Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

by Azuan on October 16, 2010 · 107 comments

in Blogosphere

Aku sebenarnya tertarik dengan salah satu entry yang ditulis oleh profhariz iaitu tolong kritik aku. Entry itu membuatkan aku berasa selesa untuk mengkritik blog dia kerana sudah mendapat lampu hijau.

Hal yang sama berlaku apabila aku review blog Redmummy setelah mendapat lampu hijau dari kak Red. Walaupun aku bukanlah yang terbaik, tapi aku rasa macam terpanggil untuk mengkritik blog Hariz setelah aku terbaca satu ayat dari entry tersebut yang berbunyi nak pergi jauh dengan dunia blog. Aku sebenarnya teruja dengan ayat tu.

tolong kritik aku Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

Dari situ aku nampak bahawa profhariz begitu bersemangat dengan apa yang dia buat sekarang. Aku pun tak kenal sangat dengan profhariz, tapi adalah dua tiga kali berbalas email pertanyaan mengenai On Page SEO dari dia. Alang-alang dah buat entry, eloklah juga aku balas komen pertanyaan Hariz mengenai H1 dan H2 disini yang mana komen tersebut tidak sempat dibalas sebelum ini. Berkenaan penulisan, aku tak nak kritik sebab itu keunikan dan kelebihan masing-masing. Cuma elakkan dari mengguna bahasa SMS atau bahasa rojak (aku pun kadang-kadang susah nak lari dari guna bahasa rojak).

Warna Lembut Menyenangkan Mata.

header blog profhariz Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

Pandang pertama terhadap sesuatu blog sangat penting supaya dapat menarik perhatian pelawat untuk melayari blog korang. Bagi aku, warna yang digunakan pada blog profhariz cukup sesuai. Warna lembut membuatkan mata menjadi sejuk, selesa, dan menyenangkan. Background entry yang berwarna putih memudahkan mata memberi tumpuan untuk meneruskan pembacaan. Manakala header blog dia sangatlah menarik, terpampang gambar kacak Hariz dengan design yang cantik. Orang tengok header memang orang dah kenal itu blog profhariz. Bab pandang pertama aku tak ada nak kritik banyak sebab dah melepasi tahap standard sesuatu blog.

Loading Blog Sederhana Laju.

loading blog sederhana laju Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

Setelah beberapa kali browse blog profhariz, statistik SEO Doctor masih menunjukkan bahawa loading blog masih belum pantas. Secara peribadi, aku nak kategorikan loading blog profhariz masih lagi ditahap sederhana laju. Ini kerana aku mendapati bahawa blog beliau menggunakan IP Location dari US. Apabila menggunakan IP dari luar negara, pelawat dari Malaysia yang masuk ke blog tersebut akan merasakan loading blog menjadi sedikit perlahan melainkan jika menggunakan talian internet yang betul-betul laju. Berbeza sebaliknya apabila pelawat dari US memasuki blog tersebut. Selain itu, gzip compression turut membantu untuk melajukan loading blog, tetapi ianya tidak digunakan. Banyak lagi faktor-faktor lain yang mendorong kelajuan loading blog, tapi seeloknya aku terangkan dengan lebih lanjut dalam satu post entry lain mengenai loading blog.

Cadangan: Perlu tahu target pelawat dari negara mana. Jika banyak dari Malaysia, seeloknya guna IP Location dari Malaysia. Kesimpulannya, kelajuan loading blog masih boleh dipertingkatkan lagi.

Archives Pages.

Aku mendapati blog profhariz tidak ada Archives pages. Secara peribadi, aku merasakan Archives pages sangat penting. Ianya amat membantu dan memberi kemudahan kepada pelawat untuk mencari entry-entry terdahulu. Walaupun dah ada sitemap, tetapi sitemap menyusun entry mengikut kategori. Jadi susah nak tahu entry yang terdahulu, apatah lagi jika blog korang mempunyai beratus-ratus entry. Dengan Archives page, entry disusun mengikut bulan sekaligus memberi kemudahan kepada pelawat untuk mencari entry pertama yang telah diterbitkan oleh korang. Pilihan ditangan korang samaada untuk meletakkan Archives pages ataupun tidak. Apa yang penting, mudahkan pelawat yang melayari blog korang.

Cadangan: Buat pages baru dengan nama Archives. Cara nak buat hanya perlu pilih Archives dalam ruangan Page Attributes > Template > Archives. Lihat contoh gambar dibawah.

archives pages Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

Blog dah mula mesra SEO.

Selepas beberapa kali berbalas email pertanyaan dari Hariz, nampaknya dia dah mula betulkan beberapa perkara yang menyebabkan blog dia kurang mesra SEO sebelum ini. Dia juga mengikut apa yang aku sarankan iaitu menggunakan plugin Platinum SEO pack. Kesilapan pertama yang dia lakukan ialah menambahkan meta description dan meta keyword secara manual dalam file header.php. Perkara sebegini sekaligus menyebabkan berlakunya duplicate meta tag apabila berada dalam single post kerana sebelum itu dia sudahpun menggunakan plugin All In One SEO pack. Sekarang, masalah ini sudahpun dapat diselesaikan. Kesannya, aku percaya sudah ada entry dari blog profhariz mendapat ranking yang baik di engine carian Google untuk beberapa kata kunci yang dia targetkan.

Heading Tag H1 dan H2.

Heading tag merupakan sebahagian daripada On Page SEO, ianya penting jika ingin menjadikan blog korang lebih mesra SEO. Setiap Heading tag mempunyai petunjuk aras yang berbeza untuk menyatakan betapa pentingnya sesuatu kata kunci yang digunakan. Terdapat H1, H2, H3, H4, H5, dan H6 yang memberikan perbezaan kepentingan untuk sesuatu kata kunci melalui pandangan mata Google. H1 dan H2 merupakan heading tag yang paling penting. Berbalik kepada soalan dari Hariz yang diajukan pada ruangan komen sebelum ini, blog dia tiada heading tag H1 dan H2. Jadi dia bertanya bagaimana untuk meletakkan H1 dan H2.

Oleh sebab dia menggunakan Cubismo sebagai tema blog, jadi aku perlu download tema tersebut supaya dapat menunjukkan tutorial bagaimana meletakkan heading tag H1 dan H2. Kalau diikutkan tema Cubismo yang aku download, heading tag H2 memang sudahpun ada dalam tema tersebut. Cuma heading tag H1 sahaja tiada. Tutorial ini melibatkan beberapa file iaitu header.php, index.php, dan single.php. File style.css juga perlu dikemaskini jika terdapat kecacatan pada font akibat daripada kemaskini file yang sebelumnya.

Login menggunakan FTP File Client (aku menggunakan FileZilla). Klik public_html > wp-content > themes > cubismo. Cari file header.php, right klik mouse, kemudian klik view/edit. Pastikan file tersebut dibuka menggunakan perisian notepad (aku menggunakan Microsoft Frontpage).

File header.php

Selepas file header.php dibuka, klik CTRL dan klik F ataupun klik edit > find next. Kemudian masukkan php bloginfo(‘name’) dan klik find next. Jika ada nampak H2, maka tukarkannya kepada H1. Jika tiada H2, letakkan H1 secara manual. Contoh mudah lihat gambar dibawah untuk mencari kod yang dinyatakan.

heading tag h1 header Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

File index.php

Cara buka file index.php masih sama dengan file header.php. Dalam file index.php, cari perkataan php the_title() untuk meletakkan H2. Jika H2 tiada, maka perlulah letakkan secara manual, lihat gambar dibawah untuk lebih lanjut.

heading tag h2 index Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

File single.php

Dalam file single.php, cari perkataan php the_title() untuk meletakkan H1. Jika heading tag tiada, maka perlu letakkan H1 secara manual. Jika ada nampak H2, maka tukarkannya secara manual supaya menjadi H1. Lihat contoh gambar dibawah.

heading tag h1 single Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

File style.css

Berkenaan file style.css, korang memerlukan basic HTML untuk melakukan kemaskini terhadap file tersebut. Dalam entry ini aku tak tunjuk kerana banyak langkah-langkah yang perlu dibuat. Lagipun aku rasa entry ini memang dah cukup panjang, takut nanti korang jadi bosan membaca. Memandangkan heading tag H1 dan H2 lebih kepada menjawab soalan Hariz, maka jika ada kecacatan pada font selepas melakukan kemaskini file header.php, index.php, dan single.php, harap Hariz dapat email kepada saya tema Cubismo yang digunakan. Saya akan cuba tolong kemaskini untuk file style.css.

Ruangan Komen.

Memandangkan Hariz masih baru menggunakan WordPress, sudah tentu ada beberapa perkara yang dia masih belum ketahui lagi. Sebagai contoh, lihat gambar dibawah.

disable ruangan komen Apabila Blog Profhariz.com Dikritik

Cara nak buang/closed/disable ruangan komen sebenarnya mudah sahaja. Tapi kalau tak tahu, sampai bila-bila memang tak boleh buat. Caranya, edit page contact me, kemudian pada ruangan Discussion > Allow Comments. Pastikan Allow Coments tidak ditickkan. Kemudian klik Update. Maka selesailah. Ianya juga boleh digunakan untuk entry.

Akhir kata, semoga profhariz menjadi lebih maju dan berdaya saing dalam dunia blogging. Semoga dia berpuas hati dengan kritikan dari aku.

azuan: Kebelakangan ini aku sedikit sibuk, banyak komen yang tidak sempat dibalas. Hamba minta maaf, nanti aku balas komen korang. Untuk makluman korang, entry ini bukan sponsored post.

{ 107 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: