadi dalam setiap formula eksklusif untuk membantu anda sihat dari luar dan dalam, untuk membantu menjaga keluarga selamat, serta membantu melindungi planet kita.

Untuk memastikan produk yang berkualiti, sihat dan selamat, Shaklee sentiasa memastikan tidak akan ada mana-mana formula Shaklee mengandungi perisa tiruan, pemanis, pengawet atau toksin yang berbahaya.

Dari semasa ke semasa akan sentiasa memastikan produk Shaklee sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Hijau.

Shaklee kini menjadi pembekal terkenal di dunia dengan menawarkan supplement dan Vitamin Shaklee untuk kesihatan lebih bagus.

Shaklee adalah Produk Kesihatan, vitamin dan supplement yang bagus untuk pemakanan semula jadi yang mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.

Mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat, Sentiasa Bekerja, dan Sentiasa Hijau.

Di Shaklee, mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang, sihat dan produktif.

Kumpulan produk Shaklee yang khusus, innovatif, cemerlang secara saintifik, kualiti dan standard yang diamabil berat tanpa henti dari semasa ke semasa.

Merupakan pengeluar dan pengedar nutrisi, penjagaan peribadi, penjagaan rumah dan produk rawatan udara termasuk 45 paten di seluruh dunia.

Produk Vitamin Shaklee pelbagai dan sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan juga terdapat produk kebersihan kediaman rumah untuk mendapatkan persekitaran yang lebih bersih dan sihat.

Jika kita lihat sekarang berjuta-juta orang mula beralih ke Shaklee kerana kestabilan dan keberkesanan yang tidak dapat dinafikan lagi sebagai produk pemakanan kesihatan yang terbaik.

Di Malaysia, Shaklee telah beroperasi semenjak tahun 1995 lagi. Salah satu anak syarikat Shaklee Corporation yang berpengkalan di USA. Telah lama dikenalkan di Malaysia, stabil di pasaran dan keseluruhan mendapat kepercayaan dari pengguna.

Disahkan tahap kebersihan dan selamat digunakan oleh KKM kerana mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsung bernombor AJL93747 yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Paling penting disahkan halal dan mendapat sijil HALAL dari Jakim.

Shaklee Vitamin Kesihatan Terbaik

Banyak kelebihan Vitamin Shaklee sememangnya bagus untuk kesihatan dan kehidupan yang sihat.

Pastikan anda mendapatkan vitamin dan supplement dari pengedar Shaklee yang sah dan menyediakan khidmat dan panduan perunding terbaik kepada pengguna Shaklee.

Anda boleh mendapatkan produk Shaklee dan khidmat nasihat dari pengedar sah Shaklee iaitu: YatiAdam (Perak), WinaWellness (Pulau Pinang), ElnaOmie (Johor Baharu), BondaSihat (Sabah), IzzyAdlina (Selangor), RanauHealthyVitamins (Sabah), ShanaSharafas (Selangor), VitaminSiCilik (Johor Baharu), IreneVitamin (Sabah), SihatVitamin (Seremban).

Bukan satu kerugian untuk memastikan keluarga anda hidup sihat sejahtera setiap masa untuk menjalani kehidupan yang sihat dan harmoni.

Amalkan cara pemakanan yang betul dan makanan tambahan seperti suplemen, vitamin dan mineral supaya anda dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat bersama keluarga tersayang melalui produk dan peluang yang ditawarkan oleh Shaklee.

Oh Ya. Contest Bonus Akhir Tahun ini dianjurkan oleh Akma Omar dan ditaja oleh pengedar sah Shaklee serta ditaja oleh Bee Venom Malaysia, Vitamin KesihatanBlog Jawatan Kosong Kerja KerajaanJawatan Kosong Kerajaan Terkini, Exam SPA OnlineKongsi Bersama NoraDunia Vitamin Resources, dan UmmiMama.

Rahsia Kecantikan Wanita Alaf Baru

Lelaki dan wanita ada yang dilahirkan kacak dan cantik, ada yang tidak. Ianya tidak penting tetapi cara bagaimana untuk menjaga dan kekalkan kecantikkan itu yang penting.

Untuk kelihatan menarik adalah impian setiap individu. Baik lelaki atau wanita harus sentiasa menjaga rapi terutama dari segi faktor pemakanan, penjagaan kulit badan dan kestabilan momenton dalam badan.

Kecantikan Wanita Alaf Baru

Rahsia Kecantikkan Wanita Masa Kini

Kesihatan kulit adalah penunjuk kepada kesihatan dalaman anda juga. Ia adalah aspek utama yang sentiasa harus dijaga rapi.

Wanita kalau tidak pandai jaga badan dan kesihatan susah lelaki nak terpikat. Kaum lelaki memang suka wanita yang pandai menjaga penampilan.

Bukan maksud perlu seksi atau sebaliknya tetapi kenalah tahu jaga diri. Kalau nampak tidak sihat dan lemah sahaja lelaki pun takut nak dekat.

Tips Penjagaan Kulit Dan Badan

Kalau nak nampak sentiasa menarik senang sahaja. Ikut tips yang saya tulis ini. Saya pasti mesti ramai lelaki yang suka nanti.

#Cara Penampilan

Memang kaum lelaki suka lihat wanita yang seksi tetapi tidak tentunya mereka tertarik hati. Kecantikkan muka hanyalah satu bonus.

Yang paling utama lelaki lebih suka wanita yang nampak simple dan menarik. Tidak bersolek dan berpakaian keterlaluan. Maksudnya nampak bersih, sihat dan ceria.

Dari cara penampilan yang menarik, sopan dan sedap mata memandang.

#Pemakanan Yang Seimbang

Makanan yang seimbang perlu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat. Lazimnya kita di Malaysia terdedah dengan makanan yang tinggi kolestrol dan berminyak.

Bukan tidak boleh makan tetapi kurangkan dan selang selikan dengan makanan yang berkhasiat seperti makanan yang dikukus dan dipanggang. Sekarang ini macam-macam jenis penyakit ada.

Jadi penting untuk kita kekalkan hidup yang sihat.

#Banyakkan Minum Air.

Air adalah asas kepada semua kehidupan di bumi.

Badan kita terdiri daripada 60% air, ia terlibat dalam setiap fungsi dalam badan, termasuk peredaran darah, penghadaman, penyerapan nutrien dan penghantaran arus elektrik dalam badan yang mengawal saraf, otot dan hormon.

Air memudahkan penyingkiran bahan buangan melalui air kecil, berpeluh, membuang air besar, dan perlu untuk proses penghadaman.

#Pengambilan Vitamin Dan Supplement Tambahan

Vitamin dan mineral diperlukan untuk menikmati kesihatan yang baik dan mengurangkan risiko penyakit kronik.

Banyak kajian saintifik telah menunjukkan bahawa supplement tambahan yang berkualiti boleh menangani kekurangan nutrien dan membantu anda mencapai kesihatan yang optimum. Tetapi perlu diambil secara consisten dengan jumlah yang diselamat.

Saya yang lelaki ni pun amalkan ambil vitamin dan supplement untuk pastikan badan sentiasa sihat dan segar.

#Senaman

Senaman memang perlu untuk mengeluarkan peluh. Sebolehnya lakukan setiap hari walaupun senaman yang ringan.

Dengan bersenam boleh mengekalkan bentuk tubuh badan supaya kelihatan sentiasa cantik, sihat dan bertenaga. Banyak beza orang yang suka dan tidak suka bersenam ni.

Orang yang bersenam akan sentiasa kelihatan segar, sihat dan ceria. Dari segi tubuh badan nampak fit dan bertenaga. Penyakit pun susah nak menyerang sebab penjalanan darah berjalan lancar dan lemak kurang.

Orang yang tidak bersenam akan nampak letih, pucat, tidak bermaya dan lemah. Malah secara automatik pemakanan jadi tidak teratur dan hilang selera makan. Ini tidak baik dan penyakit senang singgah akibat fungsi dalam badan tidak berjalan dengan lancar.

Sekali sekala kalau rajin pergi spa. Saya ada baca mengenai Anjung Jelita Spa & Beauty Centre di blog Denaihati.com.

Menarik juga servis yang disediakan Anjung Jelita ni. Tetapi khas untuk wanita sahaja. Mesti ramai kaum wanita yang suka pergi ke spa.

Hendak dapatkan informasi tentang pakej dan sebagainya boleh layari laman web Anjung Jelita Spa & Beauty atau Facebook Page Anjung Jelita.

Anjung Jelita Spa Beauty

Pentingnya Penjagaan Kecantikan…

Menjaga kesihatan dan kecantikkan bukan sesuatu yang boleh kita pandang mudah dan sambil lewa. Walaupun apa yang saya tulis itu nampak biasa sahaja tetapi sangat penting.

Badan kita nak pakai lama, jika tidak dijaga dari awal akan senang dapat penyakit. Ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita sendiri malah orang sekeliling juga, terutamanya keluarga dan anak-anak yang bergantung kasih dengan kita.

Cantik sahaja tidak bermakna jika tubuh badan tidak dijaga. Jadi, amalkan kehidupan yang sihat dan ceria.

Aura White Beauty Pure

Rahsia Cantik Selebriti Dengan Aura White Beauty Pure

Semakin ramai orang mula sedar tentang betapa pentingnya kolagen dalam badan dan kulit supaya kekal sihat dan bertenaga. Penggunaan kolagen dalam produk-produk kesihatan menjadi semakin penting dalam industri kecantikan di seluruh dunia.

Malah banyak selebriti yang menggunakan produk kolagen untuk menegangkan kulit supaya kelihatan cantik dan gebu.

Dengan mengambil produk kolagen, ia bukan sahaja meningkatkan tahap kolagen semula jadi badan, tetapi ia juga boleh merangsang penghasilan kolagen oleh badan. Mereka yang mengambil kolagen secara konsisten biasanya kulit mereka tegang, licin tiada garis-garis penuaan kelihatan dimuka.

Disamping itu kolagen juga mampu melegakan kesakitan daripada tisu penghubung, pembinaan semula struktur protein dalam badan dimana membantu dalam pemulihan sendi dan kecederaan otot, kulit bercahaya dengan pengurangan kerutan pada muka dan kulit badan.

Ia boleh membantu merangsang pengeluaran kolagen dalam badan anda secara semula jadi.

Fungsi Dan Kepentingan Kolagen

Kolagen adalah protein yang terdiri daripada asid amino. Asid amino yang dibina daripada karbon, oksigen dan hidrogen. Malah kolagen membentuk kira-kira 30% daripada protein dalam badan.

Struktur kolagen sangat kuat dan merupakan protein penting yang terdapat di seluruh badan terutama bahagian tendon dan ligamen.

Ia memainkan peranan penting dalam fungsi perlindungan kulit kerana ia membantu menghadkan penyerapan dan penyebaran bahan patogenik, toksin alam sekitar, mikro organisma dan sel-sel kanser.

Hanez Suraya Aura White Beauty Pure

Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen

Formula daripada pakar teknologi dari Jepun. Aura White Beauty Pure mengabungkan Tilapia kolagen, L-Glutathione, Vitamin C, Hyaluronic Acid dengan bahan semulajadi iaitu epal, tomato, rosella stem sel, lemon, turnip, strawberi, maquiberi, papaya, sarang burung, astaxanthin dan pinebank.

Inovasi kecantikkan terkini teknologi Jepun ini bertindak 3 kali ganda mencerahkan struktur sel kulit yang rosak seperti jerawat, pigmentasi serta kulit kering dan kasar. Kulit akan sentiasa cerah dan gebu.

Disamping itu Aura White Beauty mampu membantu untuk kesihatan dalaman. Berfungsi memberi tenaga, bergerak aktif serta mengurangkan sakit sendi dan otot.

Formulasi 3x stem sel phytocelltec dapat meningkatkan ketahanan tubuh badan, membaik pulih sel-sel lama kepada sel-sel baru dan meningkatkan kalsium yang diperlukan oleh badan dan tulang.

Mencantikkan dan menguatkan kuku yang mudah patah dan kering. Untuk rambut pula dapat menggelakkan masalah berminyak, masalah kulit kepala yang kering dan juga keguguran rambut. Rambut anda akan kelihatan sihat dan bermaya.

Ianya sesuai juga untuk ibu mengandung dan menyusukan bayi kerana khasiat Aura White mengandungi vitamin yang tinggi, sekaligus ianya dapat menyalurkan nutrisi kepada bayi di dalam kandungan dan memproses susu yang banyak.

Kesannya kulit ibu dan bayi akan sentiasa cantik dan sihat.

Kebaikkan Aura White Beauty Pure

  • Sesuai digunakan oleh lelaki dan wanita.
  • Dalam masa 2 minggu mampu mencerah dan menegangkan kulit sebanyak 50 peratus. Kesannya, kulit menjadi cerah, gebu dan licin.
  • Struktur rambut menjadi lebih kuat, sihat dan tiada masalah rambut gugur, kering dan berminyak.
  • Kuku sihat dan tidak mudah patah.
  • Memulihkan kulit yang rosak, bermasalah dan tidak sekata. Kulit akan sentiasa cerah dan berseri.
  • Mengurangkan kedutan akibat garis halus dimuka. Disamping itu dapat melambatkan proses penuaan dan mengecilkan liang roma.
  • Nyah toksid dalam badan dan sistem kumbuhan, dapat menggelakkan masalah sembelit.
  • Memberi tenaga supaya badan bergerak aktif. Berkeyakinan, terserlah dan ceria.
  • Mengurangkan sakit sendi dan dapat menguatkan otot, kuku dan tulang. Daya tahan dalam badan menjadi lebih sihat, kuat dan bertenaga.
  • Sesuai untuk ibu mengandung kerana kandungan nutrien yang tinggi dan mampu meningkatkan penghasilan susu.
  • Tiada kesan sampingan dan selamat.

Cara Pengambilan Aura White Yang Betul

  • Masukkan 2 scoop Aura White Beauty ke dalam shaker dan goncang.
  • Bancuh menggunakan air mineral atau air bersih biasa. Penggunaan air panas tidak digalakkan, ini adalah kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang.
  • Elakkan minuman atau makananan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya . Kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan memberi kesan yang tidak baik untuk kulit.
  • Anda diwajibkan minum air masak atau air mineral bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
  • Ianya sesuai diambil ketika perut sedang kosong. Jadual pengambilan Aura White Beauty Pure adalah pada waktu pagi 2 jam sebelum sarapan dan malam sebelum tidur, 2 jam selepas makan malam.

Bagaimana Membeli Aura White Beauty Pure

Kelihatannya sudah semakin ramai orang yang mempromosikan produk Aura White Beauty Pure L-Glutathione Collagen 400000mg ni. Kesihatan dan kecantikan tubuh badan adalah impian semua orang. Malah terdapat juga selebriti yang menggunakan Aura White Beauty Pure ini.

Melalui Rahsia Cantik SELEBRITI dengan AuraWhite sudah tentu ianya dapat memberi sinar baru dalam menyelesaikan masalah yang anda hadapi.

Sekiranya berminat untuk mencuba, anda boleh dapatkan produk Aura White Beauty Pure Glutathione Collagen 400000mg dengan segera.

Selamat mencuba…