Tidak dinafikan bahawa keinginan sesetengah blogger adalah mahu buat duit dengan blog. Tetapi ianya tidak mustahil dapat dilakukan jika kena dengan caranya, namun buat duit online dengan blog tidak menjanjikan korang menjadi kaya raya. Cukuplah sekadar menjana pendapatan sampingan melalui blog dalam jangka masa yang panjang. Jika buat blog semata-semata untuk cari duit dan inginkan duit segera, blog bukanlah tempatnya. Seeloknya korang perlu mengetahui tip blogging terbaik supaya dapat memantapkan blog tersebut dahulu.
Sebagai permulaan, aku ingin kongsikan pengalaman cari duit online melalui blog. Jika di lihat, apalah yang ada pada blog ini sehingga dapat menghasilkan sedikit duit. Namun, aku ada beberapa lagi niche blog berbahasa English yang berpotensi untuk buat duit online. Jadi aku mengambil kesempatan ini untuk berkongsi bagaimana cara buat duit online dengan blog. Niat di hati bukanlah untuk menunjuk, jauh sekali untuk berbangga, malah jauh sekali untuk menunjuk pandai, cuma niat di hati hanya ingin berkongsi pengalaman.
Bagaiman Buat Duit Dengan Blog?
Banyak faktor yang main peranan samaada korang boleh buat duit online melalui blog ataupun tidak, cepat ataupun lambat. Setiap satu faktor yang akan di kongsi nanti boleh menghasilkan duit dengan caranya yang tersendiri. Berikut ialah faktor-faktor yang boleh di ambil kira hasil dari pemerhatian dan pengalaman aku selama ini:
Niche/Topik Serta Permintaan
Niche dan permintaan adalah dua benda yang berkait rapat serta saling memerlukan antara satu sama lain. Setiap niche sudah pasti akan ada pasaran permintaannya. Contoh niche yang paling mudah ialah berkenaan dengan blogging, pasaran permintaan blogging cukup meluas. Bila ada permintaan, di situ akan terhasilnya pendapatan. Bagaimana caranya, korang cuba fikirkan.
Trafik Ataupun Pelawat
Trafik ibarat nyawa kepada blog dan semangat buat blogger untuk meneruskan blogging. Trafik yang tinggi dan berkualiti akan menarik minat pengiklanan untuk meletakkan iklan di blog korang. Dengan itu korang boleh buka pakej pengiklanan ataupun boleh pilih untuk mendaftar samaada nuffnang, advertlets, innity, dan mangga ads.
Google PageRank
Blog yang mempunyai Google PageRank dapat menghasilkan duit melaluinya. Semakin tinggi Google Pagerank, semakin mahal bayaran yang akan di bayar oleh pengiklan. Biasanya niche blog bahasa English yang mempunyai Pagerank lebih meluas pasarannya untuk mendapatkan pengiklan. Namum blog bahasa melayu juga tidak mustahil. Untuk buat duit dengan Pagerank, korang boleh cuba mendaftar dengan BuyBlogReviews, LinkWorth, dan IntelliLinks. Oh ya, korang perlu ada akaun Paypal supaya urusan pembayaran dapat dilaksanakan.
Bukti Buat Duit Dengan Blog
Menulis dan berkongsi idea sahaja tidak berguna tanpa menunjukan bukti. Semua orang boleh berkata-kata, tapi untuk membuktikannya belum tentu boleh. Jadi sekali lagi bukan untuk menunjuk-nunjuk, cuma aku ingin buktikan apa yang telah di sampaikan.
Nuffnang Payment
BuyBlogReviews Payment

Hasil dari satu sponsored post. Untuk dapat jobs dari BuyBlogReviews, niche dan kualiti blog amat memainkan peranan. Ada jobs, adalah hasilnya.
LinkWorth Payment

June & July 2011. Hasil dari text links ads. Nilai pendapatan sama. Ada rezeki, dapat lagi payment untuk August 2011 dengan nilai yang sama.
IntelliLinks Payment

Hasil setiap bulan dari text link ads untuk blog ini. Bayaran telahpun dibuat pada April 2011 dan May 2011 dengan nilai yang sama pada setiap bulan.
Direct Contact
Tambahan kemaskini pada 4 Jan 2012.

Alhamdulillah, pengiklan ini masih teruskan iklan tersebut. Harap ianya akan berterusan. Ini adalah bayaran yang ketiga. Payment yang pertama bermula dengan Invoice #14.
Itulah sahaja bukti pendapatan hasil dari buat duit dengan blog. Walaupun tidaklah banyak, tapi sudah cukup untuk membayar sewa hosting dan domain. Perlu di ingat, hasil yang aku dapat itu tidak akan datang bergolek jika tanpa usaha. Hasil tersebut bukan buat (berblog) terus dapat. Aku sendiripun ambil masa bertahun untuk mendapat hasil sebegitu. Sekian…
p/s: Lupa nak watermark setiap gambar.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!







{ 141 comments… read them below or add one }
aku pun ada rasa nak buat satu blog niche.. cuma nak start camane tu takde guidline lagi..
aku dulu pun mula start blog niche bila join contest seo yg menggunakan keyword English. Jd lepas contest masih monetize blog tersebut. Berbeza dgn contest SEO yg guna keyword bahasa melayu ni. Cuma sekarang ni tak ada pula orang yg nak anjurkan contest SEO keyword bahasa English.
ape beza seo contest english n BM?
Jika English, lepas habis contest boleh gunakan blog yang dipertandingkan utk monetize.. ada byk cara yg boleh monetize berbanding blog BM. Kiranya ambil kira utk jangka masa yg panjang. Dari situ akan terhasil niche blog bila dah habis contest nanti..
jom follow kelas blogging niche aku di reezluv.com..ngeh3..
kelas reezluv.com dalam perancangan sebenarnya..asyik terlupa2 je..
tak nak pegi pun takpe..hehee..sebab gua bukan otai pun…mana leh celen income 4-5K sebulan dgn blog..:D
eceh..yela tuh..takde 4-5k pn takpe.. stakat duk kampus aku target lepas duit makan je bulan2.. 300-400 pn ok..takde la sesak sgt sampai kena mintak family..mintak duit dgn family sesuatu yang memalukan rasanya..
guideline tu ada sebenarnya, google je tentang blog niche, pasti jumpa sesuatu yang berguna.
t.kasih sudi berkongsi mklmt ini.ia memmberi smgt kpd sy utk menjana pndptn online.thnks..
nak buat duit ngan blog ni penat sebenarnya..kena komitmen tinggi baru boleh..
Mmg agak penat, penat dlm mencari ilmu. Perlu sangat bersabar…
betul3. memang penat mencari ilmu dan bereksperimentasi. selain tu kena kawal emosi dan mentaliti kena mantap juga.
Ni pun selepas setahun baru dapat merasa…
Aku dah pernah baca rupanya..terbaca lagi sekali..haha..aku ada domain baru tapi tak sure nak buat BM or BI..
Mungkin kalu dapat duit dari blog pun akan makan masa lama…la ni ada 3 nuffnang, heartbeat dan mangga ads tp habuk pun tara…mungkin bukan utk buat duit kot……sabor je lah….seronok tgk org buat duit dgn blog….bukan rezeki saya…
Sabar itu penting.. tetapi jgn lupa untuk usaha.. kalu nuffnang, trafik mmg main peranan jika dapat BE.
jika nuffnang kita kena pandai tarik hati nuffnang dulu , utk nuffnang rekomenkan blog kita ke advertiser , so kena aktif join aktiviti nuffnang .. agak payah sebenarnya .. so saya pilih initty hanya fokoskan pd traffic je
blog power je boleh dapat Innity ni PB.
Blog ni tak power pun, sebab tu tak dapat..
mcm ne nak tambah power?
kene minum super power ke? hehehe
menarik income dari PR.. ada tips tak camne nak buat benda tu? hehe
Bro pun blh cuba dgn blog bro tu.. PR5 mmg mudah nak buat duit. tapi bergantung pada niche blog. Jika ada permintaan dan relevan dengan advertiser yg inginkan iklan, mesti dia sanggup bayar mahal. Tapi boleh cuba daftar dengan program yg di nyatakan di atas.
ok. tengah register sekarang ni. pening juga interface dia.. ingatkan nak promote bisness sekali. = )
Ok. bagus lah mcm tu bro.. Sementara PR tinggi ni, gunakan peluang tersebut. Yang LinkWorth tu macam pening sikit interface nya.
iklan2 berbentuk link ni tk pernah cuba lagi
Emm, nanti boleh lah cuba tu…
bertambah lebat lah income PB nanti bila PB dah cuba
Emm, memang lebat tu dia punya income nnti..
Dulu ketika mula buka blog memang didalam bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Inggeris tuggang langgang masih mampu beri kesan kepada Adsense. Sayangnya tidak komited untuk meneruskan blog bahasa Inggeris tersebut hingga berkubur begitu sahaja
Harap nanti ada contest SEO yang menggunakan kata kunci Inggeris… Baru lebih komited nanti…
duk kejar mende2 ni kadang2 letih gak… tp kalau dah ada ilmu cukup, takder hal la kot..
hang ni masuk wangcyber ke?
Mmg dh lama kat WC tu.
knp?
sebab income bro tuh banyak semacam je… hahaha
Oh.. tak ada kaitan rasanya dengan WC…
jeles aku tgk Linkworth tu..tak pernah lagi dapat income gitu punya best..:D
tahniah2..niche ape tu eh?
Aku pun mula2 lambat gak nak dpt advertiser kat LinkWorth ni..
tp bila dh dpt, hasil mmg blh tahan..
Tu niche education.
advertiser LW ni bajet besar-besar semuanya..tu yg best..
fuh…dot edu ke tu? pergh….erm..terasa plak nak main niche education…:D
Bajet mmg besar, tp kalau kene dengan niche dan PR tinggi, mmg lumayan..
tak lah, dot com jer…
income tu dari bape web eh?PR bape la tu agaknya? PR5?6?
emm, dari 2 blog.. blog ni satu dan blog niche..
Blog PR5 dan PR4.
bile le ada blog PR4 ngan 5 tu..adeh..PR3 je ada dapat..:D
Emm, tunggu lah PR update nnti..
ada rezeki dapat lah tu bro..
lama lagi tu..ujung taun le kot..adeh..kena speed up la nampaknya dengan memacam senjata..adeh
gunakan semua senjata reez, ganbate!
Kalo untuk blog berbahasa melayu, boleh buat untuk LinkWorth gak ker azuan?
Azuan, dalam LW tu, kita nak signup under advertiser atau partner ?? Kompius den…hehehe
Blog melayu blh, cuma kena pandai lah bila nk submit nnti..
sign up yg partner..
apa maksud kena pandailah bila nak submit nanti?
Pandai dalam menulis form yg kene diisi nanti untuk menarik minat advertiser…
earning daripada oversea nampak gaya lagi banyak dari income local ya azuan
Lebih kurang lah bro.. darab 3.
kompom dibayar dari local punya company yang kebanyakannya pilih bulu..:D
fuyoo dengar kata blog PR 3 ke atas buat niche english senang lagi nak cari income, blog saya tu baru PR 2…
Senang tak senang gak.. kalu niche tu kena dengan permintaan, mmg cepat jer laku bila jual link..
Kadang blog niche yg PR1 pun ada org nak beli link bila ianya relevan dgn link advertiser..
emm, nnti PR2 tu naik lah tu…
ooo macam tu ek, usaha tu penting atas hasil yang dapat
A’ah bro.. betul lah tu..
huhu..hebat-hebat. Aku pun dah lama tak dapat income dari linkworth..blog PR3 aje memang tak cukup rasanya..
biasa-biasa jer bro..
blog bro yg abrablog ni pun sy tgk ada gak text link tu.. byk masyuk tu..
PR3 rasanya blh, cuma kene rendahkan harga..
huyooo… banyak nye hasil dr nuffnang…
blog sy bru jer dpt PR1…
Mana ada banyak.. tu hasil 2 tahun tu.. hehe..
blogging sebab hobi dan minat.. traffik dan buat duit tu soal nombor 2.. kalau rajin insyaallah benda tu akan datang..
Sekarang, dengan hobi dan minat tak mustahil boleh hasilkan sedikit duit..
banyak hasil ko dapat.rezeki…
Tak de lah byk..
ada lah rezeki skit2..
dpt lah bayar sewa hosting n domain ni..
tu pun dah lebih dari cukup dah bro.dapat jugak topup handphone sekali.hehe…
hehe.
lebih kurang mcm tu lah bro..
tak pernah ada lagi blog niche, tapi cadangan tu ada cuma ntah bila nak mula. selagi tak take action, selagi tu takde hasil, betul tak
Betul tu bro.. perlu take action segera..
kalau tak nak mula lagi pun, beli jer domain dulu..
nnti bila dah nak start, domain pun dh berusia. bagus skit..
oo macam tu. walaupun domain tu tak aktif sangat tapi mempengaruhi PR jugak ek?
Domain tak aktif mcm mana nak mempengaruhi PR…
Cuma bila usia domain tu dah tua ianya lagi bagus..
itu blog manyak masyuk wooo…jangan main2 wooo..itu blog manyak langsi…huhuhu….
Biasa-biasa jer bro..
Nak kena ada masa yang cukup dan betul-betul ready kalau nak buat semua ni~ Huhuu
Itu sudah semestinya…
tp sy lebih sarankan segera bertindak..
beli domain dulu.. sbb domain dah berusia lebih bagus..
banyaknya duit dia..bak sikit..
Salam bro.. hehe.. mantap ni bro.. Link tu bro, aku xingat password blog aku.. hahhahaha..tapi income tetap jalan.. hehehe… nanti lah aku korek kat laptop satu lagi kalau ade mase.. skarang sgt bizi sket nak korek2 ni.. By the way bro, good luck bro.. hohoho… backlink byk sket lagi…
Wslm bro… mana ada mantap, biasa2 jer..
Boleh pulak blog sendiri tak ingat password.. hehe…
Backlink nak byk mcm ne, aku manual jer..
lain lah ko, auto jer… hehe..
ok bro.. baru siap letak.. ade 2 posts aku letak.. check la..
hehe.. mekasih banyak2 bro..
dah tgk…
Awal bulan 8 nnti blh la kalau ko nak buang..
tadi masa aku masuk..ada malware plak..ko perasan tak nih?
Perasan bro.. dh 2 hari kena ni..
byk kali dah kene serang malware ni..
satu lagi blog kene hack oleh hacked dari Bangladesh..
Ni dah request kt Google webmaster tools, bila lah nak hilang warning tu..
waah… selamat pak… saya kagum dengan hasil usaha anda… saya mau bertanya… apakah dengan Google Pagerank 1 kita bisa berhasil? atau ada batasan minimal pagerank 3 atau 4???
Sebenarnya tidak ada batasan.. Bisa aja dapat dengan hanya PR1, namum faktor yg paling penting ialah Niche.
Jika kena dengan Niche yg diperlukan oleh advertiser, PR1 pun bisa dapat.
sayangnya blog saya tidak fokus pada satu niche… blog saya general dengan Google pagerank 1. tapi saya tidak putus asa,,, mungkin setelah blog saya menghasilkan uang sedikit, bisa untuk modal buat blog baru dengan fokus ke 1 niche… kita doa sama2 ya pak, mudah2n sukses dengan blog kita ini untuk dapet $$$. makasih pak tipsnya…
Kalau blog general, perlu usahakan utk dapat PR3 ke atas… mungkin akan ada juga advertiser yg berminat..
lebih-lebih lagu kalau blog berbahasa English. Apa pun, cuba dulu.. belum cuba belum tahu..
siap! saya sedang berusaha menuju PR 3… insyaAllah, Amin! oh iya pak,,, untuk logo blog, bapak buat sendiri atau pake tools gratis? logo yang ada di blog bapak ini bagus dan elegan, saya senang melihatnya…
Ok.. good job..
Logo tu buat sendiri jer..
Anyway, thanks..
setahun baru dapat merasa income camtu? nampaknya kena belajar dulu la nih…
Yup… belajar dulu, cari ilmu dan cari pengalaman…
Banyak juga tu. Nanti saya pun nak cubalah =)
Tak adalah banyak mana.. tp cukup lah sekadar sampingan..
Boleh cuba.. yg penting take action.
kalau rasa nak berbaloi…simpan lama sikit baru keluarkan sekali harung…baru berbaloi-baloi…
dapat byk tu pun dah rasa berbaloi..
sampingan utk bayar sewa jer..
buat duit dengan blog. haha, nih ade contest seo ker ape nih, asek terbaca buat duit dengan blog je akhir akhir nih. adeh. ker aku yang missing in action
mmg ada contest pun.. tapi sambil menyelam minum air…
tak pe terbaca pun, asalkan entry ini ada bukti..
Takpa bro, kalau bro nak senang just guna plugin watermark reloaded, jadi setiap kali bro upload gambar dia akan automatically watermark
Oh..
ada ek plugin mcm tu.. baru dengar ni..
thanks bro berkongsi…
very nice, sukses for you !
caya la bro… nak jugak satu blog niche… mana tau ada rezeki boleh dpt hasil… dpt guna utk belanja bulanan kat U pun dah ok dah…
Blh jer bro.. try lah join contest yg keyword apple iphone 5 tu..
permulaan yang bagus tu..
nk tya macamna nak bagi cepat naik page rank ye?
Emm, soalan cepu mas tu..
Byk faktor sebenarnya.. tp susah nak jumpa cara yg tepat utk naik PR.
Tp apa yg penting, dapatkan kualiti backlink.
Tahniah, NG entah bila nak buat duit dgn blog
Tak reti sgt. hope azuan boleh ajar sikit. bole?
Mcm ne nak ajar yer… sebab asasnya blh di katakan semua org dah tahu. Iaitu blog yg trafik tinggi dan PR tinggi lebih cerah peluang utk buat duit.
Terbaik artikel ni.. boleh jadikan inspirasi dan motivasi
Terima kasih bro..
lepas ni kena try godek-godek dan usha link-link bro sebut kat post bro. Baru try buat blog niche untuk produk clickbank. Kira blog eksperimen la nih.
Oh..
baguslah mcm tu bro..
try lah dulu..
Emm kena usaha ni untuk dapat income pertama dari blog english..Pendedahan yang bermakna
emm from my point of view asy man, cakap orang putih tu, nak dapat income dari blog ni kena rajin dan tak boleh give up, baru nampak hasil nya
Ni pun hasil selepas setahun..
Terima kasih atas tip-tip yang diberikan, memang mantap bro!!
setelah terbaca di ruangan diatas..saya rasa ini adalah jalan yang bagus untuk menjana income.boleh saudara tunjuk ajar..saya budak baru dalam pembikinan blog..
Apa blog bro?
Jika matlamatnya duit, kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkannya. Takut tak dapat, kecewa di tengah jalan.
macam mana nak buat duit kt blog.,.,.sye dh cbe mcm2.,.,.kwn2 sye smua x cye psl blog blh buat duit.,.,.,.ada spe2 blh btu x.,.,.
hi.. aku bru dlm blog ni. org kte klau dh ads pkai nuffnang kna pakai tu jela
kt blog kita. x leh cmpur ads . betul ke?
Blh jer campur.. tp status Gliterati yg nuffnang bagi tu akan ditarik balik la.
kalau gaya camni, terpaksa la aku dulukan projek web omputih.. ade website tuk english tp video je..tu pun lame terbiar.. da penuh semak samun
Bukan ke website yg ada video ni laku…
laku tu mmg laku.. tapi mase nk cari video tu yg takde haha
Macam tak percaya je dengan blogging dapat income banyak gini. ada yang RM, USD. Betul2 masyuk. Nampaknye banyak lagi aku kene belajar. Lepas ni,makin selalu la lepak kat sini nak membaca. Kui3..
Jadi percaya ke tak ni?
Sbb tgk blog bro pun ada iklan…
oh. cuma ada iklan nuffnang. baru pasang. yang lain tu iklan bisnes family sendiri.
blog pon baru sebulan jagung. sape la nak iklan kat situ. hehe
mcmna nk buat keyword…ape tu keyword eak??? lepas aku xfham fungsi SEO…tulun xplain
Nak tanye dulu, knp bro buat blog dengan nama sokerstar?
sokerstar tu pun adalah sejenis keyword.
nak tahu fungsi SEO, cuba bro search “sokerstar” di Google.com.my, lepas tu ada tak bro jumpa blog bro dalam result yang disenaraikan. Kalau jumpa, itulah salah satu fungsi SEO.
no wonder your site in first page… ummphhh
saya ni baru nak mula. 1st step pun blom. jd, ape nk buat ye?hehe
1st step, buat blog dan menulis kerana minat dan berkongsi benda yg berguna.
Ok bro…tp ni ada blog yang menceritakan kisah buat duit dgn FOREX ..Kawan gua punya BLOG ni, ada banyak info dalam ni. Semua info ni sangat penting bagi yang nak buat duit dengan FOREX, selamat mencuba….
Dee….P.Sena
WOW no 3 untuk Keyword Buat Duit Online pada 2 june 2012. terbaek..keh keh keh
salam bro, saya ni orang lama jadi malas laaa kalau nak baca baca kat internet atau baca buku untuk buat duit dgn blog, jadi kalau nak masuk kelas atau kursus ada ke. blog saya baru mulai 7 hari tapi dah mencapai pengunjung 600 orang dan kata kawan blog itu akan sangat berpotensi. kalau ada kelas saya nak ikut.tolong beri tau.
salam
kalau azuan boleh buat satu ebook lengkap atau video tutorial cmana nak jana income dr blog adalah sgt bagus utk para newbie….
[hanya suggestion]
masih lg blajar berblogging………
wah. banyak tu. alhamdulillah
i”m want try…but how?
direct contact tu cmne nk dpt?
Sy nk blajar.. Mcm mn… Please emel sy.
Tq:)
macam2 cara nak buat duit online ni. Yg penting anda fokus dalam mempelajari dan menjalankannya
Tahniah!!!bukan sikit dah tu…buat blog ni bg sy bukan utk duit semata2. Tp lebih kpd berkongsi ilmu,jika anda ikhlas…insyaallah ada rezekinya..ye tak?
Byak cara nak buat duit, tapi blog sememangnya penting sebagai landing page…
{ 1 trackback }