Aku Seorang Blogger

by Azuan on July 24, 2011 · 80 comments in Internet,Umum

Hampir seminggu aku tertangguh untuk menulis mengenai Aku Seorang Blogger. Biasalah dalam seminggu yang lepas asyik ada saja halangan, tambahan pula blog aku sekali lagi diserang malware. Sekaligus hal ini membuatkan aku terus hilang mood untuk berblogging.

Aku rasa ramai blogger sudah tahu mengenai kata kunci Aku Seorang Blogger, di mana ianya sekarang sedang digunakan dalam satu contest SEO. Namun begitu, kata kunci yang digunakan ini agak lebih kurang sama dengan contest SEO yang telah aku sertai sebelum ini iaitu Contest Hidup Seorang Blogger.

Walaupun begitu, suka untuk aku ulas balik dalam satu entry Aku Seorang Blogger supaya dapat berkongsi dengan korang semua segala benda yang berkaitan.

Aku Seorang Blogger

Kehidupan aku seorang blogger sedikit berbeza dengan kehidupan sebelum ini. Gaya hidup seorang blogger sudahpun berlainan. Malah aku sendiri tidak pernah terfikir akan terjebak dalam kancah blogger setelah mempunyai blog berdomain dan berhosting sendiri.

Bila dah sampai tahap macam itu, mulalah bertambah satu lagi perkara mahupun tanggungjawab untuk difikirkan dan diberi perhatian. Walaupun aku bukanlah seorang blogger yang begitu aktif untuk mengarang entry setiap hari, tapi aku masih ada perkara yang berguna untuk di kongsikan kepada korang semua. Ianya hasil dari pengalaman aku sendiri.

Aku pun dah lupa berapa lama aku terjebak dalam bidang blogging, mungkin 3 atau 2 tahun macam tu lah. Tapi bermula dari tahun 2005 aku sudah mula mengenal apa itu Internet. Setelah agak lama, memang begitu banyak dugaan dan cabaran hidup seorang blogger.

Di samping cabaran aku seorang blogger, terdapat juga kemanisannya. Ianya mengajar aku untuk menjadi lebih matang sekaligus menambahkan lagi pengalaman sebagai seorang blogger. Tip blogging terbaik salah satu perkongsian dari pengalaman aku sendiri.

Walaupun pada asalnya berblogging untuk suka-suka dan teringin untuk mempunyai blog serta merasa bagaimana menjadi seorang blogger sampingan, ianya telah membuatkan aku berminat untuk belajar dengan lebih mendalam mengenai selok belok blogging. Kalau korang nak tahu, aku juga bermula dengan menggunakan platform blogspot.

Hasil dari minat itu membuatkan aku belajar dan terus mencuba setiap satu perkara dengan hanya try and error. Walaupaun memakan masa yang lama, tapi aku tetap berpuas hati. Ada orang kata, “Guru terbaik ialah belajar dari pengalaman”. Betul ke?

Bermula dari suka-suka telah memberikan pengalaman manis buat aku sebagai seorang blogger. Siapa yang tak suka apabila perkara yang di cuba dan di usaha berjaya membuahkan hasil. Walaupun sikit, tapi sudah cukup membuktikan bahawa aku boleh buat duit dengan blog.

Sekadar renungan dari aku seorang blogger; Setiap apa yang kita lakukan hendaklah sentiasa ada usaha, kesabaran, dan fokus. Tapi apa yang lebih penting ialah Rezeki. Kalau Dia dah menetapkan itu adalah rezeki kita, maka akan dapatlah bahagian kita. Itulah sahaja kisah aku seorang blogger. Sekian…

p/s: Semua kata kunci yang dipertandingkan telah aku gunakan untuk membuat entry dekat blog ini. Masa pula semakin suntuk (seminggu lagi). Aku masih fikir nak join ke tak. Tapi aku tak tahu nak guna entry yang mana untuk pendaftaran. :)

Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!

{ 80 comments… read them below or add one }

1 akubiomed July 24, 2011 at 6:11 pm

Blogger ibarat memegang dua topi satu topi di dunia nyata dan satu topi lagi didunia maya. Sesiapa sahaja boleh menjadi blogger kerana tidak ada garis panduan bagaimana sifat seorang blogger. Sebenar tanggungjawab blogger amat besar kerana setiap yang dilaporkan dibaca dan dinilai oleh pembaca. Jika ada blogger yang tidak beretika maka apa yang ditulis akan menjerat dirinya sendiri. Menulis dari apa yang tercetus dari ide adalah blogger tulen manakala blogger celup yang menyalin tanpa berfikir panjang asal mendapat apa yang dihajatkannya dan ada yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh. Harap apa yang saya cuba sampaikan tidak ke laut :-)

Reply

2 Azuan July 24, 2011 at 7:12 pm

Perkongsian yg menarik ni bro.. tak ada ke laut pun.. masih dlm circle nya lagi.. :)

Reply

3 Pacifista - X July 24, 2011 at 7:51 pm

terbaik la,bro :D
boleh menang ni :D

Reply

4 Azuan July 24, 2011 at 8:00 pm

Tak adalah bro.. biasa-biasa jer…
suka-suka mencuba.. :)

Reply

5 Pacifista - X July 27, 2011 at 11:30 pm

aku pun nak buat tapi takde idea la.huhu…

Reply

6 Azuan July 28, 2011 at 11:07 pm

Alah.. tulis jer bro.. :)

Reply

7 izwannizam July 24, 2011 at 8:44 pm

saya juga banyak try and error.lagi pula sekarang ada isu security pada wordpress.cabaran jugak nak jadi blogger ni.bukan sekadar tahu menulis dengan baik.hehe

apapun selamat maju jaya :)

Reply

8 Azuan July 24, 2011 at 9:01 pm

Itu lah agaknya sbb blog ni kene serang malware minggu lepas.. ada masalah security kot..
Bro pun selamat maju jaya.

Reply

9 sollehahn July 24, 2011 at 9:03 pm

mantap…ada peluang menang nih

Reply

10 Java Nature July 24, 2011 at 9:27 pm

aku juga seorang Blogger… sukses buat blogger di asia tenggara ya! ^_^

Reply

11 Azuan July 24, 2011 at 9:52 pm

Semoga terus sukses selalu..

Reply

12 neo July 25, 2011 at 12:33 am

kalau dah start menjadi blogger – susah hati rasanya kalau tak dpt menjenguk blog w’pun unt sehari…ni aper yg aku rasa ler..moga sukses unt contest ni bro azuan

Reply

13 Azuan July 25, 2011 at 3:49 am

Yup.. itu mmg betul.. sehari kalau tak online mmg macam tak lengkap hidup.. :)

Reply

14 eiela July 25, 2011 at 6:33 pm

gud luck untuk contest nih. saya pun berblog sekadar suka-suka je dulu, lama-lama jadi best sebab dapat share dan kongsi pengalaman, macam-macam lagi.

Reply

15 Azuan July 26, 2011 at 2:07 am

A’ah, kadang-kadang bermula dgn suka-suka lebih elok dari bermula kerana di paksa..

Reply

16 Hati Batu July 25, 2011 at 7:07 pm

seronok kalau belajar dari try and error ni hehe….sbb pngalaman tu kita rasa sendiri, then lagi seronok kalau kita berkongsi mcm azuan buat ni…:)

Reply

17 Azuan July 26, 2011 at 2:08 am

Pengalaman juga akan mematangkan kita… :)

Reply

18 reezluv July 25, 2011 at 7:19 pm

org hebat SEO takde masalah nak compete :D

Reply

19 Azuan July 26, 2011 at 2:08 am

Tak ada hebat pun..
baru belajar merangkak ni..

Reply

20 SS July 26, 2011 at 2:56 pm

eceh. jawapan common! :lol:

Reply

21 Azuan July 26, 2011 at 10:14 pm

Erkkk.. mcm tu ke.. :)

Reply

22 Sya Isya July 30, 2011 at 11:07 pm

merangkak lah sangat, wan. Akhirnya join juga untuk keyword ni ek. oklah tu tertangguh seminggu, Sya dah sebulan tertangguh. bulan ni mood blogging ke laut lah..huhu..goodluck ya, wan. klu x silap leh masuk 3-3 keyword, kan.. tapi leh menang 1 je

Reply

23 Azuan July 31, 2011 at 1:27 am

Saje terjoin.. alang2 dah buat entry.. :)
Thanks wak..

Reply

24 Lizz July 25, 2011 at 8:35 pm

jadi blogger ada tanggungjawab sendiri. berat atau tidak, depends pada niat. kalau kita rasa, tujuan kita berblogging suka-suka..so, jadilah tak berat and sebaliknya. hehehehe

aku tak boleh nak elak dari berblogging, maybe sebab minat menulis and minat share pendapat. apa2 pun, good luck wei!!!

Reply

25 Azuan July 26, 2011 at 2:09 am

hehe.. bagus lah mcm tu…
Org perempuan biasa mmg suka menulis… :)

Reply

26 Lizz August 1, 2011 at 12:34 pm

sama je.lelaki dan perempuan wei.tapi,pada aku lelaki agak kreatif.aku kena belajar lagi.hehehehehe

Reply

27 Azuan August 1, 2011 at 4:10 pm

ye ke gitu…. hehe..
sama2 belajar…

Reply

28 SS July 26, 2011 at 3:01 pm

heheh. kadang-kadang ada niat nak popular sebab blog, tapi pendamkan saja sebab rasanya tiada makna pun dalam populariti ;)

semoga terus berjaya dalam blogging sy doakan.

Reply

29 Azuan July 26, 2011 at 10:15 pm

Thanks bro..
harap bro pun mcm tu.. :)

Reply

30 fiezaradzi July 26, 2011 at 5:47 pm

saya harap saya dapat jadi seorang blogger yang mampu beri kebaikan kepada rakan.. yes, saya mesti boleh..

Reply

31 Azuan July 26, 2011 at 10:15 pm

Yes.. yakin boleh… :)

Reply

32 Wilson Ng July 26, 2011 at 8:42 pm

Thank you for visiting my blog, you have a very nice blog too. Will be visiting here frequently, thanks!

Wilson

Reply

33 Azuan July 26, 2011 at 10:15 pm

Ok wilson..
Thanks to you too because visit me here.. :)

Reply

34 mamat July 27, 2011 at 1:08 am

mmg kehidupan akan berubah..apabila kita minat berblog…

Reply

35 Azuan July 27, 2011 at 1:52 am

hehe.. betul tu bro… jadi lain skit..

Reply

36 mamat August 5, 2011 at 1:21 am

lagi2..kalau blogger sepenuh masa :D

Reply

37 Masidah Binti Mat Nasir July 27, 2011 at 10:19 am

nice entri..semoga berjaya..try n error dan blog saya dah diserang…first time terkena. Sedih…sedang memulihkan blog….

Reply

38 Azuan July 27, 2011 at 3:29 pm

thanks..
tak pe.. itu satu pengalaman tu..
harap blog tu cepat pulih..

Reply

39 bukit gambang July 29, 2011 at 6:57 pm

pernah buat blog, lepas tu terbengkalai sampai domain expired…huhu blogger sekerat jalan..

Reply

40 Azuan July 30, 2011 at 1:35 am

emm, tak pe.. cuba lah lagi..
semangat kene kuat..

Reply

41 titan July 29, 2011 at 11:25 pm

aku tak jadi masuk contest ni disebabkan oleh kekangan benda yang menghalang. Kepada yang join contet ni, good luck. Bukan senang tu nak conquer kata kunci tu.. :)

Reply

42 Azuan July 30, 2011 at 1:36 am

Emm, aku pun x sempat nak optimize..
hanya suka-suka buat post jer..
kebetulan keyword berkenaan kena dgn topik utk hasilkan entry.. :)

Reply

43 Sya Isya August 1, 2011 at 4:17 pm

yeke tak sempat nak optimize. tapi no 1 tu skunk ni

Reply

44 Azuan August 1, 2011 at 6:59 pm

yer lah.. tak sempat…
mcm mustahil jer no 1 tu..
silap tgk tu..

Reply

45 Sya Isya August 1, 2011 at 9:49 pm

haah la,silap tengok, tapi wan top 5 lah

Reply

46 Azuan August 1, 2011 at 11:24 pm

kan dah kata… :)

Reply

47 Sya Isya August 2, 2011 at 12:25 am

hehe..tu lah. terror hati batu.

Reply

48 Azuan August 2, 2011 at 1:44 am

yup.. mmg terror tu..

Reply

49 alexa yussida July 30, 2011 at 5:49 pm

abestu ni kira contest ke?all the best kalo ya..

thnks 4 ur comment that day :D

Reply

50 Azuan July 31, 2011 at 1:26 am

A’ah.. kira contest lah ni..
Thanks gak.. :)

Reply

51 Amirez July 31, 2011 at 1:17 am

santai je baca, memang best. good luck bro ;)

Reply

52 Azuan July 31, 2011 at 1:27 am

Thanks bro. :)

Reply

53 Ummi Hanie July 31, 2011 at 11:38 pm

cara pemikiran blogger … nmpk sesuatu , terus trlintas apa nak dikarang dlm blog nnti .. hehe ..

sy pun mmg bercadang nk buat tajuk ni tp idea belum mari ;)

Reply

54 Azuan August 1, 2011 at 4:10 pm

Emm, tak pe.. nnti dah ada idea boleh karangkan…

Reply

55 ProfHariz August 1, 2011 at 3:11 pm

AzuanRazi memang otai seo. Hehe.

Reply

56 Azuan August 1, 2011 at 4:10 pm

Erkkk.. silap ni bro.. mana ada otai..
masih belajar lagi ni..

Reply

57 Sya Isya August 1, 2011 at 4:25 pm

ilmu SEO ni terlalu luas, sampai bila pun xkan habis belajar. the more we learn, d more we duno

Reply

58 Azuan August 1, 2011 at 6:59 pm

betul tu… teruskan belajar…

Reply

59 Mohd Isa August 1, 2011 at 5:31 pm

wah mantap…kedudukan terbaik ni…hehe…aku tak wat apa pun…biarkan jerk…:P

Reply

60 Azuan August 1, 2011 at 6:59 pm

tak adalah terbaik pun..
contest pun dah tamat kan..

Reply

61 Kamarul Azri™ August 2, 2011 at 9:54 am

if di katakan aku seorang blogger semestinya hari-hari kita akan mengadap blog, dan post entri-entri terbarukan…

dugaan seorang blogger ni pada awal memang di rasa…

Reply

62 Azuan August 2, 2011 at 1:28 pm

Bagi aku ianya atas pendirian masing2 tentang makna aku seorang blogger..
Asalkan happy berblogging..

Reply

63 Bella Enveeus August 3, 2011 at 10:58 pm

Tak boleh masuk banyak2 entry ke? Kalau tak boleh, yang ni pun dah cukup bagus.. Semoga dapat menang contest SEO ni! :)

Reply

64 Azuan August 4, 2011 at 1:17 am

emm, tak pasti lah yang tu.. tp sy buat jer semua entry.. :)
Thanks..

Reply

65 hafizmd August 5, 2011 at 2:53 pm

Satu benda yg penting aku belajar kat sini hari ni iaitu kalau nak lebih feel ttg sesuatu benda tu, cara terbaik ialah dgn kita sendiri yg terjun dalam bidang tu…jgn takut try acu cuba test..

thanks bro :D

Reply

66 Azuan August 6, 2011 at 4:46 pm

hehe.. betul tu bro.. kene letakkan diri kita dlm keadaan tersebut.. baru dpt feelnya.. :)

Reply

67 izwannizam August 6, 2011 at 9:40 pm

tahniah bro sebab menang contest SEO tu. :)

Reply

68 Azuan August 7, 2011 at 4:28 am

Tak sangka lak menang… Thanks bro.. :)

Reply

69 zik August 8, 2011 at 5:19 am

tahniah lah bro menang keyword nih… mana lagi bagus sebenarnya ping entry cepat atau lambat…

Reply

70 Azuan August 8, 2011 at 5:29 am

Thanks bro.. Tahniah kt bro juga, 1st place tu…
Sebenarnya ragu2 untuk submit entry penyertaan tu.. sebab guna semua keyword yg dipertandingkan.. :)
Seeloknya ping entry cepat, ping backlink cepat pun lagi bagus, bila semua backlink yg dibuat diindex google, makin
mudah untuk naik ranking..

Reply

71 Sya Isya August 12, 2011 at 6:31 pm

tahniah wan, menang contest ni. wan tak optimize pun leh menang. memang gempak r. Sya saje join yg WC tu, tp x buat apa pun lg. blog kosong je. haha. biarlah, lom ada mood nak buat entri lagi.

Reply

72 Azuan August 15, 2011 at 3:58 am

Thanks Sya… nak jd rezeki.. :)
tapi tak de lah gempak pun..
awk tu lagi gempak..
sekejap je masuk page depan.. mantap tu..

Nnti ada mood blh la buat yg Apple Iphone 5 tu.. :)

Reply

73 pena August 14, 2011 at 5:33 am

Thanks…

Reply

74 Kodet August 28, 2011 at 2:13 pm

Sekarang mesti dah berjaya.

Reply

75 Azuan August 29, 2011 at 4:23 pm

Tak adalah. biasa jer…

Reply

76 shah Blogger September 6, 2011 at 4:31 pm

Peh terbaik bro…

Di serang malware ke? adessss

Reply

77 Azuan September 6, 2011 at 9:20 pm

Byk kali dah kene serang malware.. :)

Reply

78 suri October 14, 2011 at 1:48 pm

erm..aku plk hnya seorang blogr yg baru huhu..klu slah blh le tolong ajarkan hee..

SEO huhu zero ar..sy tak fikir akan tu tapi suka update & kongsi utk semua.

semoga terus berblog ek.. dok yah pikir nak pencen plk heeee

Reply

79 Azuan October 16, 2011 at 5:35 pm

Suka update blog tu dah bagus tu..
tu tandanya rajin..
tak macam blog ni, tuannya malas nak update blog.. :)

Reply

80 Oh! budu December 1, 2011 at 8:55 pm

TERUSKAN berblogging! good luck..

Reply

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: