Berita baik untuk pencinta SEO serta buat mereka yang ingin mengasah bakat mahupun teknik SEO. Mungkin korang boleh mencuba dengan menyertai cabaran SEO untuk kata kunci Berita Sukan Terkini. Aku tahu contest SEO ni pun dari forum WangCyber.
Sudah agak lama sebenarnya aku tahu mengenai cabaran SEO Berita Sukan Terkini, tetapi aku tak pasti samaada mahu turut serta ataupun tidak. Bila berada dalam contest, masa yang terluang memang sangat diperlukan. Tapi aku asyik sibuk sahaja, jadi susahlah sikit nak bagi fokus. Tak tahulah nanti macam mana, kalau tak sibuk mungkin aku turut serta. Boleh juga nanti asah teknik yang sudah berkarat ni.
Alang-alang aku dah tahu mengenai contest ni, elok juga aku war-warkan dekat blog, mungkin nanti korang yang berminat boleh menyertainya. Setakat ini aku tengok belum ramai yang berdaftar untuk menyertai contest tersebut. Eloklah kalau korang menyertainya, mungkin peluang untuk menang tu besar sikit. Aku tahu ramai yang pakar-pakar SEO ni, secara teorinya semua boleh bercakap (bagi tips) pasal SEO. Jadi buktikanlah apa yang korang kongsikan tu.
Mengenai cabaran SEO Berita Sukan Terkini, hadiahnya tak adalah besar sangat macam yang Denaihati selalu anjurkan tu. Lagipun ianya lebih fokus kepada Newbie, tetapi jika korang berminat nak menyertainya pun boleh. Namun, hadiah bukanlah keutamaan, ianya boleh dikatakan satu bonus, apa yang lebih berharga ialah ilmu yang bakal korang dapat.
Tarikh tamat cabaran SEO Berita Sukan Terkini ialah pada 24/12/2010 jam 9.00 malam. Pemenang pula akan ditentukan berdasarkan keyword “Berita Sukan Terkini” menggunakan enjian carian Google.com serta browser Mozilla Firefox.
Syarat-syarat pertandingan dan pendaftaran boleh rujuk entry cabaran seo berita sukan terkini di blog kimirekonen.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!


{ 158 comments… read them below or add one }
wah menarik, berminat jgk nk join contest tu.. nk bljr lagi pasal SEO..
Apa lagi bro.. join jer..
nnti banyak blh belajar..
Oho. Tak pandailah shaye.huhu
Jgn cakap mcm tu..
boleh belajarlah..
tak salah mencuba..
p/s: Maaf lambat reply comment.
aku tak join pun contest tu
tapi aku dah eksperimen dengan blog aku
dapat top list untuk keyword rawatan bekam di shah alam
Oo.. bro pun dah tau ek contest tu?
bagus keyword tu, lebih tertumpu..
tau tapi malas nak join
kita cuba apply kat blog kita je..
itu lebih memadai..
kalau dah pro boleh buat servis tu hehe
Maksud bro, servis SEO ke?
mantap tu kalau blh buat servis SEO.
selalu diorg charge mahal.. cuma kita tak mampu lagi nak buat servis macam tu…
ada website2 lain dari luar negara boleh buat SEO lagi gempak..
contoh http://www.seolinkvine.com
Betul tu bro.
mmg mahal..
yg SEOLinkVine tu mmg tahu lama dah.
penah gak try yg dpt free article tu..
ok tak SEOLinkVine tu.. aku tak pernah cuba
Ok gak lah..
sebab mmg banyak boleh dapat article free tu..
ooo tapi kalau tak kena apa yg kita nak.. payah gak tu hehe
A’ah bro..
sebab macam-macam jenis artikel yg masuk nnti..
masyuk la bro2 ni..
saya ni noob lagi…
wah ada contest seo…adei…aku jarang tgk berita plak kebelakangan nie…
hehe.. aku pun jarang tengok bro..
Ni musim sukan asia 2010, mungkin byk input blh letak nanti..
lagi pun keyword tu mcm mudah utk buat entry..
wah.. menarik ni bro.. kalau ada masa nak cuba gaklah.. thanks kongsi..
Cuba jer bro.. Entry utk keyword ni pun mcm mudah nak buat..
lagi2 sekarang ni musim Sukan Asia 2010.
ok bro.. sama-sama.
saya dh join bro. hehe.
kalau ada rezeki, alhamdulillah.
p/s: blog bro 1st page tu. tahniah2.
Baguslah bro..
jangan tengok jer..
join sekali rasai kehangatannya..
bukan 1st page lah…
ye. memang dh lama nak join cabaran berbentuk SEO ni.
ye ke bro?
Nanti lepas ni mungkin akan ada lagi..
jd melalui pengalaman ni boleh dijadikan panduan..
A’ah lah bro..
ye. betul tu.
Menarik.. InsyaAllah profhariz.com akan cuba jugak join
Tetapi PR masih 0..
Mampu ke?
Semua mampu join lah.. cuma nak dengan tak nak jer..
sila-sila join yer..
Hehehe.. Bila plak bro azuan nak anjurkan contest SEO?
Emm, tak ada budget nak anjur.. hehe
kitaorang nantikan..
saya pun teringin gak nak naik PR ni
nampak cam best jer kontest ni yer..dh usha tadi..anyway,bro masuk ler kontest tu,kan otai dah bab seo ni:)
hehe.. mana ada otai lah..
masih banyak yg perlu dipelajari..
kalau masa mengizinkan, akan masuklah nanti..
menarik2… lambat betul lah aku nie…dah macam nie baru tahu…huhu
hehe.. tak pe bro..
apa lagi, terus join jer..
salam azuan, boleh tak suggest dekat aku rujukan yang aku boleh guna untuk belaja SEO khas untuk blogging.. sebab aku pernah jumpa beberapa rujukan, tapi itu spesifik untuk buat website, dan ada command yang aku tak familiar.. which is tak ada dalam sistem wordpress.
dalam entry yang lepas aku nampak azuan ni berpengalaman bab-bab seo ni
Wslm bro.. blh tahu command yg macam mana tu?
sebenarnya SEO ni perlu tahu asasnya dulu.. SEO ada dua teknik:
a) On Page SEO
b) Off Page SEO.
On Page SEO ni ianya lebih kepada optimization dalam blog. Bermula dari heading sampailah ke footer, termasuk juga entry yg mesra seo serta mesra pembaca. Untuk wordpress, kalau teknikalnya boleh guna plugin Platinum SEO Pack.
Off Page SEO ialah proses optimization yang dibuat diluar blog atau lebih dikenali proses buat backlink. SEO utk Google, makin byk dapat kualiti backlink, makin mudah untuk dapat tempat tinggi di search engine google. Backlink ni lak ada banyak jenis, tapi yg biasa kita buat ialah blog commenting. Manfaatkan plugin comluv yg dipasang pada blog lain utk dapatkan voting.
Jadi itulah serba sedikit asas yg perlu kita tahu.. bila asas dah betul, insyaallah proses seterusnya dapat dipelbagaikan oleh kita sendiri. Yg penting kena faham mcm mana ianya berfungsi. Penerangan sy ni masih bersifat general, belum detail lagi. Harap ini membantu.
membantu.. sangat membantu lah ni. macam yang on page seo saya just pakai all in one seo pack. fungsi lebih kurang je kan, atau perlu ke nak pakai sampai 2 plug in?
kalau macam panduan seo, azuan tak rujuk mana2 ke sebelum ni. panduan berbayar ke
Tak perlu nak pakai 2 plugin tu.. Mmg fungsinya sama jer.. Tapi secara peribadi, sy lebih suka guna Platinum SEO Pack. Tapi kalau dah guna theme Thesis, tak perlu lagi nak pakai plugin SEO.
Kalau ikutkan panduan, mmg banyak.. lagipun sy adalah dalam 3 tahun kot dalam bidang ni.. Panduan berbayar tu ada juga, tapi asasnya mmg sama jer.. cuma makin lama perlu update dengan teknik terkini, sebab algoritma google pun sentiasa berubah-ubah. Tapi apa yg penting ialah pengalaman, ilmu dari pengalaman mmg penting.. bila dah ada cabaran, kita mungkin jadi lebih rajin skit nak buat seo.
cun! info terbaik punya
tapi kan..comment luv tu kita nak klik kat cumment luv lebih baik atau kat link dia je…
Tak faham ayat “comment luv tu kita nak klik kat cumment luv lebih baik atau kat link dia je”?
maksud bro perlu tick ataupun tak ke?
atau macam mana?
tick dan klik pada link commnet luv tersebut..
Utk kasi comment luv muncul, mmg kena tick lah..
Pakai commentluv akan create lagi banyak backlink mudah jer install plugin dan tinggal komen dekat blog
hehe kalau aku join gerenti dapat tempat last nyer heheh
Ps: masih lagi dalam proses pembelajaran
Jangan pandang rendah pada diri sendiri..
belum cuba belum tahu..
Lambat lagi, tarikh tutup contest tu. Biar dah abis exam baru difikirkannya.
Adalah dalam sebulan lagi ni..
bila bro habis exam?
9 hb 12 ni…
Oh.. x lama dah tu..
sempatlah tu bro kalau nak join..
contest seo ni memang menarik.. ada masa nanti nak juga join..
Join jer bro…
Bro pun pakar SEO..
sila-sila join..
belum sampai tahap pakar lagi.. tak pernah menang contest SEO, hehe
Tak menang tak semestinya tak pakar..
tapi byk bro berkongsi pasal SEO.. jd pengetahuan mengenai SEO tentu banyak..
itu boleh dikategorikan sebagai pakar tu..
Ada lah juga sikit-sikit bro..
tapi nak kena belajar banyak lagi ni..
menarik jugak ni, nak kena join jugak kalau ada masa
apa lagi bro.. join jer..
curi-curi skit masa tu..
semua pakar bab2 ni
saya ni kureng sikit..
apakah yang patut dibuat..
berita sukan terkini..
memang tajuk mudah nak buat, tapi keyword berkesan tuh mampu ke tak tak tahu la..
Belum cuba belum tahu..
sementara masih ada masa, elok bro cuba dulu..
ooo..bro isa pun cakap macam complicated..haha
otai tuh…
Dia sibuk tak ada masa tu nak join..
haha! tu la pasal..kalau tak wah, semua keyword berkesan macam bro =)
cam susah la plak keyword tu, ikutkan memang minat nak join. tp cam takda masa la plak. hehe, masalah byk lg tak settle.
ko pakai plugin apa tuk Incoming search terms:?
Tak pastilah susah ke tak.. Kene cuba buat dulu tengok mcm mana.. baru senang nak label susah ke tak..
nnti kalau ada masa, sila-silalah join bro..
Oh, perasan gak ko ek kat plugin tu.. Tu plugin SEO SearchTerms 2.
aku tak join kot, takda masa kot nak kejar semua ni. aku dah test search keyword ni. mmg tinggi kot kalau nak duk page 1. terlalu kormesial sgt keyword tak sesuai tuk hadiah dia…erk…
mestilah aku perasan bro, setiap sudut design blog ko aku akan perhatikan…oic..nak kena cuba ni…hehe…pasal custom yg ko kasi aritu mmg tak jadi la…asallah takleh tweak design aku ni…maybe ada silap skit…nak kena study balik semua coding dia…dah macam terabur pun ada…hehe
Yup.. mmg tak sesuai dengan hadiah.. aku pun masih fikir lagi ni nak join ke tak.. sebab daftar penyertaan sebelum hari tutup..
Kalau ranking ok maybe daftarlah.. lagipun nak training dan asah teknik yg dah makin berkarat ni.. dengan contest jadi semangat skit..
Wah.. sampai macam tu skali bro.. anyway aku tgk ko dah pasang tu.. kencang keyword masuk tu..
Tak jadi gak ek? elok ko try install semua theme thesis tu..
aku maybe tak join kot, ikutkan memang nak asah bakat yg makin berkarat ni. tp masa takda lagi, tips2 seo pun dah lama aku tglkan.
aha, aku dah pasang. memang bestlah, senang skit nak tau keyword apa yg masuk. lebih tepat lagi aku rasa, itulah. aku ingat camtu gak. nak kena install balik thesis aku ni. nak test up thesis developer tu. tgu masa yg sesuai je ni. hehe
Terasa ingin mencuba SEO SearchTerms 2.. Sangat menarik
hehe.. sila-sila bro..
boleh tahu keyword mana yg byk masuk nnti..
Sudah mencuba! Ternyata banyak keywords yang masuk… Gilalah.. hahaha~
haha.. blog bro mmg byk keyword..
tak silap aku, plugin ni org indon dev.
A’ah bro.. aku rasa mcm tu gak…
menarik contest macam nih…sambil masuk contest, boleh belajar pasal seo sekali..
a’ah bro..
kalau ada contest ni, jadi semangat skit nak buat seo.
hehe, cam menarik gak kontest camnie. nak jerr masuk, tapi malulaa kalo kalah.. hahahha.. hehehe
Alah bro..
masuk jer lah..
boleh belajar sesuatu nanti..
bagi meriah suasana sikit..
okeh, nanti habes exam dulu.. pastu aku tulis registration entri.. hehe, kalo aku kalah ko pujuk yer?
haha.. ko suruh awek ko pujuk lagi berkesan..
dah habis exam belum.. cepat-cepat join bro.. ada dlm seminggu lebih lagi..
p/s: Maaf lambat reply comment.
agreed…
penyertaan itu penting… lebih penting lagi dapat ilmu seo. belajar sikit2 dari asas… kemudian belajar dan terus belajar…
A’ah bro.. betul tu..
belajar dr pengalaman mmg berguna..
waaa aku baru tahu hari ni, nak usha dulu la, mana tahu boleh korek ilmu dengan otai2 lagi lepas ni
tak pe bro.. sempat lagi ni.. meh lah join skali..
Perghh. sudah masuk ranking tuu.. kejap je otai masuk ranking… hohohoho
haha.. aku tak tahu nak join ke tak ni.. saje jer try posting dengan keyword ni..
Bro lagi otai.. aku kene byk belajar lagi.. bila ada sebutan “contest seo”, baru ada semangat skit nak belajar..
tu contest ke.aku ape kebenda tu.
Yer bro..
contest SEO tu..
jom lah join..
p/s: Maaf lambat reply comment.
wah dah naik ranking tuh..
Belum lagilah bro..
join suka-suka jer.. sibuk skit, tak sempat sangat nak optimize.
mmg leh naik ranking ni sbb seo contest kan..
Naik sekejap jer tu.. hehe
p/s: Maaf lambat reply comment.
ku tak reti sangat SEO2 nih
Tak reti tu kene belajar bro.
kene cuba join, baru dpt belajar dr pengalaman..
p/s: Maaf lambat reply comment.
bila try taip “berita sukan terkini”, sudah nampak siapa di 1st page.. fuhh,sume blog gempak2.. advance sgt contest ni.. mybe aku jadi pemerhati dulu..
Apa kata bro cuba join…
dapat belajar sesuatu nanti..
teringin gak..tapi still blur2..baca kat blog denaihati,entri dr.maliq tu tentang circle2 utk blog segala.. fuhh.. pending jap otak membacanya.. nak kena byk main off-page tu..
Tak pe bro.. join jer dulu.. baru tahu..
akan menyusul nanti..rasa nak join gak r..
Cepat-cepat join bro.. ada dlm seminggu lagi..
dah buat dah entri.. tapi nak buat backlink cam tak reti.. try r tengok.. aku pun tak sure dalam seminggu ni leh naik ke tak..off-page aku tak clear sgt nak buat camane..
Dah buat entry tu, kene bagi entry tu di index Google lah.. Off page ni backlink jer.. buat komen ke..
aku join buat entri je..nk seo2 bagai x reti…klu nsb baik mng.nxb x baik klh..2 tu je.haha
Hehe.. tak kisah bro..
asalkan mencuba..
Wow Congrs you
Thanks..
Teknik SEO menguntungkan untuk jangka masa yang panjang..Aku suka SEO^_^
Betul tu bro..
mmg menguntungkan..
boleh cuba join contest ni..
penguna blogspot layak ke bro?
Layak bro… jom lah join.
memang ramai yang masuk pertandingan ni, makin meriah nampaknya
A’ah bro..
makin nak sampai tarikh tutup, makin ramai pula yang masuk..
bro join x?
aku kecewa ngn contest ni sbb ramai main black SEO. hukhuk
satu lagi, ada splog. Sbbnya, takde PR pun blh masuk.
Jadi ada yg buat blog baru, akan buat spam blog.
Entry copy paste.
Kecewa gak aku. hu
Oh.. ye ke bro..
blog mana yg main black hat tu??
maksud bro, buat spam blog untuk support backlink ke?
Salam..wah..ada kontes SEO rupanya kat sini…
Wslm..
a’ah cikmin..
meh la join skali..
Ternyata seorang jutawan sebenarnya mempunyai banyak helah yang digunakan seperti meletakkan semua hartanya kepada pewaris-pewarisnya seperti anaknya sekiranya bankrup. Tetapi berbeza dengan mempunyai banyak cabang dan juga cabaran hidup yang lain perlu untuk diperbaiki dan mencari apa yang kurangnya. Tetapi perlu konsisten dan juga sentiasa update dengan berita-berita yang terkini dengan cepat tepat dan pantas.
walaupun blog ku masih baru namun tetap nak cuba jugak.. gonna enter this too
baguslah tu bro..
belum cuba belum tahu..
good luck bro..mesti top 10 entry bro itu…
Thanks bro..
Ingat bro join skali…
psssttt…apa citer? menang dah ni…hehe
Biasa-biasa jer bro..
sibuk skit..
tak sempat nak optimize pun..
haha…sibuk2 pun ada masa nak join…betul tak? aku tgh mencari contest seo bahasa melayu ni. kalau ada, bgtau la yerk.
aku baru kenal SEO tu cam ner
hahahaha
apa2pun good luck
ada harapan menang nih
Baguslah dah kenal tu bro..
nanti kalau ada contest seo yg lain.
jangan malu2 utk join yer..
menarik ni… namun masih belum tercapai hasrat nak melayan SEO ni… satu hari kena tumpu betul2 pasal SEO ni…
SEO ni pembelajaran sepanjang masa..
tapi kalau bro tumpu belajar seo dlm satu hari mmg mantaplah nnti.
salam bro, aku nak tya coding tuk button fbshare. aku cari tak jumpa la plak. ades
Wslm bro..
maaf lah lambar reply..
yg coding tu mmg kat website facebook ada disediakan.
kalu utk thesis punya..
try search google..
aku lupa dah mcm mana aku buat.
hik hik hik, sape nak belajar SEO mesti orang yang betul2 serius nak belajar kan.. heheheh
Yer.. yg penting minat..
eh, knp sy nak buka blog awk dah tak boleh?
siap kene register lagi tu..
pendapat sy, tak berapa bagus buat mcm tu, nnti visitor banyak lari.
wah aku terlepas sudah.. apa pon aku memang nak belajar SEO yang dari dulu tak faham2 ni.. huhu
Tak pe bro..
nanti lain kali ada lagi contest SEO ni..
kenapa tak kemaskini….siapa pemenang
contest SEO berita sukan…..
Selamat tahun baru 2011…….
Ps : PR5 sudah jatuh ditimpa
tangga.
Kemaskini siapa pemenang ada di blog penganjur..
Selamat Tahun baru gak bro..
Anyway, Google masih baik hati nak bagi balik PR5 utk blog ni walaupun cukup lama tak update.
menang ker ek? aku ade join gak.. tapi mcm tenggelam jer dulu.. tu yg malas tgk result.. hehe..
Tersenarai gak lah bro..
tak pe, nnti boleh cuba lagi contest SEO lain..
ramai nyer yang pandai2
isk,,,isk…
thx bro ajar momoy semalam
“KATAK PURU boleh dimakan?
“ATTENTION kawan-kawan | Blogger ini DIKEHENDAKI !!
Most welcome momoy…
tak pe, nnti momoy pun pandai gak..
salam..
sound menarik..
nak cuba juga lah
Wslm..
anyway, contest ni dah lama tamat bro..
adeii… kalau blog omputih takleh le nak jon ye
Anyway, contest ni dah lama tamat.. Thanks.
adus lambat tgk entri ni. saya ni newbie tapi terigin gak nak try, tapi dah terlambat
Emm, tu lah.. semasa contest ni berlangsung rasanya bro dah ada buat komen disini, tp kat entry lain kot..
kalu bro explore entry dlm blog ni mesti tahu awal2 lagi.
Bila la aku nak jadi pandai SEO nih? dah terlambat la aku nak try masuk. Ramai jugak otai2 SEO nie yerk,
Emm, tak pe bro..
belajar slow2.
nnti ada contest seo yg lain, boleh cuba masuk.
saya pakai blogspot je
haha..
konfem kalah punya
emm, tak kisah pakai apa2 pun..
Asalkan buat SEO dgn cara yg betul.
bro, partner links dah tak berfungsi ke? hehe
Partner links tu yg paid punya program : http://www.linkadage.com/
oic, aku tak nampak link apa2 la plak. hehe
A’ah bro..
mmg lah tak nampak sebab link tak ada lagi..
bila dah ada org beli baru keluar automatik link tu.
oic, kira tgu market la ni yerk. hehe
Lebih kurang macam tu lah bro..
ingin sekali ikut SEO Contest… tapi malu rasanya karena belum menguasai betul SEO dengan baik ^_^
Tak apa bro..
Join jer.. nanti bila dah join, dr situ dpt belajar SEO..
An awesome article indeed, it was indeed a great contest.
Hi.. Thanks..