Sudah pasti korang biasa menggunakan browser Mozilla Firefox ataupun Google Chrome, tapi aku rasa ramai yang suka menggunakan Mozilla Firefox kerana Firefox menyediakan lebih banyak kemudahan berbanding Chrome. Tetapi Google Chrome cukup terkenal dengan kelajuannya dan merupakan salah satu browser yang ringan. Tapi secara peribadi, browser Opera lagi mantap dari browser Chrome.
Tetapi adakah korang sedar bahawa browser yang korang selalu guna setiap hari itu walaupun secara kasarnya nampak kuat dan hebat, tetapi ianya tidak lari dari mempunyai kelemahan. Adakah korang sedar akan kelemahan browser Mozilla Firefox dan Google Chrome itu? Kelemahannya ialah fungsi save password ataupun remember password sangat tidak secure dan mudah dicerobohi.
Jadi aku nak kongsi dengan korang macam mana begitu mudah untuk mengetahui password yang menggunakan fungsi remember password, fungsi ini sangat tidak selamat jika korang menggunakan internet di Cyber Cafe ataupun laptop orang lain. Bayangkan jika korang login email atau login mana-mana akaun yang penting, last-last akaun korang dapat diceroboh.
Dibawah ialah gambar yang aku print screen untuk tunjukkan kepada korang semua bagaimana begitu mudah untuk mengetahui abjad sesuatu password yang telah tersimpan ataupun cara untuk mengetahui password yang disimpan pada browser Mozilla Firefox dan juga Google Chrome.
Dibawah ialah gambar untuk browser Mozilla Firefox;
Ini adalah gambar untuk mozilla firefox sebelum dapat mengetahui abjad password yang telah tersimpan. Klik untuk paparan lebih jelas.
Gambar ini pula adalah selepas dapat mengetahui abjad password yang telah tersimpan pada browser Mozilla Firefox. Klik untuk paparan lebih jelas.
Manakala gambar dibawah pula ialah untuk browser Google Chrome;
Manakala gambar browser Google Chrome ini pula ialah setelah dapat mengetahui abjad password yang tersimpan pada browser tersebut. Klik untuk paparan lebih jelas.
Selepas tengok gambar diatas apa pendapat korang? begitu mudahkan untuk mengetahui password orang lain yang telah tersimpan. Harap korang gunalah maklumat ini untuk melindungi password korang, jangan pula korang gunakan maklumat ini ke jalan yang salah…
Antara kata-kata sinis yang aku dengar, “elleh.. dia dah save/remember password, klik jer lah butang login, pasti dapat”.. Yer betul, memang dapat, tetapi anda masih kurang bijak kerana tak nampak abjad password yang digunakan. Kebiasaannya pengguna internet menggunakan email dan password yang sama untuk kesemua akaun online yang dia ada. Jadi kalau password akaun email utama berjaya diketahui, sudah pasti akaun-akaun lain begitu mudah untuk diceroboh. Apa pula pendapat korang? Adakah Browser Mozilla Firefox dan Google Chrome sudah tidak selamat untuk digunakan.
p/s: aku tidak cuba untuk browser Internet Explorer, jadi tak pasti fungi Inspect Element ini ada ke tidak, tetapi browser Opera tiada fungsi Inspect Element.
p/s/s: untuk menggunakan Inspect Element, korang perlu install add ons Firebug di browser Mozilla Firefox korang.
Do you enjoy this post? JOIN US to receive automatic email
updates of NEW CONTENT!



{ 16 comments… read them below or add one }
terima kasih dengan info berguna ini..
sama-sama bro..
owh ya..kalau aku pergi cyber cafe..aku tak klik remember pasword tu dan kalau boleh selepas guna sila click clear recent history dan tandakan avtive login bagi membersihkan pasword…..yang telah di save..aku pernah kena dulu iaitu ketika guna blogspot..aku tak clearkan pasword selepas guna kat cyber cafe..last 2 orang ceroboh akaun aku dan upload gambar lucah kedalam posting aku..huiii malu siot…lepas tu aku terus delete blog blogspot tu
haha.. mmg jahanam lah kalau dlm blog ada gambar lucah..
hampes betul orang itu!
Fuishhh ye ke? Thanks for sharing. Erk. Tapi kalau tak save selamat la kan?
Sekarang semua dok cerita pasal benda ni je sejak GB kena serang. Ngee
Yer lah..
Ur wlcm..
kalau tak save mmg selamat lah..
tp lepas login tu, jgn lupa sign out lak..
Saya lebih selesa menggunakan Browser Flock utk mana2 aktiviti kecuali kalau nak torrent.
Flock lebih bersahabat dgn Facebook, twitter serta youtube dan juga digg.com. Bahkan saya boleh update entri dengan hanya menggunakan function Blog Editor kat Flock.
Aku baru jer try guna flock.. best gak.. ringan jer.. siap blh buat profile lagi.. hehe
benar apa yang disampaikan, bukan senang nak jaga sekuriti kita. tambahan pula mengenai password, kalau tak save pass takut lupa plak. jadi cuba cari alternatif lain untuk mengingati password anda sendiri ya.
aku suka save password jer.. tp kat laptop aku lah.. harap-harap tak ada masalah nanti..
samalah aku pun, aku on9 guna laptop sendiri je selalu. save terus. kadang2 cuma wat backup jerk. takut tiba2 kena virus ke. kena format ke, tak pasal2 ilang memori. hehe
dulu aku pernah ceroboh masuk email orang di CC dua kali kot..haha
tapi tu pun suka2 aja lah..takder niat nak pedajal..haha..ni pun sebab dorang tak clear save password kat ym..so aku “ter”login dan ada email baru and terus klik mcm pop up ym tuh seterusnya dapat masuk ke email..hehe
tapi yang sadis nya..email mamat tu penuh dengan video2 dan pic blue..kantoi habis..haha
haha.. mmg terkantoilah kalau mcm tu..
terima kasih bro utk tips ni..mmg kene clear ape2 yg patut..lebih2 lagi kalau bab2 bank…
Sama-sama bro.. kalau akaun bank kene ceroboh haru biru lah jawabnya..